Peraturan Pertandingan Bola Jaring

12
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA DAERAH JELEBU 2015 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM 2. PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Setaip pasukan mestilah mendaftar 12 orang pemain, 1 orang Jurulatih dan 1 orang Pengurus Pasukan. 2.2 Tiap-tiap pemain mestilah berumur 12 tahun kebawah, 15 tahun kebawah dan 18 tahun kebawah. 2.3 Salinan surat beranak/kad pengenalan mestilah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah pemain berkenaan dan dikepilkan bersama borang R01dan R02(Sekolah rendah) dan borang M01 dan M02(Sekolah Menengah) 2.4 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain. 3. PAKAIAN 3.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai”bibs” tinggi huruf 6 inci atau 8 inci menunjukkan kedudukan pemain-pemain. 3.2 Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai seluar pendek atau tights atau tights dipakai dengan skirt 3.3 Pemain yang mengambil bahagian mestilah memakai kasut atau boots 3.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa(2) set bibs berlainan warna. 1

description

rules of netball

Transcript of Peraturan Pertandingan Bola Jaring

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARINGMAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIADAERAH JELEBU 2015

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM

2. PENDAFTARAN PEMAIN2.1 Setaip pasukan mestilah mendaftar 12 orang pemain, 1 orang Jurulatih dan 1 orang Pengurus Pasukan.2.2 Tiap-tiap pemain mestilah berumur 12 tahun kebawah, 15 tahun kebawah dan 18 tahun kebawah.2.3 Salinan surat beranak/kad pengenalan mestilah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah pemain berkenaan dan dikepilkan bersama borang R01dan R02(Sekolah rendah) dan borang M01 dan M02(Sekolah Menengah)2.4 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain.

3. PAKAIAN3.1 Pemain-pemain diwajibkan memakaibibs tinggi huruf 6 inci atau 8 inci menunjukkan kedudukan pemain-pemain.3.2 Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai seluar pendek atau tights atau tights dipakai dengan skirt3.3 Pemain yang mengambil bahagian mestilah memakai kasut atau boots3.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa(2) set bibs berlainan warna.3.5 Sekiranya kedua-dua pasukan yang memakai bibs sama warna maka undian lambungan duit akan dijalankan.

4. SISTEM PERTANDINGAN4.1 CARA LIGA EMPAT KUMPULAN4.1.1 Pusingan Awal4.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan A, B, C dan D. Pertandingan dijalankan secara liga.4.1.1.2 Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan dalam 2013 akan ditempatkan seperti berikut:Johan: Kumpulan ANaib Johan: Kumpulan BKetiga: Kumpulan CKeempat: Kumpulan DLain-lain pasukan akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi4.1.1.3 sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka kumpulan terbaik berikutnya akan dipertimbangkan kedudukannya.

4.1.2 Pusingan Kedua(Suku Akhir)4.1.2.1 Johan dan Naib johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.4.1.2.2 Perlawanan akan ditetapkan sebagaimana berikut:4.1.2.2 .1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan dikedudukan 1, 3, 5 dan 7.4.1.2.2.2 Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua kumpulan untuk ditempatkan dikedudukan 2 atau 4 jika pasukan pemenang 1 kumpulannya diundi dan ditempatkan dikedudukan 5 atau 7, manakala 2 Pasukan Pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6 atau 8.4.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

4.2 CARA LIGA TIGA KUMPULAN(A,B DAN C)4.2.1 Pusingan Pertama4.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan A,B dan C.Pertandingan akan dijalankan secara liga.4.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam pertandingan tahun 2013 akan ditetapkan dalam kumpulan berikut:Johan: Kumpulan ANaib Johan: Kumpulan BKetiga: Kumpulan C4.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamankan(seeded) tidak mengambil bahagian maka kumpulan terbaik berikutnya akan dipertimbangkan kedudukannya.

4.2.2 Pusingan Kedua4.2.2.1 Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap kumpulan ditetapkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.4.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.4.2.2.3 Dari 3 pemenang, 1 akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 kumpulan ditempatkan ke kumpulan Y.4.2.2.4 Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan dikumpulan lain dari pemenang kumpulannya.4.2.2.5 Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain liga dalam kumpulan masing-masing.

4.2.3 Pusingan Akhir4.2.3.1 Pemenang 1 kumpulan X akan melawan pemenang 1 kumpulan Y untuk menentukan johan dan naib johan.4.2.3.2 Pemenang 2 kumpulan X akan melawan pemenang 2 kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan tempat keempat.

4.3 CARA LIGA 2 KUMPULAN4.3.1 Pusingan Pertama4.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B.4.3.1.2 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lepas akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B. Bagi pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi.4.3.1.3 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.3.2 Pusingan Kedua(Separuh Akhir)4.3.2.1 Pemenang 1 kumpulan A akan melawan pemenang 2 kumpulan B dan pemenang 1 kumpulan B akan melawan pemenang 2 kumpulan A.4.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

4.3.3 Pusingan Akhir4.3.3.1 Pemenang 1 kumpulan A/Pemenang 2 kumpulan B akan melawan pemenang 1 kumpulan B /pemenang 2 kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan.4.3.3.2 Pasukan kalah dalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat.

4.4 CARA LIGA SATU KUMPULAN4.4.1 Sekiranya 5 pasukan atau kurang mengambil bahagian pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang dapat mata tertinggi diisytiharkan sebagai Johan.

5. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN5.1 Pemberian mata bagi peringkat liga kumpulan ialah seperti berikut:Menang- 3 mataSeri - 1 mataKalah-0 mata

5.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:5.2.1 Secara purata gol, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena didarabkan dengan 100 dan dibahagikan dengan bilangan permainan. Bagi menentukan kedudukan yang muktamad, bilangan angka perpuluhan bagi purata gol ialah tiga.5.2.2 Sekiranya masih seri , maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah yang kena.5.2.3 Sekiranya masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.5.2.4 Sekiranya masih seri , keputusan akan ditentukan secara lambungan duit. Jika lebih daripada 2 pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi.

5.3 Cara kalah mati5.3.1 Pada peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya keputusan adalah seri, cara berikut dijalankan:5.3.1.1 Pertandingan disambung semula, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa rehat.5.3.1.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian seperti mana terdapat didalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan.5.3.1.3 Setelah masa tambahan 5 minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat.5.3.1.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan 5 minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

6. MASA BERMAIN6.1 Masa bermain bagi pusingan akhir ialah 40 minit dengan masa rehat selama 5 minit6.2 Pemain mesti berada digelanggang 10 minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain, pasukan itu dikira kalah dengan sengaja dan diberi kemenangan percuma dengan mata( 10 0 ).6.3 Sekiranya pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola dan Teknikal MSSD Jelebu

7. PENGGANTIAN7.1 Gantian pemain adalah mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring MSSM.7.2 Penggantian boleh dibuat pada masa kecederaan atau masa rehat sahaja. Masa kecederaan hanya diberi 2 minit sahaja. Pemberhentian yang dibuat oleh pengadil masa tidak dihadkan. Tiga penggantian boleh dibuat dan pemain yang diganti boleh bermain semula.7.3 Penggantian pemain boleh dibuat oleh pemain yang sakit itu sendiri dengan memberitahu kepada pengadil ( tanpa mengisi boring pertukaran ).

8. PENANGGUHAN8.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan permainan diteruskan seperti hujan lebat, petir, kilat, cuaca gelap dan kedengaran azan maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.8.2 Permainan yang ditangguhkan kerana keadaan cuaca akan diteruskan seperti berikut:a) Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.b) Sekiranya perlawanan ditangguhkan kepada hari lain maka permainan hendaklah dimainkan semula.8.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubahkan sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

9. BANTAHAN9.1 Bantahan bertulis dengan menggunakan Borang Bantahan yang dituliskan dalam 2 salinan dan ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat 30 minit selepas perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus).9.2 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat tidak wajar.9.3 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.

10. PEMILIHAN PEMAIN10.1 Pengerusi Teknik B. Jaring MSSD Jelebu10.2 Penyelaras Sukan MSSD Jelebu10.3 Pengerusi Jurulatih MSSD dan Jurulatih/Pengurus MSSD 10.4 Pengerusi Pengadil MSSD Jelebu dan Pengadil MSSD B. Jaring

11. JURI RAYUAN11.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/Wakil11.2 Setiausaha Agung11.3 Pengerusi Teknik B. Jaring MSSD Jelebu11.4 Dua orang Pengurus Pasukan yang berdaftar yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut.

12. PENGADIL12.1 Bayaran pengadil seperti berikut:12.1.1 Sekiranya perjalanan pengadil itu kurang 25 km, maka bayaran pengadil adalah RM 20.00 sahaja.12.1.2 Sekiranya perjalanan pengadil itu lebih dari 25 km, maka tuntutan boleh dituntut mengikut kadar kelayakan masing-masing.12.1.3 Pengadil akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola12.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.

13. PERATURAN PENGURUSAN13.1 Pengurus, jurulatih dan pemain simpanan dikehendaki duduk dibangku yang disediakan ditepi gelanggang.13.2 Hanya ketua pasukan sahaja yang boleh menyampaikan sebarang pertanyaan dimasa rehat dan selepas tamat perlawanan.

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN14.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.14.2 Semua pertandingan tidak boleh ditangguhkan melainkan jika berlaku hal yang tidak dapat dielakkan dan Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan untuk penangguhan.

7