PENGENALAN BARU.doc

13
TAJUK TUGASAN: KAJIAN TENTANG PROSES PENYATUAN PELBAGAI KAUM MENERUSI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH -------------------

Transcript of PENGENALAN BARU.doc

BAB 1

BAB 1

PENGENALAN

1. 1LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1.1Proses Penyatuan Pelbagai Kaum Menerusi Kokurikulum Sistem pendidikan di Malaysia yang sentiasa berubah mengikut peredaran semasa merupakan salah satu cara memupuk dan menyatupadukan di antara kaum. Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan keseimbangan perkembangan pelajar dari segi intelek, rohani dan jasmani, kurikulum sekolah digubal bagi memenuhi keperluan mental, fizikal dan sosial pelajar. Untuk melengkapkan lagi keperluan tersebut, aktiviti kokurikulum diperkenalkan sebagai lanjutan dalam usaha memupuk perpaduan dan daya integrasi pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang mana kebanyakan semua kaum berada di bawah satu bumbung yang sama. Salah satu dari cabang ilmu yang boleh menyatukan pelajar pelbagai kaum ialah menerusi bidang kokurikulum, di situ pelbagai kaum dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut mereka boleh mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

Sekolah juga menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan kaum banyak didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu-membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui aktiviti kokurikulum pula, pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dapat bercampur gaul dan menceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan mewujudkan kesedaran pelajar dan seterusnya melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat keMalaysiaan yang kuat walaupun berlainan kaum. 1.1.2Penyertaan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Kokurikulum

Menerusi sistem pendidikan di Malaysia, semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan / kelab, permainan dan unit beruniform. Penyertaan aktif pelajar dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam aktiviti perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan. Segala aktiviti yang disediakan dalam sistem pendidikan bertujuan menggalakkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar dan seterusnya proses penyatuan pelbagai kaum di kalangan pelajar dapat direalisasikan.Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat berinteraksi secara sihat serta memenuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil daripada penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan dapat membentuk dan membina keyakinan diri pelajar serta melahirkan sebuah masyarakat yang bersatupadu, berharmoni dan berdisiplin.1.1.3Kokurikulum Wadah Bentuk Modal Insan

Dalam temubual Berita Minggu bersama Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Berita Harian Online, Ahad 1 Julai 2001), dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan Kementerian Pelajaran telah beralih kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu usaha membangunkan modal insan. Tumpuan yang diberikan ialah kepada program kokurikulum.

Tambah beliau lagi, pelaksananaan menerusi aktiviti kokurikulum secara terancang dan praktikal di sekolah, dapat membantu pengembangan potensi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan kokurikulum disebut sebagai kegiatan kumpulan yang merangkumi aktiviti seperti kelab mata pelajaran, kegiatan kesusasteraan, olah raga, permainan dan latihan. Beliau juga mengulas, secara keseluruhan terdapat 126 jenis kegiatan kokurikulum yang boleh dipilih pelajar merangkumi pasukan pakaian seragam sebanyak 23 jenis, persatuan dan kelab, 51 jenis, persatuan sukan dan permainan, 24 jenis.Daripada penerangan Menteri Pendidikan itu, jelas menunjukkan peranan kokurikulum sebagai satu kegiatan kumpulan, penyertaan yang aktif boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran sosial (soft skills) di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Dengan penggunaan kemahiran sosial yang baik, tahap interaksi dan integrasi di kalangan pelajar dapat dipertingkatkan lagi.

Dalam aktiviti unit beruniform misalnya, aktiviti berkumpulan ini akan meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik, tahap disiplin selain kemahiran di kalangan pelajar.

Penyertaan pelajar dalam kelab atau persatuan pula, boleh membantu mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang. Peningkatan peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum boleh mengelakkan kurikulum daripada terus terbeban (overloaded).

Penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan pula boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, selain membudayakan cara hidup sihat. Dengan bimbingan, prasarana dan pendedahan yang mencukupi, aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan minat, bakat, kemahiran dan semangat bersaing pelajar ke tahap kecemerlangan.1.1.4Peranan Kokurikulum dalam Proses Penyatuan KaumPeranan kokurikulum adalah penting dalam mengeratkan perpaduan di kalangan pelajar sekolah. Perancangan dan pelaksanakan kegiatan kokurikulum dengan baik, boleh membantu meningkatkan bina upaya pelajar selain menjadikan persekitaran sekolah menyeronokkan. Menurut Mohd. Hanafiah (1983/1984) dalam Mohd. Nor Che Noh (1985), Antara peranan kokurikulum dalam proses penyatuan kaum di sekolah ialah: i. mempercepatkan proses pergaulan di kalangan pelajarii. membolehkan usaha-usaha memupuk intergrasi di kalangan kaum dan masyarakat sekolahiii. membantu mewujudkan suasana iklim sekolah yang mendorong pembelajaran dan pembudayaan manusia, melatih dan menyemai nilai-nilai kepimpinan serta memberi dorongan diri.

1.1.5Proses Penyatuan Pelbagai Kaum

Untuk mencapai matlamat perpaduan, proses penyatuan pelbagai kaum adalah sangat penting dalam masyarakat majmuk seperti negara Malaysia. Isu perpaduan kaum telah mula menarik perhatian ramai. Oleh yang demikian usaha-usaha ke arah menyatupadukan masyarakat terutama di kalangan generasi muda di peringkat sekolah telah diberi keutamaan. Hal ini bertepatan dengan Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yang diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran Bahagian Sekolah KPM, 2007

Antara matlamat Pendidikan Negara ialah mewujudkan perpaduan kaum. Sekolah merupakan agen yang berkesan ke arah penyatuan murid-murid dan dapat diteruskan apabila mereka dewasa kelak. Salah satu aktiviti yang melibatkan integrasi kaum seperti Khemah Kerja Perpaduan yang boleh dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekolah. Sehubungan itu, melalui Program Khemah Kerja Perpaduan, pelajar-pelajar mendapat peluang untuk bergaul, bermesra dan berkenalan antara satu sama lain.

(sumber: http://www.iab.edu.my/PIPP_paper/Teras1/jpnjohor.pdf ).Contoh Aktiviti Kokurikulum Mewujudkan Proses Penyatuan Pelajar Pelbagai Kaum

Aktiviti Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membina integrasi dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, umur, tempat asal, budaya dan agama. Sebagai contoh, dalam program perkhemahan unit beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis dan Kadet Bomba. Selain itu sukan dan permainan serta kelab dan persatuan juga jelas menunjukkan perpaduan kaum dapat diterapkan untuk membina integrasi dalam kalangan pelajar sekolah dalam pelbagai aktiviti yang disertai.Aktiviti 1: Membina Pasukan (Team Buliding)

Aktiviti ini merupakan contoh aktiviti dalam kegiatan kokurikulum. Melalui aktiviti ini, sikap toleransi, kerjasama dan hormat-menghormati dapat ditanamkan dalam kalangan peserta. Dalam aktiviti ini, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan kumpulan, iaitu membentuk satu imej baru bagi kumpulan mereka. Semasa membentuk imej kumpulan mereka, semangat kekitaan telah dapat ditanamkan dalam diri setiap pelajar.

Aktiviti 2: Malam Aprisiasi Budaya

Aktiviti ini berupaya meningkatkan pengetahuan peserta-peserta untuk mengenali budaya di setiap negeri di Malaysia. Setiap kumpulan diagihkan peserta daripada setiap negeri agar peserta tidak berada dalam kumpulan yang senegeri. Program ini dapat mempertingkatkan sikap kerjasama, pendedahan pelbagai budaya dan menghargai kepelbagaian kaum dapat dibincangkan dan disertai oleh pelajar-pelajar dari negeri-negeri di seluruh Malaysia.Aktiviti 3 : Simulasi Negara Bangsa

Aktiviti ini merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam Persatuan Sejarah, Persatuan Bahasa dan Kebudayaan ataupun Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan. Melalui aktiviti ini adat resam dan budaya pelbagai kaum telah dipelajari oleh para peserta. Contohnya, para peserta telah melibatkan diri dalam pertandingan tradisional. Secara tidak langsung, para peserta telah mempelajari cara menganyam ketupat dengan daun kelapa daripada peserta Melayu, membuat tanglong daripada peserta Cina dan menghasilkan koolam daripada peserta India.

1.2SOROTAN LITERATURLatar Belakang Aktiviti KokurikulumAktiviti kokurikulum merupakan jelmaan dari ciri-ciri ilmu dan nilai yang terdapat dalam kurikulum. Aktiviti dan isi kandungan kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan sama ada melalui sukan dan permainan, persatuan dan kelab, unit beruniform, dan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain yang telah ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997. Oleh itu pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib (Akta Pendidikan 1996).Justeru itu, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan dengan lebih tegas mengenai pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985. Surat pekeliling itu memberi penekanan kepada peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum dalam usaha memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani, dan kecemerlangan dan ketrampilan intelek.Begitu juga dalam kegiatan kokurikulum dapat dilihat pelajar dapat diberi peluang dalam melibatkan diri secara aktif dan dapat menyuburkan ke dalam jiwa mereka erti nilai perpaduan, persahabatan dan keharmonian.

Kegiatan kokurikulm...adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun Espirit De Corps di antara murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan hidup yang berlainan. Ia bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajar- 1979. (Kementerian Pelajaran Malaysia)Dalam kajian Ramlan Jantan dan Mahani Razali (2004) dalam Wan Shamsuddin dan Saufi (2006), sekolah sangat mempengaruhi perkembangan individu. Melalui sekolah, individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan dalam kumpulan yang lebih besar, yang hampir sama dengan masyarakat. Individu juga belajar lebih mendalam tentang nilai-nilai moral dan pergaulan dalam masyarakat. Nilai-nilai seperti tingkahlaku baik atau tingkahlaku buruk sangat ditegaskan agar individu dapat mematuhi kehendak masyarakat di mana mereka berada.Pendapat pengkaji di atas disokong lagi dengan kenyataan Y.A.B Perdana Menteri dalam ucapan beliau.Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatupadu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang itu diberi didikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual.

Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (1985) dalam Wan Shamsuddin dan Saufi (2006).

Mengulas perkara yang sama, Hanafi (1984) dalam E Pei Sze (2000), juga turut menyentuh dalam kajiannya tentang kegiatan kokurikulum di sekolah dapat memepercepatkan proses pergaulan dalam kalangan pelajar, membolehkan usaha-usaha memupuk intergrasi dalam kalangan kaum dan masyarakat sekolah, membantu mewujudkan suasana iklim sekolah yang mendorong pembelajaran dan pembudayaan manusia, melatih dan menyemai nilai-nilai kepimpinan serta memberi dorongan diri.Lanjutan daripada idea itu, Mohd. Sofian Omar Fauzee dalam Ahmad Esa dan rakan-rakan (2005) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberi latihan awal kepada pelajar dari segi sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.Impak daripada Proses Penyatuan Pelbagai Kaum Menerusi Aktiviti Kokurikulum

Dalam kertas kerja Konvensyen Nasional PIPP Kedua oleh Sufaat Tumin (2008), penerapan nilai-nilai perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti kokurikulum dalam Program Perkhemahan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan. Contohnya seperti menu makanan, pembahagian kumpulan, pembahagian peserta dalam setiap khemah, riadah peserta dan aktiviti untuk para peserta.

Menu makanan yang dipilih merangkumi makanan tradisi kaum-kaum utama Malaysia. Maka, semua peserta berpeluang mengenal, mencuba dan menikmati masakan tradisi kaum yang berlainan, yang sebelum ini, mereka tidak pernah berpeluang mencuba. Antara makanan yang telah dihidangkan semasa program ini ialah nasi ambang, nasi daun pisang, keropok lekor, chapati, bubur kacang merah, bubur nasi ala Cina, putu mayam, pengat pisang dan pelbagai makanan yang menggambarkan bangsa Malaysia.

Selain itu, peserta juga dikehendaki duduk bersebelahan dengan peserta berlainan kaum dan negeri. Kesan daripada ini, dapat dilihat peserta India dan Kadazan bergelak ketawa sambil berusaha menyuapkan mee hoon ke mulut menggunakan penyepit, dengan bimbingan rakan Cina mereka, atau peserta Melayu mengajar rakan Cinanya makan nasi berlauk kari menggunakan tangan, sambil rakan India mereka menerangkan cara yang betul untuk melipat daun pisang setelah menjamu selera. Peserta bukan sahaja mempelajari adat dan tradisi kumpulan etnik lain, malah peserta juga mendapat pendedahan kepada keunikan negeri negeri di Malaysia. Contohnya, peserta Cina dari Kelantan yang fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia loghat Kelantan berbanding peserta Melayu dari Kuala Lumpur yang lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris.Dalam melaksanakan sesuatu program kokurikulum satu perkara yang perlu diambil kira dan dinilai ialah impak program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah daripada pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada impak inilah tindakan seterusnya boleh dirancang untuk meneruskan usaha membentuk generasi muda ke arah membina negara bangsa.

Salah satu impak yang dapat dilihat ialah terjalinnya hubungan rapat antara peserta pelbagai kaum. Keadaan ini mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman ini dapat mendidik mereka berbaik sangka seterusnya timbul suasana hormat menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Hubungan budaya sebeginilah menjadi wadah untuk mengembangkan potensi peserta secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi dan intelek (JERI).

KESIMPULANKegiatan kokurikulum merupakan salah satu wadah dalam melahirkan generasi muda yang berupaya membudayakan perpaduan dan proses penyatuan kepelbagaian kaum. Malahan aktiviti kokurikulum juga dilihat mampu mewujudkan satu jambatan yang menghubungkan pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat di bawah satu aspirasi nasional yang sama.

TAJUK TUGASAN:

KAJIAN TENTANG PROSES PENYATUAN PELBAGAI KAUM MENERUSI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH -------------------