peranan refleksi

2
APAKAH PERANAN REFLEKSI? Pertamanya, dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru: • membuat penilaian kendiri • berfikir secara analitik, kritis dan kreatif • menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja • melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan • mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika • mengubah tingkahlaku Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan

description

refleksi

Transcript of peranan refleksi

APAKAH PERANAN REFLEKSI?

Pertamanya, dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.

Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru: membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkahlaku

Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan. Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru. Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal . Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru: membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkahlaku

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ