PENHARGAAN
-
Upload
zul-hairey -
Category
Documents
-
view
666 -
download
2
Transcript of PENHARGAAN
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat
menyiapkan buku Laporan Latihan Industri seperti yang dikehendaki oleh pihak
Politeknik Kota Kinabalu Sabah pada masa yang telah ditetapkan walaupun agak sukar
untuk melengkapkannya.
Pertama-tama kali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
penyelaras Latihan Industri serta kakitangan Unit Perhubungan Latihan Industri
Politeknik Kota Kinabalu kerana telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar
kepada kami yang menjalani Latihan Industri. Kerana dengan semua tunjuk ajar dan
maklumat yang diberikan telah banyak membantu untuk saya menjalani Latihan Industri
dengan baik iaitu selama 6 bulan bermula 12 Januari sehingga 12 Jun 2009. Juga kepada
pensyarah bagi subjek Latihan Industri iaitu Encik Daniel Kimbin yang telah bersusah
payah memberi dorongan dan tunjuk ajar semasa dalam kelas.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga
kerja Syarikat Dunco Sdn Bhd terutamanya kepada Pengarah Urusan iaitu Tuan Simon
Soon Yuk Fui kerana menerima saya sebagai pelajar praktikal di syarikat beliau. Juga
berterima kasih kepada Pembantu Pengurus “Customer Sevice Management” selaku
Penyelia Praktikal iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat. Tidak lupa juga, kepada H&R
Pentadbiran iaitu Puan Lena Linggan dan juruteknik iaitu Encik Ednes dan Encik Avian
yang telah banyak memberi tunjuk ajar semasa saya menjalani Latihan Industri serta
kepada semua kakitangan syarikat yang banyak membantu saya dalam melaksanakan
kerja yang diberikan semasa di bawah seliaan mereka.
iv
Segala nasihat dan teguran serta tunjuk ajar yang telah diberikan akan saya ingati
dalam diri dan juga pengajaran untuk dijadikan bekalan untuk hari-hari yang akan datang.
Saya berharap agar Firma ini akan terus maju jaya dan berkembang mengikut peredaran
semasa.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
saya kerana telah memberikan dorongan dan galakan kepada saya menjalani Latihan
Industri dengan bersemangat di samping menyediakan wang untuk keperluan saya
semasa Latihan Industri. Semestinya pengorbanan mereka tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada kawan-kawan dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung semasa saya menjalani program Latihan Industri.
Sekian terima kasih,
Disediakan oleh,
__________________
(AMIRRUL BIJN ARIF)
07DTK07F025
v