Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

8
PENDEKATAN PROSES DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa anjakan paradigma dalam usaha menyampaikan maklumat daripada pengajar kepada pelajar. Sekolah Bestari merupakan salah satu agenda penting dalam memartabatkan sistem pendidikan berkualiti kepada warga pelajar dan sekali gus dapat menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini. Pada umumnya konsep sekolah bestari diperkenalkan untuk membolehkan pelajar menjadi lebih bermaklumat (informed), mempunyai ilmu pengetahuan (knowledge) yang mantap dan kukuh, lebih berfikir (thoughtful) untuk menggalakkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif dan lebih aktif mencari dan menguji ilmu serta menjalankan penyelidikan. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kaedah pengajaran ialah satu siri tindakan guru (cara) yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah pengajaran juga merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur yang tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2003:22). Kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini yang dicadangkan dalam kertas kerja ini ialah teknologi proses. TEKNOLOGI PROSES

Transcript of Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

Page 1: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

PENDEKATAN PROSES DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa anjakan paradigma

dalam usaha menyampaikan maklumat daripada pengajar kepada pelajar.

Sekolah Bestari merupakan salah satu agenda penting dalam memartabatkan

sistem pendidikan berkualiti kepada warga pelajar dan sekali gus dapat

menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf

dunia di rantau ini. Pada umumnya konsep sekolah bestari diperkenalkan

untuk membolehkan pelajar menjadi lebih bermaklumat (informed), mempunyai

ilmu pengetahuan (knowledge) yang mantap dan kukuh, lebih berfikir (thoughtful)

untuk menggalakkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif dan lebih aktif

mencari dan menguji ilmu serta menjalankan penyelidikan.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah pengajaran ialah satu siri tindakan guru (cara) yang sistematik bertujuan

untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah

pengajaran juga merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur

yang tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih (Shahabuddin Hashim,

Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2003:22). Kaedah pengajaran dan

pembelajaran terkini yang dicadangkan dalam kertas kerja ini ialah teknologi

proses.

TEKNOLOGI PROSES

Teknologi proses dalam pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan

sebagai menggunakan teknologi sebagai satu proses untuk mencapai

pembelajaran yang efektif. Pengajaran yang direka bentuk berdasarkan definisi

Galbraith (1967) ini akan menghasilkan tenaga yang cemerlang dengan

Page 2: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

mengaplikasikan pengetahuan saintifik bagi memperoleh sistem pengajaran dan

pembelajaran yang menyeluruh. Semua teknologi proses tertumpu kepada

usaha memberi peluang latihan yang mencukupi. Konsep teknologi proses ini

hampir menyamai konsep sistem pengoperasian Windows dalam komputer.

Sistem pengoperasian ini mengandungi pakej peraturan dan undang-undang

yang standard. Pengguna tidak perlu memikirkan dan mencipta tatacara bagi

pemprosesan data.

Teknologi proses juga selaras dengan beberapa perspektif pembelajaran.

Sebagai contoh perspektif behaviorisme mencadangkan agar individu belajar

melalui apa yang dilakukan. Ini bermakna pembelajaran adalah satu proses

yang membolehkan pelajar mencuba pelbagai tingkah laku dan menyimpan apa

yang diminati sahaja. Pereka bentuk mestilah sentiasa mencari kaedah

supaya pelajar boleh mempelajari sesuatu. Perspektif kognitivisme pula

mencadangkan bahawa pelajar seharusnya membina dan memperkaya skema

mental mereka apabila pemikiran mereka dihubung kait dengan ingatan,

pengaplikasian konsep atau prinsip baru. Perspektif psikologi sosial pula

menekankan kepentingan komunikasi antara perorangan sebagai asas sosial

bagi memperoleh pengetahuan.

Teknologi proses disusun berdasarkan kehendak individu, baik untuk pengajaran

kumpulan kecil mahupun untuk kumpulan besar. Bagi individu, teknologi proses

melibatkan pengajaran terancang, pengajaran sistem kendiri, program tutor dan

pusat pembelajaran. Manakala bagi kumpulan kecil pula, teknologi proses

melibatkan pembelajaran melalui kerjasama, permainan, simulasi dan permainan

simulasi. Teknologi proses bagi kumpulan besar menumpukan pembelajaran

kemahiran dan pengajaran berprogram.

Page 3: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

Pengajaran Terancang.

Pengajaran terancang memerlukan pelajar menghabiskan masa mereka

memperoleh pengetahuan atau memaparkan pengetahuan yang telah diajar.

Pengajaran terancang merupakan teknik pedagogi utama yang dibangunkan

oleh pakar teori Skinner sebagai aplikasi eksplisit tentang prinsip teori

pembelajaran operan atau teori peneguhan. Oleh itu setiap pencapaian mestilah

diikuti dengan peneguhan. Pengajaran terancang mengintegrasikan beberapa

prinsip pembelajaran seperti:

o Objektif tingkah laku yang perlu dicapai selepas pengajaran tamat

o Unit dibahagikan kepada bingkai berurutan, setiap satu mewakili maklumat

kecil. Satu item ujian yang memerlukan pelajar bertindak balas disertakan dan

pelajar belajar secara kendiri.

o Pelajar bergerak balas kepada soalan sambil mengikuti program tersebut. Jika

dijawab dengan betul, pelajar diberi item yang seterusnya. Sebaliknya, jika salah,

pelajar diberikan pemulihan dan diuji dalam bentuk yang berbeza sedikit.

Kebaikan

o Belajar kendiri. Individu belajar pada tahap kendiri pada masa dan

tempat yang sesuai mengikut pilihan mereka.

o Latihan dan maklum balas. Pengajaran ini memerlukan pelajar

mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran. Maklum balas

bagi setiap percubaan perlu disediakan.

o Kebolehpercayaan. Teknologi ini menyediakan format pembelajaran

yang boleh dipercayai. Bahan pengajaran yang rutin boleh disediakan

dalam bentuk bercetak dan sesiapa sahaja boleh mendapatinya dalam

bentuk yang sama.

o Keberkesanan. Banyak kajian telah dijalankan untuk membandingkan

pengajaran terancang dengan pembelajaran konvensional. Hasil kajian

telah menunjukkan bahawa pengajaran terancang lebih baik daripada

Page 4: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

cara-cara pengajaran lain.

Kekurangan

o Reka bentuk program. Sesetengah reka bentuk bahan program adalah

lemah dan bernilai rendah.

o Meletihkan. Proses pengulangan pembelajaran menjadikan pelajar

semakin bosan, khususnya bagi pelajar yang lemah.

o Kurang interaksi sosial. Kebanyakan bahan program adalah bersifat

individu. Kemahiran afektif dan antara perorangan kurang diberi

tumpuan dalam pengajaran terancang.

Program Tutor

Kaedah program tutor berstruktur memerlukan pelajar dan tutor melihat bahan

pengajaran bersama-sama. Buku panduan tutor mengandungi jawapan kepada

latihan; manakala buku panduan pelajar tidak mempunyai jawapan. Program

tutor merupakan satu bentuk program bercabang, yakni pelajar yang cepat boleh

dibiarkan melangkau kepada bahagian yang lain. Program tutor menggunakan

elemen kecerdikan dan bukannya maklum balas secara ansuran seperti dalam

program terancang.

Kebaikan

o Pembelajaran kendiri. Program tutor juga mempunyai ciri-ciri individu

seperti dalam pengajaran terancang.

o Latihan dan maklum balas. Seperti dalam pengajaran terancang,

program tutor memerlukan penglibatan pelajar dengan berterusan.

o Kebolehpercayaan. Program tutor mempunyai kebolehpercayaan yang

tinggi kerana pola pengajaran-pembelajaran disertakan dengan satu set

panduan pengajaran.

Page 5: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

o Keberkesanan. Keberkesanan progam tutor telah diuji melalui kajian

penilaian yang dijalankan oleh Douglas Ellson.

Kekurangan

o Tenaga buruh intensif. Program tutor bergantung pada tutor

sukarela. Di sekolah, tutor biasanya terdiri daripada rakan-rakan,

pelajar tua, atau ibu bapa.

o Kos pembangunan. Kejayaan program tutor bergantung pada reka

bentuk panduan tutor dan untuk membangunkannya memerlukan

banyak masa dan kemahiran.

Pengajaran Sistem Kendiri

Pengajaran sistem kendiri yang dimaksudkan ialah sistem pengajaran kendiri

yang baik dengan pola atau acuan untuk mengurus pengajaran. Program

pengajaran ini berasal daripada program pembelajaran kemahiran yang

berpendapat bahawa semua pelajar akan berjaya memperoleh kemahiran asas

dalam tempoh masa dan latihan yang diperuntukkan. Dalam pembelajaran

kemahiran, pelajar tidak akan dibenarkan untuk meneruskan unit berikutnya

sehingga mereka telah menunjukkan kebolehan atau menguasai pengetahuan

dan kemahiran prasyaratnya terlebih dahulu. Perbezaan antara pembelajaran

kemahiran dengan pengajaran sistem kendiri ialah, pengajaran kemahiran

berpegang kepada konsep pembelajaran kendiri sebagai bentuk utama aktiviti

pembelajaran.

Kebaikan

o Belajar kendiri. Pelajar belajar mengikut tahap keupayaan sendiri. Pelajar

sendiri menentukan bila, apa, dan bagaimana mereka belajar.

Page 6: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

o Kecekapan. Pelajar tidak dibenarkan beralih ke unit lain yang lebih maju

sehinggalah mereka menguasai prasyarat yang ditentukan. Kegagalan dalam

pengajaran konvensional ialah kerana membenarkan pelajar meneruskan

pembelajaran walaupun tidak menguasai prasyarat.

o Keberkesanan. Pengajaran sistem kendiri telah menghasilkan banyak kajian

berbanding dengan pengajaran sistem kendiri yang berbentuk konvensional.

Kekurangan

o Kos pembangunan. Memerlukan masa yang banyak dalam perancangan dan

pembangunan bahan sokongan kerana ia termasuk dalam kerangka kerja

organisasi. Setiap kursus memerlukan satu set bahan kajian tersendiri dan ini

mengambil masa yang lama untuk disediakan.

o Komitmen behaviorisme. Pengajar yang mengikuti pengajaran sistem kendiri,

mesti berupaya menyesuaikan diri dengan struktur behaviorisme seperti

menyatakan objektif yang hendak diapai dan menjanakan ujian berdasarkan

objektif tersebut.

o Disiplin kendiri. Kebebasan dalam pengajaran sistem kendiri boleh

menjadi masalah kepada pelajar

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif telah mendapat perhatian di dalam kedua-dua bentuk

pendidikan formal dan tidak formal. Ini kerana kesedaran bahawa keadaan di

luar bilik darjah memerlukan lebih banyak aktiviti kolaboratif yang menggunakan

kerja-kerja berpasukan dalam kehidupan seharian dan juga kesedaran tentang

nilai interaksi sosial untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Isu pelajar

bekerja dalam kumpulan yang kecil bukan menjadi isu yang utama. Tetapi yang

lebih penting ialah tahap interaksi yang mendalam dan bersepakat, bertukar idea

dengan pelajar lain bagi meningkatkan mutu pembelajaran yang bermakna dan

Page 7: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

mengekalkannya. Ini juga akan menggalakkan kemahiran berfikir dan interaksi

antara perorangan.

Ada pelbagai format pembelajaran koperatif yang telah dilaksanakan dan diuji

kesahannya oleh para penyelidik. Mereka membincangkannya sebagai teknologi

proses kerana ia selari dengan definisi: menyediakan satu pola yang spesifik,

menyampaikan dalam bentuk peraturan pengoperasian, tatacara, dan bahan;

pola telah distrukturkan supaya boleh diimplementasikan secara berjaya oleh

guru pada pelbagai tahap; dan telah diuji kesahannya melalui proses pengujian.

Dua format yang menunjukkan contoh teknologi pembelajaran koperatif ialah;

Model Pembelajaran Bersama Johnson and Johnson (1993) dan Pasukan

Berbantukan Individualisasi Slavin (1985).

Johnson and Johnson telah mengenal pasti bahawa maklum balas tentang

pencapaian seseorang, ialah mengetahui kelancaran pencapaiannya. Seseorang

itu sendiri yang menjadi faktor yang akan menentukan kejayaannya. Model ini

terdapat empat elemen asas, iaitu:

o Saling bergantungan antara satu dengan yang lain secara positif

dengan slogan ”Kita akan tenggelam atau berenang bersama-sama”

o Interaksi bersemuka

o Tanggungjawab individu

o Mengajar di antara perorangan dan dalam kumpulan kecil

Robert Slavin (1985) telah membangunkan satu format lain bagi pembelajaran

koperatif. Model Pasukan Berbantukan Individualisasi direka bentuk khususnya

untuk mengelak masalah yang dihadapi oleh pengajaran yang berprogram

secara individu. Fitur-fitur model ini termasuk membenarkan pelajar untuk

meneruskan sendiri pembelajarannya secara berkesan dan cekap dengan

tumpuan terhadap guru dikurangkan. Format ini termasuk pengajaran secara

terus kepada kumpulan kecil, diikuti oleh pengajaran secara individu dengan

Page 8: Pendekatan Proses Dalam Pengajaran

menggunakan bahan berprogram dan teknik kajian pasukan. Model ini mengikut

pola seperti berikut:

o Kumpulan mengajar

o Pembentukan pasukan

o Bahan pengajaran kendiri

o Kajian pasukan

o Skor dan pengiktirafan pasukan

Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan melalui pembelajaran koperatif

adalah seperti permainan, simulasi, permainan simulasi dan pembelajaran

masteri.

Disediakan oleh:

Ana Melissa binti Zainal [email protected]

Norazalina bt. Mohd. Ghazali [email protected]

Sazali bin Saidin [email protected]

21 – 24 Mei 2007 : Hotel Capitol, Kuala Lumpur.