Peraturan sekolah guru guru

13
PERATURAN SEKOLAH (GURU & STAF ) DASAR KURIKULUM 1.1.Semua murid boleh diajar, boleh belajar dan boleh Berjaya. 1.2.Pembelajaran berkualiti untuk semua murid. 1. ARAHAN AM 1.1.Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.Oleh itu semua guru adalah dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2.Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan perintah Am dan arahan Perkhidmatan yang lain. 1.3.Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata. 1.4.Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang 1.5.Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.6.Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7.Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8.Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN GURU 2.1.Sampai di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum jadual pertama persekolahan dimulakan dan balik 30 minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetapkan oleh Guru Besar mengikut keadaan semasa. 2.2.Kehadiran masa tiba dan masa balik hendaklah dicatatkan sendiri dan ditandatangani di dalam 'Buku Kedatangan Guru'. Kegagalan mencatatkan kehadiran akan merumitkan pentadbiran sekolah. 2.3.Jika sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan dsbnya, guru berkenaan hendaklah segera memberitahu Guru Besar dengan apa cara juga. Jika cuti lebih dari

Transcript of Peraturan sekolah guru guru

Page 1: Peraturan sekolah guru guru

PERATURAN SEKOLAH (GURU & STAF )

DASAR KURIKULUM

1.1.Semua murid boleh diajar, boleh belajar dan boleh Berjaya.1.2.Pembelajaran berkualiti untuk semua murid.

1. ARAHAN AM1.1.Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.Oleh itu semua guru adalah dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.1.2.Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan perintah Am dan arahan Perkhidmatan yang lain.1.3.Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.1.4.Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang1.5.Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.1.6.Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas.1.7.Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.1.8.Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. KEDATANGAN GURU2.1.Sampai di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum jadual pertama persekolahan dimulakan dan balik 30 minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetapkan oleh Guru Besar mengikut keadaan semasa.2.2.Kehadiran masa tiba dan masa balik hendaklah dicatatkan sendiri dan ditandatangani di dalam 'Buku Kedatangan Guru'. Kegagalan mencatatkan kehadiran akan merumitkan pentadbiran sekolah.2.3.Jika sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan dsbnya, guru berkenaan hendaklah segera memberitahu Guru Besar dengan apa cara juga. Jika cuti lebih dari sehari, Buku Persediaan Mengajar, buku rujukan, anak kunci dan surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.2.4.Jika terlewat sampai ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah berjumpa Guru Besar terlebih dahulu menerangkan sebab kelewatan itu sebelum menjalankan tugas.

Page 2: Peraturan sekolah guru guru

3. PERHIMPUNAN3.1.Perhimpunan rasmi murid-murid dan guru-guru diadakan pada setiap Isnin. Semua guru dikehendaki hadir dan berdiri di hadapan murid-murid atau di kiri kanan mereka. Tidak dibenarkan guru berada di lain-lain tempat seperti kantin atau bilik guru.3.2.Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan sepenuhnya perhimpunan ini dengan bantuan murid.Aturcara perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Iktisas Bil. 4/1984 KP.(BS)8591/Jld.11/24 bertarikh 14.7.84.3.3.Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah - Mesyuarat Guru, Mesyuarat PIBG,Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah Sekolah.

4. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR4.1.Semua guru mestilah menyediakan buku Persediaan Mengajar dengan sempurna dan penuhkan semua kehendak di dalamnya.4.2.Buku ini hendaklah disediakan dalam masa persediaan atau di rumah. Membuat persediaan dalam bilik darjah adalah ditegah.4.3.Buku ini mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya untuk disemak dan diperiksa pada hari Jumaat atau pada hari akhir minggu berkenaan.4.4.Butir-butir dalamnya hendaklah ditulis dengan teliti, teratur dan sentiasa kemaskini.4.5.Buku ini adalah dokumen penting sebagaimana kehendak Undang-undang Sekolah (Kursus Pendidikan) 1956.Serahkan pada Guru Besar pada akhir tahun untuk disimpan.

5. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU5.1Guru Kelas5.1.1.Bertanggungjawab mengenai disiplin, kebersihan kelas dan murid-muridnya serta mengetahui tentang diri dan latar belakang mereka.5.1.2.Melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru Besar atau kerja-kerja semasa.5.1.3.Mengambil tindakan sewajarnya mengenai:5.1.3.1.Jadual Kedatangan5.1.3.2.Kutipan yuran/pelbagai bayaran5.1.3.3.Buku/Kad Kemajuan Pelajaran5.1.3.4.Buku/Kad Pelaporan Gerakerja Kokurikulum5.1.3.5.Kad Riwayat Hidup (001R)5.1.3.6.Kad Kesihatan5.1.4.Menyediakan dan mempamirkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Giliran Murid Bertugas di dalam kelas.Tentukan tugas murid-murid seperti menyapu, padam papan hitam dan menceriakan bilik darjah.5.1.5.Melengkapkan menyusun barang-barang dan alatan dalam kelas supaya dapat menimbulkan suasana bilik darjah yang sentiasa kemas dan teratur, sesuai sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran.5.2.Guru Khas/Bukan Guru Kelas5.2.1.Boleh diarah untuk menjadi guru kelas sepenuh masa atau mengganti/mengambil alih tugas sementarakerana ketiadaan guru kelas yang sebenar.

Page 3: Peraturan sekolah guru guru

5.2.2.Bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada pelajaran khas yang diajar seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Pemulihan dsbnya.Bilik-bilik khas (jika ada) mestilah dilengkapi dengan alat-alat mengajar yang kemaskini.5.2.3.Membuat dan melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru Besar lebih banyak dari guru kelas.

6. JADUAL WAKTU DAN MASA MENGAJAR.6.1.Guru hendaklah mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah dirancang/ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar.6.2.Guru tidak dibenarkan mengajar selepas masa yang dihadkan. Pertukaran kelas/guru hendaklah dijalankan serta merta.6.3.Semasa seseorang guru sedang mengajar, guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu dengan tujuan membantu P&P. Pegawai-pegawai yang datang melawat/ Penolong Kanan/ Ketua Panitia dan Guru Besar boleh membuat penyeliaan.6.4.Guru-guru adalah dilarang:6.4.1.Menukar masa pengajaran/jadual waktu tanpa kebenaran Guru Besar.6.4.2.Berbual-bual dengan guru lain sewaktu P&P6.4.3.Duduk semasa P&P6.4.4.Memeriksa buku rampaian atau kertas ujian tanpa mempedulikan murid-murid TETAPI memeriksa kerja murid dari seorang keseorang dalam kumpulan kecil adalah dibenarkan6.4.5.Membuat persediaan mengajar atau alatan semasa P&P6.4.6.Meninggalkan atau mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan alasan pelajaran itu tidak penting atau guru itu tidak berminat.6.5.Semasa mengajar Pendidikan Jasmani, guru hendaklah memakai kasut getah dan memakai pakaian sukan iaitu seluar trek dan baju kemeja T. Guru Pendidikan Jasmani dikehendaki menukarkan pakaian rasmi mengajar apabila selesai mengajar Pendidikan Jasmani.6.6.Jangan membiarkan murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru bersama. Adalah dilarang sama sekali guru memberi arahan atau sekadar memerhati sahaja dari jauh. Risiko yang dihadapi amat tinggi jika dalam keadaan begini murid mendapat kemalangan atau kecederaan.6.7.Jika hujan atau padang tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani boleh dijalankan di dalam dewan (jika ada)atau di mana-mana tempat yang sesuai sama ada di dalam atau di luar bangunan.

7. MASA TIDAK MENGAJAR7.1.Masa ini hendaklah digunakan untuk memeriksa buku-buku rampaian, atau membuat persediaan mengajar atau membaca buku-buku rujukan.7.2.Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali ada urusan penting dan mendapat kebenaran Guru Besar.

8. JADUAL KEDATANGAN8.1.Jadual Kedatangan adalah dokumen penting sekolah. Guru Kelas hendaklah menandakannya tiap-tiap hari dan dihantar ke pejabat pada waktu pertama jadual waktu. Jika guru kelas bercuti atau berkursus tugas ini diambil alih oleh Guru Penyelaras.

Page 4: Peraturan sekolah guru guru

8.2.Cara menulis/mengisi/menanda semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti peraturan yang tercatat dalamnya.8.3.Jadual Kedatangan mestilah ditulis hanya dengan dakwat biru atau hitam yang kekal.8.4.Kesalahan dalam Jadual Kedatangan hendaklah dipotong dengan terang, dibetulkan dengan menulis semula dan ditandatangani ringkas oleg guru berkenaan. Sebarang jenis pemadam tidak dibenarkan bagi membetulkan kesalahan.8.5.Tidak dibenarkan memotong atau memasukkan nama murid tanpa pengetahuan atau arahan dari Guru Besar.Peringatan Jadual Kedatangan adalah dokumen sekolah yang mesti dihantar dan dikehendaki oleh pihak Audit Sekolah-Sekolah untuk diperiksa tiap-tiap tahun. Guru Besar berhak mengarahkan guru-guru yang melakukan kesilapandalam buku kedatangan UNTUK MENULIS SEMULA DALAM BUKU BARU

9. KEMALANGAN DAN KEUZURAN9.1.Murid-murid yang didapati sakit atau kemalanga, guru kelas atau guru bertugas pada minggu itu hendaklah segera menghubungi ibu bapa/penjaga murid berkenaan dan menghantar murid ke hospital.9.2.Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau ke klinik/hospital hendaklah direkod dalam Buku Laporan Guru Bertugas.9.3.Guru kelas sepatutnya tahu sebab-sebab muridnya tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang maklumat hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar. Satu surat peringatan 'Tidak Hadir' akan dikirimkan kepada ibu bapa/penjaga oleh guru kelas tersebut.

10. MENGUTIP WANG PEMBELIAN BUKU10.1.Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang dari murid-nurid tanpa arahan atau kebenaran bertulis dari Guru Besar10.2.Murid-murid tidak boleh diarah atau dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja, buku bacaan tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar.10.3.Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada Guru Besar. Resit rasmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang menjelaskan yuran.

11. BUKU RUJUKAN GURU11.1.Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan semula pada hujung tahun atau apabila bertukar sekolah. Jika hilang hendaklah diganti.

12. BUKU LATIHAN/RAMPAIAN, UJIAN DAN PENILAIAN12.1.Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah diperiksa segera selepas diajar atau dijalankan12.2.Latihan hendaklah diberi tiap-tiap hari/selalu dan ujian topikal mengikut keperluan P&P untuk mengetahui tahap pencapaian/prestasi murid-murid. Semua kertas ujian mestilah dimasukkan ke dalam fail prestasi tiap-tiap murid.12.3.Guru Besar/Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan memeriksa buku-buku rampaian/latihan dan buku kerja murid-murid sebanyak 5 buah ATAU bilangan yang diambil secara rawak. Begitu juga fail prestasi murid.

Page 5: Peraturan sekolah guru guru

12.4.Slip Laporan Kemajuan prestasi murid hendaklah dipenuhi tiap-tiap kali ujian bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun sebagai ukuran penilaian yang tepat, hasil dari penilaian/peperiksaan yang diberi. Satu salinan slip laporan hendaklah difailkan dan diserahkan kepada Guru Besar untuk ditandatangani dan disimpan di pejabat sekolah.

13.GURU BERTUGAS.13.1.Guru bertugas akan ditetapkan mengikut tugas mingguan bagi sekumpulan guru. Masa bertugas ialah sepanjang masa persekolahan hari iaitu dari 7.15 pagi hingga 2.15 petang.13.2.Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid - murid dan pastikan mematuhi peraturan sekolah.13.3.Menulis catatan ke dalam "Buku Laporan Guru Bertugas" segala yang berlaku pada hari berkenaan termasuk topic topik lain yang perlu perhatian seperti perhimpunan, kebersihan, kantin, tandas dsbnya.13.4.Kumpulan guru bertugas yang terdiri dari guru - guru subjek dikehendaki melengkap dan menceriakan papankenyataan yang telah ditetapkan dengan bahan - bahan yang berfaedah untuk panduan murid - murid.

14. GERAKERJA KOKURIKULUM.14.1.Gerakerja Permainan ( C ) dijalankan pada Selasa jam 7.40 - 8.40 pagi. Semua murid dan guru diwajibkan memakai pakaian seragam pada hari setiap hari Rabu. Gerakerja Unit Beruniform ( B ) dijalankan pada hari Rabu jam 1.10 –2.10 petang, dan Gerakerja Persatuan ( A ) dijalankan pada hari Khamis jam 1.10 - 2.10 petang. Jika hari berkenaan cuti ia akan dijalankan pada hari berikutnya. Guru yang terlibat hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya tentang kehadiran dan keselamatan murid - murid serta peralatan yang digunakan.14.2.Pastikan kegiatan yang dibuat dijalankan dengan penuh minat, bersungguh - sungguh dan mencapai tahap kemajuan / prestasi yang boleh dibanggakan.14.3.Semua guru-guru adalah diwajibkan hadir, giliran tidak dibenarkan. Bertanggungjawab menyediakan/ membuat laporan mengenai kegiatannya apabila dikehendaki oleh Guru Besar.

15.PERATURAN PEJABAT.15.1.Guru - guru adalah ditegah mengambil fail-fail, atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa izin Guru Besar. Walau-bagaimanapun surat penting untuk tindakan guru berkenaan boleh difotostat dengan syarat terlebih dahulu memberitahu ketua kerani sekolah dan direkodkan ke dalam "Buku". Tindakan yang perlu mestilah dijalankan dengan kemas dan memuaskan mengikut tarikh yang dikehendaki selesai.15.2.Guru - guru adalah dilarang :15.2.1.Membaca surat - surat yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong Kanan atau Kerani.15.2.2.Mengambil / membaca "Buku Diari Sekolah " melainkan dengan izin Guru Besar atau Penolongnya.15.2.3.Mengambil / menulis buku - buku stok kecuali guru berkenaan yang dipertanggungjawabkan.15.2.4.Berbual - bual atau membuat kerja di pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran

Page 6: Peraturan sekolah guru guru

Guru Besar atau Penolong Kanan.15.2.5.Mengarahkan kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Guru Besaratau Penolong Kanan.15.2.6.Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi.

16. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH16.1.Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa kepengetahuan pihak sekolah.16.2.Ketua Panitia hendaklah mempastikan ada peraturan - peraturan mengenai penggunaan bilik - bilik khas seperti bilik makmal sains, bengkel KH, bilik SAL, bilik matematik, PSS, bilik pemulihan, makmal komputer, surau, bilik muzik, bilik pendidikan seni dan bilik - bilik khas yang lain.16.3.Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat, ini adalah termasuk kunci - kunci yang dipenduakan oleh guru – guru Jika guru - guru hendak menyimpan kunci pendua untuk bilik - bilik tertentu, kebenaran bertulis dari Guru Besar hendaklah diperolehi. Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik berkenaan.

17.KEBERSIHAN17.1.Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas. Jadual giliran tugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan hendaklah digunakan rapi dan disimpan dengan selamat.17.2.Ketua Panitia, guru bilk khas dan guru - guru yang menggunakan bertanggungjawab menjaga bilik tersebut.17.3.Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru , staf sokongan dan pelajar - pelajar.

18. SURAT - MENYURAT18.1.Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

19. SURAT YANG DITERIMA19.1.Surat yang diterima oleh pihak sekolah yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan dengan kadar segera.19.2.Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu bolehlah disimpan sendiri setelah diambil tindakan.19.3.Jika surat itu dituju kepada Guru Besar, surat itu akan diedarkan kepada guru berkenaan.19.3.1.Mengambil tindakan yang diperlukan.

20.PERGI KE PPD DAN JPN20.1.Guru - guru tidak digalakan ke PPD atau JPN tanpa surat rasmi dari Guru Besar.

Page 7: Peraturan sekolah guru guru

21.CUTI21.1.Cuti Rehat/ Cuti Penggal.Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP ) 004.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak me- lebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas - tugas seharian daripada tugas mengajar.21.2.Cuti sakit21.2.1.Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut - turut hendaklahdisahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.21.2.2.Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun.21.2.3.Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putus - putus akan dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.21.3.Cuti Tanpa Gaji.21.3.1.Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab - sebab persendirian yangmustahak.21.3.2.Cuti Tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.21.3.3.Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap - tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.21.3.4.Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.21.3.5.Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh PengarahPelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang per-mohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.21.4.Cuti Rehat Khas21.4.1.Cuti rehat ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.21.4.2.Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab - sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 7 hari dalam setahun ( Dengan syarat tidak mengganggu proses P&P.21.5.Cuti Keluar Negara21.5.1.Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan. Sila isikan boring permohonan yang ada di pejabat selewat - lewatya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

22.PAKAIAN22.1.Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.22.2.Pakaian berbentuk seluar dan baju yang merupakan pakaian Negara lain tidak dibenarkan bagi guru perempuan.22.3.Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai.

Page 8: Peraturan sekolah guru guru

22.4.Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. Guru perempuan :trek, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.Guru lelaki : Seluar trek / seluar panjang yang sesuai. Kemeja sukan baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.22.5.Pada hari Rabu semua guru diwajibkan memakai baju Unit Beruniform.Pada hari Khamis semua guru diwajibkan memakai baju batik.Pada hari Jumaat semua guru lelaki diwajibkan memakai baju melayu lengkap.Pada hari bekerja yang lain semua guru lelaki dikehendaki memakai pakaian kemas dan bertali leher.

23.PERHUBUNGAN SESAMA GURU23.1.Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.23.2.Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman / pendapat/ kepercayaan kepada guru atau pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.23.3.Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

24.BILIK GURU.24.1.Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.24.2.Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini dianggap sebagai "non-teaching period" bukannya "free period". Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara perkara yang berkaitan dengan P&P.24.3.Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.24.4.Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama - sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana - mana pihak.

25.PERJAWATAN DAN PENGAJARAN.25.1.Jikalau guru menghadapi masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.25.2.Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan atau Guru Besar.

26.TUGAS26.1.Guru akan diberi tugas - tugas kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka melaksanakan tugas – tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.26.2.Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN / PPD atau ke sekolah lain guru hendaklah, mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan bersama, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Guru Besar. Semua bahan - bahan mesyuarat /kursus hendaklah disampaikan kepada Guru Besar untuk simpanan pihak sekolah.

Page 9: Peraturan sekolah guru guru

27.PELAWAT27.1.Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru - guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual - penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

28. MEMBELI BARANG28.1.Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang nota minta yang diperolehi dari pejabat.28.2.Borang itu hendaklah disahkan oleh Ketua Panitia / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.28.3.Semua pesanan mesti dibuat melalui Nota Minta Borang Pesanan Tempatan.28.4.Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

29.MESYUARAT GURU29.1.Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.29.2.Guru - guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia.

30. BUKU STOK DAN INVENTORI30.1.Guru Penolong Kanan / Ketua Panitia dan guru - guru bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

31. TANDA NAMA31.1.Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah.

32. KEAHLIAN KELAB32.1.Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.32.2Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

33.PENGGUNAAN ALAT - ALAT.33.1.Penggunaan alat - alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.33.2.Mesti mendapat kebenaran daripada ketua - ketua bahagian atau Penjaga stok.33.3.Bertanggungjawab menggunakan alat - alat dengan baik dan memulangkannya kembali dengan segera dalam keadaan yang baik.33.4.Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

Page 10: Peraturan sekolah guru guru

34. ARAHAN DAN PEKELILING34.1.Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.34.2.Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas guru sendiri.34.3.Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah mengembalikannyasegera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.Peringatan Kegagalan mematuhi arahan - arahan yang ada guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.

By: Ash/10nov2012…