pencemaran Perbincangan Umum

2
Sejak kebelakangan ini masalah pencemaran sungai semakin meningkat dan menjadi perbincangan umum. Perkara yang membimbangkan ini melibatkan kebanyakkan sungai di negara kita. Pencemaran tersebut disebabkan sikap manusia yang tidak prihatin terhadap kebersihan sungai. Pencemaran air bergantung pada amalan ambil mudah anggota masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai. Mereka tidak memikirkan kesan perbuatan itu terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu, bahan buangan seperti perabot lama, tayar buruk, plastik dan sebagainya dihumban ke dalam sungai dan terapung-apung di atas permukaan air. Tindakan ini berpunca kepada sikap mementingkan diri sendiri dan enggan mengubah sikap mereka ke arah lebih baik. Selain itu, pembuangan sisa toksik yang tidak dirawat oleh kilang-kilang menyebabkan masalah ini bertambah parah. Pemilik- pemilik kilang mengalirkan bahan buangan itu ke dalam sungai menerusi saluran yang dibina khusus oleh mereka untuk menyembunyi perbuatan mereka daripada pihak berkuasa. Tindakan begini menyebabkan hidupan akuatik mengalami pelbagai penyakit malah, menyebabkan kematian disebabkan kandungan air yang telah dicemarkan oleh pelbagai bahan-bahan toksik. Aktiviti pembalakan juga turut menyumbang kepada masalah pencemaran air yang berlaku di negara kita terutama pembalakan haram. Buktinya, bahagian yang tidak diperlukan daripada batang balak seperti dahan dan ranting, dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penebangan pokok menggondolkan kawasan hutan menyebabkan tanah menjadi polos. Apabila hujan turun tanah tiada pencengkam yang terdiri daripada akar pokok yang akan mengalirkan air ke sungai menyebabkan sungai semakin tohor dan berkeladak.

description

Pencemaran

Transcript of pencemaran Perbincangan Umum

Page 1: pencemaran Perbincangan Umum

Sejak kebelakangan ini masalah pencemaran sungai semakin meningkat dan menjadi perbincangan umum. Perkara yang membimbangkan ini melibatkan kebanyakkan sungai di negara kita. Pencemaran tersebut disebabkan sikap manusia yang tidak prihatin terhadap kebersihan sungai.

Pencemaran air bergantung pada amalan ambil mudah anggota masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai. Mereka tidak memikirkan kesan perbuatan itu terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu, bahan buangan seperti perabot lama, tayar buruk, plastik dan sebagainya dihumban ke dalam sungai dan terapung-apung di atas permukaan air. Tindakan ini berpunca kepada sikap mementingkan diri sendiri dan enggan mengubah sikap mereka ke arah lebih baik.

Selain itu, pembuangan sisa toksik yang tidak dirawat oleh kilang-kilang menyebabkan masalah ini bertambah parah. Pemilik-pemilik kilang mengalirkan bahan buangan itu ke dalam sungai menerusi saluran yang dibina khusus oleh mereka untuk menyembunyi perbuatan mereka daripada pihak berkuasa. Tindakan begini menyebabkan hidupan akuatik mengalami pelbagai penyakit malah, menyebabkan kematian disebabkan kandungan air yang telah dicemarkan oleh pelbagai bahan-bahan toksik.

Aktiviti pembalakan juga turut menyumbang kepada masalah pencemaran air yang berlaku di negara kita terutama pembalakan haram. Buktinya, bahagian yang tidak diperlukan daripada batang balak seperti dahan dan ranting, dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penebangan pokok menggondolkan kawasan hutan menyebabkan tanah menjadi polos. Apabila hujan turun tanah tiada pencengkam yang terdiri daripada akar pokok yang akan mengalirkan air ke sungai menyebabkan sungai semakin tohor dan berkeladak.

Kesimpulannya, air penting dalam kehidupan manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lain untuk terus hidup. Tetapi, sikap manusia yang rakus mengejar kemewahan menyebabkan mereka lupa untuk memelihara alam sekitar. Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera kita akan menerima padahnya seperti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kerana kita lambat bertindak untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kita.

Page 2: pencemaran Perbincangan Umum