Periodisasi

5
Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa latihan dan bahagian- bahagian kecil Bertujuan untuk: (a) Memudahkan penyediaan program latihan. (b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat. (c) Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking) yang betul dan tepa tsemasa fasa pertandingan utama. (d) Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik. (e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan dibahagikan kepada: (a) Fasa-fasa latihan. (b) Latihan mingguan. (c) Latihan harian (d) Sesi latihan. Fasa-fasa Latihan Satu kalender sukan tahunan boleh dibahagikankepada tiga fasa, iaitu, fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa inimempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan lagi kepada subfasa. Setiap fasa adalah terdiri daripada kitar makro (long cycle) dan kitar mikro (shortcycle). Setiap kitar ini mempunyai matlamat yangberbeza.

Transcript of Periodisasi

Page 1: Periodisasi

Periodisasi  adalah  proses  pembahagian  pelan latihan tahunan

kepada beberapa fasa latihan dan bahagian-bahagian kecil

Bertujuan untuk:

(a) Memudahkan penyediaan program latihan.

(b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian

matlamat.

(c)  Dijadikan  garis  panduan  bagi  menentukan pencapaian puncak

(peaking) yang betul dan tepa tsemasa fasa pertandingan utama.

(d) Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih teratur

dan bersistematik.

(e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian

Periodisasi latihan dibahagikan kepada:

(a) Fasa-fasa latihan.

(b) Latihan mingguan.

(c) Latihan harian

(d) Sesi latihan.

Fasa-fasa Latihan

Satu kalender sukan tahunan boleh dibahagikankepada  tiga  fasa,

iaitu,  fasa  persediaan,  fasa pertandingan  dan  fasa  transisi.

 Setiap fasa  inimempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan lagi kepada

subfasa. Setiap fasa adalah terdiri daripada kitar makro (long cycle)

dan kitar mikro (shortcycle). Setiap kitar ini mempunyai matlamat

yangberbeza.

Page 2: Periodisasi

Fasa Persediaan

- persediaan Umun- Persediaan Spesifik

Fasa Pertandingan

- Pra-pertandingan- Pertandingan

Fasa Transisi(peralihan)

- fasa pemulihan fisiologi & psikologi- penilaian prestasi diri dan

keberkesananProgram.- rehat aktif tetapi tahap kecergasan dikekalkan

Page 3: Periodisasi

Pembolehubah-pembolehubah Periodisasi

(a) Isipadu

Isipadu  adalah  prasyarat  kuantitatif  bagimeningkatkan faktor-faktor

teknikal, taktikal danfizikal  dalam  sesuatu  latihan  sukan.

Isipadumerujuk kepada keseluruhan kuantiti aktiviti yangdilakukan

semasa  latihan  atau  sebagai  jumlahkerja yang dilakukan dalam satu

sesi atau satu fasalatihan.Isipadu adalah gabungan:

(i) Jangka masa latihan.

(ii) Jarak yang diliputi atau beban yang diangkat.

(iii) Kekerapan sesuatu latihan.

(b) Intensiti

Intensiti adalah komponen kualitatif kerja yangdilakukan oleh atlet bagi

satu jangka masa yangdiberi dalam sesuatu latihan sukan. Lebih

banyakkerja yang dilakukan atlet dalam satu jangkamasa  yang

diberikan,  maka  lebih  tinggilahintensiti.  Intensiti  juga  boleh  dirujuk

sebagaikelasakan  sesuatu  latihan  yang  diberikan.Intensiti  boleh

diukur  melalui  kadar  kelajuan(meter  per  saat)  bagi  pencapaian

jarak  atauberat  dalam  kilogram  bagi  aktiviti  melawanrintangan.

Dalam sesuatu pertandingan sukanindividu atau berpasukan pula,

intensiti dilihatdari aspek rentak permainan.

Page 4: Periodisasi

(c) Prestasi

Prestasi adalah tahap pencapaian perlakuan ataupersembahan atlet

dalam sesuatu pertandingansukan.  Prestasi  atlet  dikatakan

mempunyaihubungan  yang  positif  dengan  intensiti  yangdikenakan.

Pembolehubah  utama  yangmempengaruhi  prestasi  atlet  adalah

intensiti.Intensiti  ditingkatkan  untuk  meningkatkanprestasi. Walau

bagaimanapun, peningkatan iniperlulah  dilakukan  secara  beransur-

ansurberlandaskan  kepada  prinsip-prinsip  latihansukan.

(d) Super Compensation

Bila  atlet  didedahkan  kepada  sesuatu  bebanlatihan dalam

jangkamasa tertentu, maka, tubuhbadan  akan  membuat  penyesuaian

terhadapbeban  latihan  tersebut.  Hasilnya  badan  akanmengalami

kelesuan.  Apabila  beban  latihandihentikan maka terjadi proses

pemulihan darikelesuan  dan  penyesuaian  terhadap  bebanlatihan.

Pemulihan  dan  penyesuaian  inimengakibatkan atlet itu mencapai

tahap prestasiyang lebih tinggi. Tahap peningkatan ini dikenalisebagai

super compensation.

Page 5: Periodisasi

(e) Decompensation

Adalah satu fenomena yang mana badan manusia,semasa latihan fizikal

akan menyebabkan tenagasimpanan berkurangan.

Rasional Penilaian Program

(a) Menilai serta membuat pembaharuan programkecergasan ke tahap

yang lebih tinggi.

(b) Menilai kemajuan dan pencapaian individu.

(c)  Membahagikan  atlet  mengikut  peringkatpencapaian masing-

masing.

(d)  Menambah  beban  kerja/latihan  mengikutkeupayaan yang telah

dicapai.

(e)  Memberikan  gred  serta  merekodkanpencapaian individu.

(f)  Mendapatkan  data-data  bagi  meneruskan latihan berikutnya.