PERKEMBANGAN LANDSKAP

3
PERKEMBANGAN LANDSKAP Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli sejarah. Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan. Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan islam. PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga).

description

PERKEMBANGAN LANDSKAP

Transcript of PERKEMBANGAN LANDSKAP

Page 1: PERKEMBANGAN LANDSKAP

PERKEMBANGAN LANDSKAP

Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli sejarah.

Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan.

Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan islam.

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA

Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga).

Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang. Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti

Taman Botani, Pulau Pinang (1884)

Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1888)

Page 2: PERKEMBANGAN LANDSKAP

Taman Tasik Taiping, Perak (1880)

Mereka juga membawa tumbuhan eksotik dari negara mereka.

Landskap di perkampungan orang melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi, Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi.

Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Dimana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana.

Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya

Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Taman Tasik Permaisuri Kuala Lumpur

Kini Landskap menjadi cara hidup masyarakat malaysia, undang-undang juga disediakan di mana menetapkan setiap pembangunan yang hendak dibangunkan mesti mempunyai landskap.Peruntukan undang-undang dan garis panduan bagi memastikan penanaman pokok (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA) , penerapan elemen-elemen landskap sebagai pelembut dan penyeri persekitaran (Garis Panduan Landskap Negara 1995) ,Pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan bagi mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada di tapak (Bahagian 35A, Akta Perancang Bandar dan Desa,1976) dan Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai "Negara Taman" pada tahun 2005

Landskap di Malaysia terus berkembang di mana kerajaan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti

Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jabatan Landskap Negara (1 januari 1996)

Untuk menambah lagi tenaga mahir mengenai landskap. Kerajaan telah membuat pusat latihan mengenai landskap di mana dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir dalam bidang landskap. Maka wujudlah kursus atau mata pelajaran landskap. Di Universiti , Institut, Kolej, Politeknik telah mengadakan subjek landskap untuk dipelajari.

Sumber : http://www.rahsiataman.com/sejarah/Sejarah.html