PENGENALAN teori struktural

6
1.0 PENGENALAN PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik ialah satu disiplin yang melihat perhubungan antara linguistik dengan psikologi. Psikolinguistik juga dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada Linguistik Gunaan. Akan tetapi, oleh sebab bidang ini khusus memperlihatkan pertalian antara penguasaan bahasa yang ditinjau dari sudut psikologi yang mempengaruhinya dalam proses penguasaan sesuatu bahasa pertama itu, maka psikolinguistik telah berupaya berdiri sebagai satu disiplin yang tersendiri, iaitu berlainan daripada disiplin yang lain. Perhubungan antara linguistik dengan psikologi ini telah banyak mendapat perhatian sebagai kesan daripada penekanan Chomsky dalam soal ini. Pandangannya tentang linguistik, sebagaimana yang tergaris dalam Language and Mind ialah bahawa sumbangan yang paling penting yang dapat diberikan oleh linguistik adalah dengan mengkaji fikiran manusia; supaya linguistik secara teratur dan kemas dapat dilihat atau dianggap sebagai satu cabang psikologi kognitif. Walaupun pandangan ini tidak memperoleh pegangan daripada kebanyakan ahli bahasa, seseorang tidak dapat menyangkal bahawa adanya perkaitan yang menyeluruh antara psikologi dan linguistik sebagai gejala yang saling bertindak. Perkaitan ini amat ketara dalam perkara-perkara yang menyentuh perihal bagaimana tanggapan terhadap mudah dan kusutnya bahasa itu dapat dinyatakan oleh asas psikologi yang tertentu, perihal bagaimana bahasa itu dapat mempengaruhi atau

description

teori struktural

Transcript of PENGENALAN teori struktural

Page 1: PENGENALAN teori struktural

1.0 PENGENALAN PSIKOLINGUISTIK

Psikolinguistik ialah satu disiplin yang melihat perhubungan antara linguistik dengan

psikologi. Psikolinguistik juga dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada Linguistik Gunaan.

Akan tetapi, oleh sebab bidang ini khusus memperlihatkan pertalian antara penguasaan bahasa

yang ditinjau dari sudut psikologi yang mempengaruhinya dalam proses penguasaan sesuatu

bahasa pertama itu, maka psikolinguistik telah berupaya berdiri sebagai satu disiplin yang

tersendiri, iaitu berlainan daripada disiplin yang lain.

Perhubungan antara linguistik dengan psikologi ini telah banyak mendapat perhatian

sebagai kesan daripada penekanan Chomsky dalam soal ini. Pandangannya tentang linguistik,

sebagaimana yang tergaris dalam Language and Mind ialah bahawa sumbangan yang paling

penting yang dapat diberikan oleh linguistik adalah dengan mengkaji fikiran manusia; supaya

linguistik secara teratur dan kemas dapat dilihat atau dianggap sebagai satu cabang psikologi

kognitif. Walaupun pandangan ini tidak memperoleh pegangan daripada kebanyakan ahli bahasa,

seseorang tidak dapat menyangkal bahawa adanya perkaitan yang menyeluruh antara psikologi

dan linguistik sebagai gejala yang saling bertindak. Perkaitan ini amat ketara dalam perkara-

perkara yang menyentuh perihal bagaimana tanggapan terhadap mudah dan kusutnya bahasa itu

dapat dinyatakan oleh asas psikologi yang tertentu, perihal bagaimana bahasa itu dapat

mempengaruhi atau dipengaruhi oleh kuasa ingatan dan tanggapan, di samping termasuklah juga

perihal yang melibatkan soal-soal bagaimana bahasa juga boleh memainkan peranan yang tidak

kurang pentingnya dalam memahami pertumbuhan manusia dan sebagainya.

Psikolinguistik sebagai satu disiplin telah meluasi implikasi-implikasi psikologis terhadap

bidang lain, daripada fonetik akustik hinggalah membawanya kepada patologi bahasa dan

sebagainya. Sebagai perkembangan terakhir kepada teori generatif, kajian mengenai cara-cara

kanak-kanak menguasai bahasanya telah menjadi antara bidang dan minat yang terpenting dalam

disiplin ini. Bidang ini juga meliputi aspek-aspek seperti bagaimana seseorang kanak-kanak itu

menubuhkan keupayaannya bertanyakan sesuatu dengan menggunakan ayat-ayat mahupun cara

kanak-kanak itu sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang

tertentu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang kanak-

Page 2: PENGENALAN teori struktural

kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya masih belum dapat

diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini.

Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal tentang

penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu dapat dikuasai oleh

kanak-kanak dan orang dewasa.

2.0 TEORI STRUKTURAL

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Benjamin Lee Whorf, de Saussure

dan Otto Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa

yang tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem

sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen

terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang

mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian

terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa

huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak

mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. Aliran linguistik struktural ini muncul

pada kurun ke-20.

.Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Mereka menganggap

bahawa struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem

sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri

daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, dan tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk

mengkaji unsur-unsur bahasa bukan sebagai unsur berasingan tetapi sebagai bahagian daripada

satu keseluruhan sistem.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli bahasa struktural berpendapat bahawa bahasa ialah satu

sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan sesuatu objektif, keadaan atau

konsep yang digunakan dalam perhubungan manusia. Tegasnya, bahasa mempunyai ciri-ciri

yang berikut:

Page 3: PENGENALAN teori struktural

1. Bahasa ialah pertuturan

2. Bahasa ialah satu sistem

3. Sistem bahasa ialah arbitrari

4. Bahasa adalah untuk perhubungan

Huraian-huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli struktural ialah yang berasaskan

kajian-kajian yang dibuat secara empiris ataupun saintifik. Tiap-tiap huraian yang dibuat

berdasarkan contoh-contoh pertuturan telah dikumpulkan dalam sesuatu pemerhatian. Tegasnya,

huraian bahasa ialah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan;

penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi pendekatan yang

digunakan oleh ahli-ahli struktural bahasa ialah pendekatan induktif. Oleh sebab ahli- ang

tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat morfologi dan sintaksis ahli

struktural berpendapat bahawa tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yis. Pada

peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-

kata itu dalam struktur ayat.

Ahli-ahli struktural menggantikan istilah-istilah kata nama, kata kerja, kata ganti dan

yang lain dengan istilah kolas Fries (1957) dan Asmah dan Subbiah (1968). Pada peringkat

sintaksis, ahli-ahli bahasa struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen

dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang

memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituen dan selanjutnya

mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar

dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (lihat

Fries: 1957).

Page 4: PENGENALAN teori struktural

3.0 TOKOH DALAM STRUKTURAL

4.0 KUPASAN TEORI STRUKTURAL OLEH BENJAMIN LEE WHORF SECARA

DETAIL

5.0 PANDANGAN KITA OR APLIKASI TEORI DALAM P&P