PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

14
ISU KEPENGGUNAAN Pentingnya Pendidikan Pengguna Di Sekolah- Sekolah Wawasan 2020 merupakan dorongan ke arah kecemerlangan negara. Bagi mencapai dan merealisasikannya, dasar ekonomi negara yang kukuh dalam bidang perniagaan perlulah ditekankan sepenuhnya. Dalam kehidupan seharian, perniagaan memainkan peranan penting untuk mencuri pandangan dan tumpuan orang ramai agar menjadi pemangkin ke arah kemakmuran negara. Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan wawasan negara. Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang kepenggunaan perlulah disemai dari peringkat kecil lagi. Dalam hal yang sedemikian, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling sesuai untuk mendidik pelajar tentang pendidikan kepenggunaan. Biasanya, peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada memikirkan hak-hak pengguna. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar harus mengetahui tentang hak-hak yang ada pada mereka sebagai pengguna. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah juga dapat membentuk sikap yang positif di kalangan pelajar. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar merupakan bakal barisan intelek yang akan menyemarakkan semangat dan kejituan rakyat dalam hal ehwal perniagaan masa akan datang. Pengguna pada hakikatnya mempunyai lapan hak, iaitu hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan keselamatan/ perlindungan, hak mendapatkan maklumat, hak mendapat gantirugi, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat. Pendidikan pengguna secara amnya, membantu pelajar-pelajar mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai bagaimana urusniaga dijalankan dalam kehidupan seharian. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah dapat membantu para pelajar mengetahui cara-cara pengguna menggunakan hak-hak yang ada pada mereka untuk menghalang daripada dieksploitasikan oleh peniaga- peniaga.

Transcript of PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

Page 1: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

ISU KEPENGGUNAANPentingnya Pendidikan Pengguna Di Sekolah-Sekolah

Wawasan 2020 merupakan dorongan ke arah kecemerlangan negara. Bagi mencapai dan merealisasikannya, dasar ekonomi negara yang kukuh dalam bidang perniagaan perlulah ditekankan sepenuhnya. Dalam kehidupan seharian, perniagaan memainkan peranan penting untuk mencuri pandangan dan tumpuan orang ramai agar menjadi pemangkin ke arah kemakmuran negara.     Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan wawasan negara. Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang kepenggunaan perlulah disemai dari peringkat kecil lagi. Dalam hal yang sedemikian, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling sesuai untuk mendidik pelajar tentang pendidikan kepenggunaan.    Biasanya, peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada memikirkan hak-hak pengguna. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar harus mengetahui tentang hak-hak yang ada pada mereka sebagai pengguna. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah juga dapat membentuk sikap yang positif di kalangan pelajar. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar merupakan bakal barisan intelek yang akan menyemarakkan semangat dan kejituan rakyat dalam hal ehwal perniagaan masa akan datang.

    Pengguna pada hakikatnya mempunyai lapan hak, iaitu hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan keselamatan/ perlindungan, hak mendapatkan maklumat, hak mendapat gantirugi, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat.

    Pendidikan pengguna secara amnya, membantu pelajar-pelajar mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai bagaimana urusniaga dijalankan dalam kehidupan seharian. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah dapat membantu para pelajar mengetahui cara-cara pengguna menggunakan hak-hak yang ada pada mereka untuk menghalang daripada dieksploitasikan oleh peniaga-peniaga.

Sesungguhnya, untuk membentuk satu barisan intelek yang peka terhadap hal-hal kepenggunaan, pelajar-pelajar perlulah memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang utuh untuk menangani masalah-masalah pengguna. Memandangkan peniaga begitu ghairah dan berleluasa mengeksploitasikan kejahilan pengguna, maka sudah sampai masanya bagi pengguna berusaha menuntut hak mereka yang amat penting, iaitu hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna. Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah dapat menggambarkan pada pemikiran manusia bahawa pendidikan pengguna amat penting supaya para pengguna lebih memahami suasana dunia perniagaan masa kini yang semakin mencabar, terutama dalam era globalisasi dan teknologi maklumat

Page 2: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

Pendidikan pengguna di sekolah-sekolah bukan sahaja dapat membantu para pelajar menyelesaikan masalah-masalah pengguna, malah membentuk sahsiah pelajar-pelajar agar lebih inisiatif dan inovatif untuk menarik perhatian pelajar ke arah menjadi pengguna yang berwawasan tinggi.

    Sebenarnya, masalah sekarang adalah sikap pengguna sendiri yang tidak acuh terhadap hak-hak mereka, walaupun ramai yang sedar akan hak-hak mereka. Pengguna haruslah bergabung tenaga untuk memperjuangkan hak-hak mereka daripada terus dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tanpa tindakan pengguna, mereka akan terus dibelenggu oleh masalah-masalah pengguna yang semakin kompleks dan merumitkan. Pengguna seharusnya menggunakan sepenuhnya peluang di sekolah-sekolah bagi memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu kepenggunaan yang tinggi agar mereka dapat menangani masalah-masalah pengguna yang wujud.

    Sememangnya, pendidikan pengguna harus diterapkan di peringkat sekolah-sekolah lagi untuk melahirkan generasi intelek yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Kurikulum sekolah masa kini perlulah disesuaikan dengan menerapkan unsur-unsur kepenggunaan dalam mata pelajaran-mata pelajaran tertentu yang wajib dan perlu untuk diambil oleh pelajar agar generasi akan datang lebih berpengetahuan dan boleh menjadi pengguna yang bijak dan rasional

Asas Pendidikan Pengguna

Kesedaran yang kritis.Pengguna dididik supaya kritis terhadap mutu barangan dan perkhidmatan serta kualiti alam sekitarnya. Juga, pengguna dididik mengenai amalan pengeluaran dan penggunaan dan kaitannya dengan alam sekitar. Pengguna seterusnya digalakkan supaya sering menyoal tentang kepenggunaan supaya berpengetahuan dan sukar ditipu.

Objektiviti. Pengguna dilatih supaya boleh membuat pilihan yang bijaksana. Tidak mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan atau taktik-taktik penjualan.

Nilai. Membentuk nilai-nilai hidup juga menguntungkan pengguna. Tidak terburu-buru meniru nilai-nilai yang tidak sesuai. Juga, mengubah kepercayaan bahawa produk atau perkhidmatan yang mahal atau kerap diiklankan semestinya lebih berkualiti daripada yang berharga murah atau tidak diiklankan.

Page 3: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

Sikap. Membina sikap positif dan bertanggungjawab. Berani mengambil tindakan dan membuat aduan apabila tertipu atau mendapati produk atau perkhidmatan tidak memuaskan. Mengubah sikap negatif seperti pantang melihat jiran atau kawan hidup lebih mewah. Juga, menghapuskan sikap mementingkan diri dan sebaliknya memupuk rasa bertanggungjawab sosial serta sikap bekerjasama dan bersatu padu.

Undang-undang. Memperkenalkan undang-undang yang melindungi pengguna. Memberi fahaman yang mendalam mengenai undang-undang supaya pengguna mahir menggunakannya apabila perlu. Pengguna juga digalakkan untuk memastikan yang undang-undang perlindungan pengguna dikuatkuasakan dengan berkesan dan sepenuhnya. Jika ada kelonggaran atau kelemahan dalam undang-undang tersebut, kerajaan haruslah digesa untuk memperketatkannya. Bila perlu, mendesak kerajaan untuk menggubal undang-undang yang baru atau meminda undang-undang yang ada supaya lebih berkesan.

Maklumat. Maklumat adalah kuasa. Melatih pengguna bagaimana hendak mendapat, mengguna dan menilai pelbagai maklumat supaya kemahiran pengguna membeli dan menggunakan dapat dipertingkatkan. Maklumat juga memberi pengguna pilihan lebih meluas serta melindungi kita daripada produk bahaya dan amalan buruk.

Ekonomi dan ekologi. Menerangkan tentang sistem ekonomi negara supaya pengguna boleh menggunakan pengetahuan ini untuk melindungi kepentingan pengguna. Juga, menggalakkan pengguna supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Pengguna juga perlu dididik mengenai ekologi supaya mencintai alam sekitar.

Rancangan. Pengguna dididik supaya merancang setiap tindakan mereka. Misalnya, membuat senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke kedai atau ke pasar. Dengan itu, mengelak membeli secara terburu-buru yang biasanya merugikan pengguna. Pengguna yang terdidik adalah raja kerana merancang setiap aktivitinya dan tahu hak-haknya sebagai pengguna. Pengguna yang merancang adalah pengguna yang bijak dan sukar ditipu atau merasa sesal di kemudian hari.

Page 4: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

Kempen ’Pengguna Bijak’

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) telah mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam membendung kebimbangan pengguna tentang kenaikan harga barang-barang, seterusnya mengawal pasaran dari ancaman peniaga tidak bertanggungjawab. Di antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan ialah melancarkan Kempen Pengguna Bijak di seluruh negara. Melalui kempen ini, mesej utama yang ingin disampaikan kepada pengguna ialah agar mereka mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan manakala peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong. Kempen Pengguna Bijak ini disasarkan terhadap pasar raya besar (hypermarket) di seluruh negara. Ianya bukan bertujuan menjejaskan perniagaan runcit tetapi merupakan strategi bagi membolehkan orang ramai mengetahui hak dan pilihan serta memperkasakan diri mereka sebagai pengguna.

Sebelum memutuskan mana satu barang atau jenama yang hendak dibeli, bandingkanharga dan kualitinya terlebih dahulu. Perbandingan harga dan kualiti juga boleh andalakukan dengan membuat pengujian sendiri ke atas beberapa jenama. Perbandinganseperti ini boleh dilakukan terhadap barangan keperluan seperti makanan, pakaian dansebagainya yang tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.Ingatlah! Barang yang bermutu tinggi….· Tidak semestinya mahal.· Tidak semestinya kerap diiklankan.· Tidak semestinya diimport.· Tidak semestinya cantik bungkusannya.

Page 5: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

· Tidak semestinya cantik katalognya.· Boleh dicari jika pembeli bijak.Apakah yang patut dilakukan oleh pengguna untuk mencegah perbelanjaanberlebihan?· Perubahan cara/gaya hidup – bawa bekalan makanan yang telah dimasak dari rumahsendiri, ke pejabat atau sekolah setiap hari.3· Bersikap waspada terhadap pola perbelanjaan – elakkan daripada berbelanja besarsemasa musim perayaan.· Rancang dengan teliti perbelanjaan – beli barangan yang perlu sahaja. Elakkandaripada membeli barangan yang mahal dan memperagakan kemewahan seperti bajumahal, telefon bimbit terbaru dan makanan mahal.· Elakkan daripada membeli barangan secara berhutang seperti menggunakan kad kredit.· Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan tujuan menonjolkankemewahan.· Sentiasa dapatkan maklumat terkini tentang harga tertinggi bagi barangan hargaterkawal.· Buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barangan.· Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran.· Senaraikan barangan yang perlu dibeli dan patuhi senarai tersebut dengan tekun.Rancang kewangan dengan teliti bagi pengurusan aliran tunai seperti contoh berikut :o Keperluan asas – 50 peratus.o Keperluan hiburan – 20 peratus.o Keperluan pertingkatkan diri – 20 peratus.o Keperluan status dan imej – 10 peratus.Panduan untuk menjadi pengguna makanan yang baikMakanan merupakan keperluan harian asasi bagi manusia. Dalam usaha memenuhikeperluan ini, pengguna menghadapi pelbagai masalah seperti kenaikan harga, bekalantidak mencukupi, tamat tempoh guna dan sebagainya. Pengguna perlu mengetahui pilihanyang ada bagi sesuatu kategori makanan bagi memudahkan mereka membuat pilihansekiranya berlaku kenaikan harga. Berikut ialah panduan kepada pengguna untukmendapatkan makanan yang terbaik untuk kesihatan disamping menjimatkan perbelanjaan :· Makan makanan semulajadi, segar dan makanan organic.· Pilih makanan keluaran tempatan kerana ianya lebih segar, murah dan boleh

Page 6: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

menjimatkan pertukaran asing.· Beli buah-buahan pada musimnya kerana harganya lebih murah.4· Beli secara pukal terutamanya makanan yang tidak mudah rosak.· Kurangkan makanan yang diproses yang mengandungi ramuan seperti gula, garam danpewarna yang tinggi kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan.· Usahakan sendiri sumber makanan jika boleh seperti menanam sendiri sayur-sayuran.· Bagi ibu-ibu mengandung, amalkan penyusuan susu ibu.· Beli makanan berdasarkan harga seunit sukatan atau bilangan bagi tujuan perbandingan(satu liter, satu kilogram, 100 gram).· Pastikan makanan yang dibeli memiliki khasiat yang seimbang.· Pastikan makanan berada dalam keadaan yang baik dan belum melewati tarikh luput.· Jika membeli makanan dalam tin, pastikan tin tidak kemek, berkarat, menggelembungatau bocor.Panduan ketika membuat kreditSebelum membeli secara kredit, buat pertimbangan terlebih dahulu supaya kredit tersebuttidak membebankan.· Buat tinjauan dari beberapa sumber kredit untuk mendapatkan kos kredit yang terendah.· Pastikan bahawa anda mampu memenuhi tanggungan kewangan.· Gunakan untuk perbelanjaan utama seperti pembelian rumah dan kenderaan.· Baca kontrak pinjaman dengan teliti sebelum menurunkan tanda tangan.· Jangan menandatangani borang kontrak yang kosong.· Tentukan sama ada pemilikan serta barangan yang dibeli itu berpatutan dengan koskredit yang terpaksa ditanggung.· Pastikan pinjaman tidak dibuat dengan pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen.· Pinjam pada jumlah yang terendah yang diperlukan dan bukannya pada jumlahmaksimum.· Bila membeli secara kredit, pastikan mutu barangan adalah sama jika membeli secaratunai.· Jelaskan dahulu pinjaman sedia ada sebelum membuat pinjaman yang baru.· Pastikan jika terdapat sebarang bayaran tambahan.5· Dapatkan maklumat lengkap tentang polisi pinjaman jika tidak dapat menepati bayaranpada masa yang ditetapkan.Panduan untuk menyemai tabiat menabungKita sering dinasihatkan bahawa menabung merupakan amalan mulia. Menabung boleh

Page 7: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

direalisasikan dengan mudah seandainya wujud kemahuan dalam diri seseorang individu.Faedah menabung yang besar bukan hanya membantu dalam pembentukan masa depantetapi juga kepada anak-anak, keluarga dan negara.Berikut adalah panduan menabung yang boleh diamalkan seperti :· Pupuk kesedaran dalam diri tentang kepentingan menabung.· Nasihati anak-anak dan sanak saudara demi kepentingan masa hadapan mereka.· Pastikan setiap individu mempunyai belanjawan peribadi yang dijadikan panduanperbelanjaan.· Pelajari dan turut serta dalam skim-skim tabungan yang menguntungkan.· Simpan semua atau sekurang-kurangnya separuh daripada pendapatan yang tidakdijangka, misalnya memenangi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai,keuntungan perniagaan atau bonus.Panduan membeli rumah· Tindakan pembeli apabila menerima hak milik kosongProses penyerahan kunci dikenali sebagai penyerahan hak milik kosong. Penyerahanpemilikan kosong hanya akan dibenarkan apabila perkara-perkara berikut diperolehi :o Arkitek Pemaju memperakukan bangunan tersebut telah siap dengan sempurna danbekalan air serta elektrik sedia untuk penyambungan ke bangunan tersebut.o Pemaju telah memohon dan memperakui boring E (Perkara 25 Undang-UndangKecil Bangunan Seragam 1984) telah dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatanuntuk dikeluarkan Perakuan Layak Menduduki (CFO).o Pembeli telah membayar semua wang yang dikehendaki, membayar mengikutklausa 4 (1) Jadual Ketiga dan segala wang lain yang perlu dibayar di bawahperjanjian.6o Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan syarat di pihaknya.· Tempoh liabiliti kecacatano Setelah menerima notis bertulis daripada pemaju untuk penyerahan milik kosong(serah kunci) pembeli hendaklah segera mengambil kunci rumah dalam tempoh 14hari.o Kesempatan ini perlu digunakan sepenuhnya untuk membuat pemeriksaanbangunan/rumah bersama pemaju dan mengemukakan senarai kecacatan (jika ada)secara bertulis kepada pemaju.

Page 8: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

o Pembeli dinasihatkan membuat salinan kecacatan tersebut bagi tujuan semakankelak.o Sekiranya pembeli tidak mengambil kunci dalam tempoh tersebut, ianya dianggapkunci telah diambil dan sekiranya berlaku kecurian dalam tempoh selepas 14 hari,pembeli adalah bertanggungjawab ke atasnya.· Penyelesaiano Pembeli mempunyai tempoh 18 bulan (warranty period) untuk membuat aduan.o Pemaju dikehendaki membaiki kecacatan yang diadukan dalam tempoh 30 hari daritarikh penerimaan aduan.o Selepas tamat tempoh 30 hari, jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan,pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju kos perbelanjaan yang diperlukanuntuk membaiki kecacatan tersebut.o Pembeli dinasihatkan menghantar notis melalui peguamcara pembeli.o Jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan selepas 14 hari dari tempohpemakluman kes tersebut, pembeli berhak mendapat balik wang daripada pemajukos membaiki melalui memotong wang bayaran lima peratus seperti tercatat dalamJadual Ketiga Fasal 4 (1) sebagaimana tercatat dalam Surat Perjanjian Jual Beli(SPJB) yang dipegang oleh peguamcara pemaju.· Serahan hak milik lewat7Sekiranya pemaju lambat menyerahkan pemilikan kosong seperti yang ditetapkan dalamSPJB, pembeli berhak mendapatkan bayaran ganti rugi kelewatan penyerahan yang dikiradengan kadar 10 peratus setahun dari harga rumah yang dibeli. Perkiraannya adalah sepertiberikut :Jumlah hari x harga beli rumahX 10%365 hariBangunan pecah bahagi seperti pangsapuri, pemaju bertanggungjawab menyiapkankemudahan bersama seperti tempat letak kereta, lampu koridor, dewan serbaguna dansebagainya. Jika pemaju lewat menyiapkan kemudahan tersebut dalam tempoh yangditetapkan, pemaju perlu membayar gantirugi kepada pembeli mengikut SPJB Fasal 24 (2)Jadual H. Pengiraan adalah seperti berikut :Jumlah hari lewat

Page 9: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

x 20% x harga terakhir belian x 10%365 hariSekiranya pemaju enggan membayar, pembeli perlu mendapatkan khidmat peguam danmemfailkan kes di mahkamah. Tetapi jika jumlah tuntutan kurang daripada RM25,000,pembeli boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dengan mengisiborang 1 di Pejabat Tribunal. Pembeli dinasihatkan supaya jangan membaiki kecacatanatau membuat pindaan ke atas rumah atau bangunan sebelum mendapat CFO.· Tanggungjawab pembeli dalam Perjanjian Jual BeliPembeli bertanggungjawab membayar faedah yang dituntut oleh pemaju di atas kelewatanmembayar bayaran kemajuan. Sebarang kelewatan bayaran tuntutan kemajuan olehpemaju boleh memberi bebanan kepada pembeli seperti berikut :8o Sekiranya ansuran tidak dibayar dalam tempoh 14 hari selepas menerima notistuntutan diterima, faedah akan dikenakan ke atas ansuran-ansuran yang tidakberbayar. Faedah akan dikira dari hari ke hari dengan 10 peratus setahun.o Sekiranya terdapat ansuran yang tertunggak termasuk faedahnya belum dibayar,pembeli perlu menjelaskannya dalam tempoh 28 hari dari tarikh surat (notis) tuntutanbayaran diterima daripada pemaju. Sekiranya bayaran tersebut tidak dibuat dalamtempoh tersebut, pemaju atau melalui peguamcaranya akan menghantar notisbertulis melalui surat berdaftar kepada pembeli.o Dalam tempoh tidak kurang daripada 14 hari selepas menerima notis tersebut, jikapembeli masih tidak membuat pembayaran, ia bermaksud perjanjian ini ditolak olehpembeli dan membolehkan pemaju menamatkan perjanjian tersebut kecualipenyelesaian dibuat dalam tempoh tersebut.Panduan mengeluarkan wang dari bankOrang ramai yang ingin mengeluarkan wang tunai dengan jumlah yang besar dari bankdinasihatkan supaya berteman bagi mengelak daripada dirompak. Anda dinasihatkansupaya :· Jangan tergopoh gapah pergi ke mesin ATM.· Gunakan ATM yang terletak di kawasan yang terang.· Sekiranya anda mengesyaki seseorang yang berhampiran, elakkan daripada terusmenggunakan mesin ATM tersebut.

Page 10: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

· Lindungi skrin ATM semasa memasukkan nombor PIN.· Jika anda rasa diri anda diekori selepas mengeluarkan wang :· Cuba camkan orang atau kenderaan tersebut.· Teruskan perjalanan anda ke tempat yang terang.Panduan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah· KipasTutup apabila tidak digunakan. Kipas yang berusia lebih daripada 20 tahun perlu digantikerana model yang terkini menggunakan kuasa elektrik yang rendah.9· Televisyen dan videoTutup bila tidak digunakan.· Seterika elektrikGosok pakaian yang banyak dalam satu masa.· Lampuo Pilih lampu yang bersesuaian berdasarkan tempat.o Bilik yang mempunyai warna dinding yang gelap akan menyerap lebih banyakcahaya. Ini akan menyebabkan bilik kelihatan lebih terang.o Letakkan lampu di sudut bilik.o Guna lampu kalimantang.o Tutup lampu apabila keluar bilik.o Tukar lampu untuk kawasan luar rumah dengan lampu halogen.o Apabila mentol kotor, lapkan sehingga bersih.Panduan belanjawan isi rumah· Simpan satu rekod belanjawan isi rumahJangka masa yang paling lama kita boleh memperolehi pendapatan ialah tempoh 40 hingga45 tahun iaitu sehingga usia 60 hingga 65 tahun. Untuk tempoh selepas usia 60 hingga 65tahun, kita mungkin tidak mempunyai pendapatan. Oleh itu, pengetahuan yang baikmengenai bagaimana mengagih pendapatan kita sepanjang jangka hayat menjaminkehidupan yang selesa dan bahagia.Pendapatan terbahagi kepada dua bahagian :o Pendapatan untuk dibelanjakan.o Pendapatan untuk tabungan.Wang yang ditabungkan biasanya 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan bergantungkepada keadaan isi rumah.10· Simpan satu jadual yang menunjukkan tabungan dan hutang andaTabungan/pelaburan :o Jenis (simpanan biasa, simpanan tetap, saham bon, barang kemas, insuran nyawadan sebagainya).o Nilai asal.o Kadar faedah setahun.o Tarikh matang.

Page 11: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU KEPENGGUNAAN

o Institusi/bank.Hutang :o Jenis hutang (pinjaman perumahan, pinjaman kereta, sewa beli televisyen dansebagainya).o Amaun asal dipinjam.o Tempoh pembayaran balik (contoh 24 bulan).o Ansuran bulanan.o Tarikh ansuran pertama.· Simpan rekod barangan tahan lama seperti kereta, rumah, alat-alat elektrik atauelektronik yang besarDisimpan bersama :o Nama alat/barang.o Tarikh beli.o Nombor siri produk.o Alamat pusat servis.o Rekod pembaikan, waranti dan sebagainya.o Brosur dan manual.

Kuasa berbelanja terletak di tangan pengguna. Mereka berhak membeli barangan atauperkhidmatan terbaik seimbang dengan nilai wang yang dibayar. Seseorang pengguna yangdikategorikan sebagai Pengguna Bijak boleh dinilai dari segi kearifan mereka membuatpertimbangan, bermaklumat serta bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan yang dibuattermasuk berbelanja mengikut kemampuan dan tidak keterlaluan. Peniaga pula hendaklahsentiasa memastikan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan memberi manfaatkepada pengguna. Dalam urusan jual beli, peniaga hendaklah sentiasa bersikap sederhanadalam menentukan kadar keuntungan dan tidak mengabaikan amalan beretika dalamperniagaan.Sumber maklumat :Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna12