Pencemaran Bahasa

21
Pencemaran Bahasa 1.0 PENGENALAN Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia. Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain, iaitu segala maklumat yang ingin disampaikan boleh difahami oleh kedua-dua pihak. Dalam aktiviti berbahasa, penutur bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang betul daripada sudut tatabahasa tetapi perlu menggunakan bahasa yang dapat diterima oleh pendengar. Maka, penggunaan bahasa yang mudah difahami ramai akan menyebabkan segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang lain. Di Malaysia, bahasa yang menjadi pengantar utama dalam kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2005:26), Bahasa Melayu ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Perkembangan ini terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu: 1. Bahasa Melayu kuno. 2. Bahasa Melayu klasik. 3. Bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, Bahasa Melayu kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Mengikut Kamus Dewan, lingua franca bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat. Bahasa Melayu klasik pula bermula pada abad ke-13

description

EDU

Transcript of Pencemaran Bahasa

Page 1: Pencemaran Bahasa

Pencemaran Bahasa

1.0 PENGENALAN

Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia.

Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain, iaitu

segala maklumat yang ingin disampaikan boleh difahami oleh kedua-dua pihak.

Dalam aktiviti berbahasa, penutur bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang

betul daripada sudut tatabahasa tetapi perlu menggunakan bahasa yang dapat

diterima oleh pendengar. Maka, penggunaan bahasa yang mudah difahami ramai

akan menyebabkan segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang lain.

Di Malaysia, bahasa yang menjadi pengantar utama dalam kalangan masyarakat

ialah Bahasa Melayu yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Menurut

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2005:26), Bahasa Melayu ini

berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman.

Perkembangan ini terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu:

1. Bahasa Melayu kuno.

2. Bahasa Melayu klasik.

3. Bahasa Melayu moden.

Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman

kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, Bahasa Melayu kuno telah menjadi lingua franca

dan bahasa pentadbiran kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima

pengaruh luar. Mengikut Kamus Dewan, lingua franca bermaksud bahasa

Page 2: Pencemaran Bahasa

perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat. Bahasa Melayu klasik

pula bermula pada abad ke-13 semasa bermulanya zaman peralihan di Kepulauan

Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Kegemilangan Bahasa

Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan

Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu ini

telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta mendapat bentuk

tulisan baru iaitu tulisan jawi. Pada masa ini juga banyak penyelidikan dan catatan

telah dibuat mengenai Bahasa Melayu seperti berikut:

1. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia

antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah

Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap

sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

2. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah

bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah

menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,

tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri

Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap

orang.”

3. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di

wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan

Page 3: Pencemaran Bahasa

Melayu. Antaranya ialah :

a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)

b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)

c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

(http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html)

Seterusnya, Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19 melalui

hasil karangan Munsyi Abdullah kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang

dengan bentuk Bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu yang digunakan pada masa

ini ialah Bahasa Melayu moden yang menggunakan tulisan rumi. Berikut merupakan

peranan Bahasa Melayu moden selepas Malaysia mencapai kemerdekaan:

4. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa:

“Bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam

apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

5. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah

bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan,

persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).

Perkara yang telah dibincangkan menunjukkan martabat Bahasa Melayu yang tinggi.

Namun, fenomena pencemaran bahasa dalam Bahasa Melayu pada masa ini secara

Page 4: Pencemaran Bahasa

tidak langsung telah menggugat martabat bahasa ini sebagai antara bahasa utama

di dunia.

Pencemaran bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang menyimpang

daripada norma penggunaan sebenar bahasa tersebut dalam masyarakat

penuturnya. Antara ciri pencemaran bahasa adalah pengutamaan bahasa asing,

tidak menggunakan bahasa yang tidak menepati tatabahasa dan juga laras bahasa.

Pencemaran bahasa menyebabkan bahasa yang digunakan menjadi tidak standard.

Penggunaan tatabahasa dalam sesuatu bahasa sememangnya amat penting agar

jati diri bahasa tersebut dapat dipelihara, misalnya penggunaan Bahasa Melayu yang

kini banyak mengalami fenomena pencemaran bahasa akibat pelbagai faktor luaran

seperti bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa asing dan bahasa pijin.

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur-aduk antara Bahasa Melayu dengan

bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris manakala bahasa slanga pula mengikut

Kamus Dewan, slanga didefinisikan sebagai “kata-kata, ungkapan dan

seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi

lazimnya digunakan dalam percakapan tidak rasmi.” Bahasa slanga sering

digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu dan hanya difahami

oleh kelompok itu sahaja seperti kacang je (mudah sahaja), ayam (gadis) dan cun

(cantik). Seterusnya, menurut Za’ba dalam Awang Sariyan (2006:30), bahasa pijin

wujud dalam bentuk bahasa pasar iaitu bahasa yang digunakan antara orang Melayu

dengan orang-orang yang berlainan bangsa seperti “Saya boleh ajar apa macam

mau jaga itu budak.” Penggunaan bahasa-bahasa seperti ini akan merendahkan

martabat Bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan berdasarkan tatabahasa yang

Page 5: Pencemaran Bahasa

betul dan tepat.

2.0 Punca-punca Pencemaran Bahasa

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini.

Antaranya ialah masalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi

didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada

segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi

maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia.

Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang

diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan.

Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat

daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa

kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada

penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara

dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan

bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam

SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu

adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang

disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih

pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam

ruang terhad itu, contohnya “Nxt week blk umah tak?” Bahasa SMS ini terbawa-bawa

Page 6: Pencemaran Bahasa

kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga

menyebabkan pencemaran bahasa.

Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan

salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan

budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Budaya

hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika pada tahun

70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik

seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan muzik ini

membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan

bahasa pasar. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel

Scum yang mengatakan bahawa, “Pada kami, perumpamaan dan istilah bahasa

pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami mesej yang nak

disampaikan.” Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para

pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan

seharian seperti “Yo,yo,yo, buat pe bro” walaupun gaya ini dianggap sebagai

‘bahasa seni’ dalam genre hip-hop.

(http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=2538)

Sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada pencemaran bahasa ini.

Keadaan ini berlaku berikutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan

bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal. Penguasaan

tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke arah penggunaan ayat yang

tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya “Saya berasal daripada Negeri

Sembilan.” Ayat ini tercemar dari segi penggunaan tatabahasa kerana sepatutnya

Page 7: Pencemaran Bahasa

kata sendi ‘dari’ yang harus digunakan dalam ayat tersebut untuk menunjukkan

tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001) dalam kajiannya mendapati ada sebilangan

guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran berikutan saranan

kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran

bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini kerana perkara yang

diajarkan di sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang hidup dan sukar diubah seperti

“ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?”

Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga mengakibatkan

pencemaran Bahasa Melayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat tokoh itu

sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku

teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang

mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah

didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain.

Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku

tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Hal ini mengakibatkan kekeliruan

kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan kata dan

tatabahasa. Sebagai contoh, ayat yang berfungsi untuk menjemput dinamakan

sebagai ayat silaan dalam Tatabahasa Dewan manakala Arbak Othman pula

menamakannya sebagai ayat ajakan dalam Tatabahasa Bahasa Malaysia.

Tambahan lagi, penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran

bahasa ini. Mengikut Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang

digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada

Page 8: Pencemaran Bahasa

bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Penggunaan dialek

ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan

mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa

penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang

disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta

mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa

disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam

penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia

yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir,

penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan dialek

adalah seperti berikut:

6. Nogori Sembilan mempunyai sembilan daerah.

7. Saya suka makang rambutan.

Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan

pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini. Bahasa yang

digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna

bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca

televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara

Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Di samping itu, sebilangan orang besar dan

juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca

televisyen turut menggunakan bahasa rojak. Perkara-perkara seperti ini membawa

kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah

terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. Hal ini dapat disokong

Page 9: Pencemaran Bahasa

dengan kenyataan Kamal Shukri Abdullah Sani (2007:21), berdasarkan Teori Peluru

(Magic Bullet Theory), media mempunyai ‘kuasa’ bagi menentukan reaksi emosi

khalayak dan membentuk tingkah laku mereka.

Tambahan lagi, sikap pengguna bahasa itu sendiri yang menyebabkan pencemaran

bahasa ini berlaku. Menurut Fadzlina Sha’ari (2001), rata-rata masyarakat di

Malaysia ini lebih mementingkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dan

ini membawa kepada penggunaan bahasa rojak dalam ujaran mereka. Bagi mereka,

bahasa Inggeris dianggap sebagai lambang keintelektualan dan kemodenan.

Seandainya keadaan ini dibiarkan berterusan ia akan meletakkan Bahasa Melayu

sebagai bahasa yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi. Hal ini juga dapat

disokong dengan kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah

Talib dalam Siti Nur Ida (2008) bahawa percampuran antara dua bahasa tersebut

akan mencemarkan Bahasa Melayu dan jika perkara ini tidak dikawal maka Bahasa

Melayu akan ‘ternodai’ maruahnya.

Punca seterusnya adalah kerana pengguna Bahasa Melayu yang tidak mengetahui

sistem Bahasa Melayu dengan betul. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem

bahasa yang tersendiri. Sistem Bahasa Melayu pula terdiri daripada dari segi ejaan,

morfologi dan sintaksis. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem

bahasa ini, mereka melakukan kesalahan yang mencemarkan bahasa. Sebagai

contoh, apitan pe-...-an selalu disalahgunakan seperti berikut:

8. Kerja - bekerja- pekerjaan ( bukan * perkerjaan)

9. Lantik – melantik – pelantikan ( bukan *perlantikan)

Page 10: Pencemaran Bahasa

Seterusnya, kepelbagaian etnik di Malaysia juga merupakan salah satu punca

kepada pencemaran bahasa. Hal ini kerana terdapat orang bukan Melayu yang tidak

fasih berbahasa Melayu dan ini menyebabkan mereka mencampuradukkan bahasa

ibunda dengan Bahasa Melayu. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa pasar. Oleh

itu, penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai etnik di Malaysia juga membawa

kepada pencemaran bahasa ini. Sebagai contoh, penggunaan bahasa pasar adalah

seperti berikut:

10. “Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca.”

11. “Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?”

3.0 Kesan- kesan Pencemaran Bahasa

Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan

kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah

menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot.

Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan

pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak

dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada

seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan

dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa

yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa

yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan

Page 11: Pencemaran Bahasa

sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah

pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh

daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar

pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan

pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga

pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu Bahasa

Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak pentadbir

menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan

bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu

Bahasa Melayu itu merosot.

Selain itu, pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara

152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras dengan bahasa kebangsaan negara

dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka Bahasa Melayu dijadikan bahasa

pengantar utama di semua sekolah. Penggunaan bahasa rojak seperti percampuran

Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam perbualan harian secara tidak

langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu di negara ini. Hal ini kerana,

penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan

dianggap satu standard yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ditambah lagi,

bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ekonomi dan pendidikan peringkat

antarabangsa. Oleh hal yang demikian kerajaan mula melaksanakan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan

ini telah mengubah bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu Kepada Bahasa

Page 12: Pencemaran Bahasa

Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang sama sekali bertentangan

dengan bahasa kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disekolah.

Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu

yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu

bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud, Bahasa

Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi

antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting,

iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar, bahasa

rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita seharusnya

memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian

kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya menggunakan

Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan

atau globalisasi.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan semakin

kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa Melayu

telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan pencampuran bahasa.

Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini,

khususnya generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan

menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka adalah orang yang paling

terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa

mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan bertutur

dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan

Page 13: Pencemaran Bahasa

mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.

Begitu juga pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada

generasi akan datang. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan

kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa

tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang

sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang

mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan

menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.

Dalam Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran KALAM, JKKN dan DBP, di

Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 Disember 2009, SN Prof. Dr. Muhammad Haji

Salleh berkata:

“Mungkin di Malaysialah anak negerinya ramai yang tidak pandai berbahasa

kebangsaannya, dan ramai juga yang malu menggunakannya atau merasa darjat

sosialnya sudah jatuh tertiarap di lantai apabila dia bercakap dalam bahasa ini.

Jikalau kita tidak percaya pada bahasa kita, orang lain di dunia pun tidak

mendapatkan sebab bagi mengkajinya. Sekarang ini kebanyakan kursus sastera dan

Bahasa Melayu di Eropah, Australia dan Amerika sudah ditutup, sementara kajian

China, Vietnam, India dan malah Cambodia sedang berkembang. Di depan mata kita

Bahasa Melayu bertumbangan, sakit dan sebahagiannya sudah mati untuk selama-

lamanya sekiranya kita tidak berbuat apa-apa dan terparah adalah antara yang

terpelajar, yang tertinggi ijazahnya dan tertinggi pangkatnya. Orang kampung tidak

membunuh bahasa ibundanya. Kitalah yang dianugerah berbagai-bagai kemudahan,

Page 14: Pencemaran Bahasa

upaya dan kecerdasan - dan kitalah yang membunuhnya. Gerakan Dunia pasca

kolonialisme bergelora di banyak buah negara di dunia, termasuk India, Indonesia,

Nigeria dan Kenya, Uzhbekistan, Filipina, Vietnam dan Algeria serta Chile dan

Argentina. Ada semacam landaan fikiran dan amalan di negara-negara ini, sebagai

tindak balas daripada rasa bahawa mereka sudah dimangsakan, dihina dan juga

dirampas bahasa dan budayanya.”

Melalui pernyataan di atas, dapat kita simpulkan bahawa terdapat beberapa

golongan atau generasi yang telah melupakan bahasa ibundanya, iaitu Bahasa

Melayu. Bahasa Melayu dikatakan kian pupus di mata dunia. Hal inilah yang telah

dipengaruhi oleh masalah pencemaran bahasa yang giat diperkatakan.

Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu mengagung-

agungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu untuk

bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini memonopoli

semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan dan sebagainya. Perkara ini akan

melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang lain akan memandang

tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelbagai

golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga pemimpin lebih

suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal ini juga

menyebabkan para ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak mereka

bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga melupakan

bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan bahasa Inggeris

bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan

Page 15: Pencemaran Bahasa

4.0 Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Bahasa

Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah

kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh

diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti yang berikut:

(12) memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa

Melayu yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan

mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan

(kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan

kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing).

(13) mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan,

sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat,

arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan

perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan

berdasarkan kepada keperluan sahaja;

(14) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang

bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam

kalangan pegawai dan kakitangan.

Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan

peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau

Page 16: Pencemaran Bahasa

Tegur Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang

dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama

ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan

segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari

segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tataBahasa Melayu,

termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan

penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa

Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian

kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan

dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil

tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat

pembetulan.

(http://purnama.dbp.gov.my/webpurnama/index.php?

option=com_content&task=view&id=285&Itemid=380)

Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk

penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa

kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan.

Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah dengan

menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa

(guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan

sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi

masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.

Page 17: Pencemaran Bahasa

Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian

Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan

pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat

mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan

menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan,

menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan

gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11)

bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur

sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan

operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa

pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa

Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu

pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal

ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi

tatabahasa.

Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan

bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga

tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan

Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi

pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini

kerana merekalah yang akan menentukan sama ada menggunakan Bahasa Melayu

yang tercemar ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.

Menurut Awang Sariyan pula, bagi mengelakkan Bahasa Melayu tercemar akibat

Page 18: Pencemaran Bahasa

penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya

tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi Menurutnya,

penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi

tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan pengunaannya untuk tujuan

rasmi atau tidak. Menurutnya lagi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak memberi

perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai dalam SMS, tetapi jika ragam bahasa

itu digunakan dalam urusan rasmi yang mempengaruhi masyarakat, DBP akan

memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa tersebut bagi mengelakkannya

merosakkan bahasa. Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa tempatan dan

jabatan kerajaan perlu bekerjasama dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab

mengawal selia papan tanda dan memastikan pihak yang mengeluarkan iklan

menggunakan bahasa betul. Tambahan pula, penerbitan bahan bacaan yang

menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri

mempengaruhi remaja. (Utusan Malaysia, 15 Februari 2004)

Pencemaran Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan

undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan

oleh Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa

Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda

pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta

Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan

Parlimen . Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam. Sementara itu,

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim pula menyatakan bahawa

DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan.

Page 19: Pencemaran Bahasa

Menurutnya, semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-

undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka

meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan,

sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.

Tambahan lagi, pucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk

mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan

dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat

pengajian tinggi tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut

Abdul Hamid Mahmood (2000:247), pucuk pimpinan perlu melancarkan “Wawasan

Bahasa” terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian

tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan mengurangkan

penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi alam

pekerjaan kerana mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu

sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Hal ini dapat disokong dengan pernyataan

Nothofer Bernad, profesor Bahasa Melayu dari Jerman dalam Abdul Hamid

Mahmood (2000:246) bahawa:

“Bahasa Melayu memang sudah mampu berperanan sebagai bahasa akademik, jika

pensyarah mempunyai sikap dan tanggungjawab untuk memberikan kuliah dalam

Bahasa Melayu.”

Hal ini juga dapat disokong oleh pandangan Abdullah Munsyi mengenai isu

pendidikan yang menyatakan bahawa, sesebuah bangsa akan maju sekiranya ilmu

yang disampaikannya dalam bahasa mereka sendiri.

Page 20: Pencemaran Bahasa

Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan

bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam

kalangan pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu. Media massa ini juga

berperanan untuk menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi

sistem Bahasa Melayu akibat daripada terjemahan yang salah. Sebagai contoh,

iklan-iklan tersebut adalah seperti berikut:

15. “Tukang Jahit Wanita”, sepatutnya “Tukang Jahit Pakaian Wanita”.

16. “Castrol GTX2 lebih pantas ke seluruh bahagian enjin”, sepatutnya

“Castrol GTX2 lebih pantas menyerap ke seluruh bahagian enjin”.

Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan Bahasa Melayu yang ilmiah dan

bermutu. Pengamal-pengamal media juga perlu memartabatkan Bahasa Melayu

yang bermutu tinggi. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah

mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang

diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Hal yang sama juga harus

dilakukan syarikat-syarikat penerbitan filem Melayu. Perkara ini adalah untuk

mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara Bahasa Melayu

dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Hal in kerana penggunaan

bahasa rojak ini boleh dilihat secara langsung dalam penggunaan judulnya,

contohnya:

17. Senario The Movie.

18. Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

Page 21: Pencemaran Bahasa

Pihak yang terlibat dalam industri perfileman harus mengutamakan penggunaan

Bahasa Melayu yang berkualiti kerana “bahasa menunjukkan bangsa” dan filem pula

menunjukkan “cerminan bangsa”. Filem mempunyai pengaruh yang kuat dalam

kalangan masyarakat. Oleh itu, penggunaan bahasa yang standard harus ditonjolkan

bagi mengelakkan berlakunya pencemaran Bahasa Melayu.

Seterusnya, pengguna bahasa itu sendiri perlu sedar dan mempunyai ‘kewarasan’

untuk menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin tanpa mencemarkannya.,

misalnya mengenai pengaruh bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu, seseorang

pengguna itu harus berpegang kepada prinsip ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.

Hal ini dapat menjadi benteng yang mempertahankan Bahasa Melayu itu daripada

tercemar dengan menerima pengaruh-pengaruh bahasa asing.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang

semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang

bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil

bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting

khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa

yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan

bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun

semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa

Page 22: Pencemaran Bahasa

menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan

kepada orang bawahannya.

Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan

walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa

rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa

kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas

akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan

pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka

terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap

membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.

Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang

mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan

dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan

tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar

menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa

Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling

mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu

iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.’ Kata-kata ini sudah cukup

memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah

dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-

sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan

mengikutinya.