PP AKTIVITI BERBAHASA.pptx

10
PENILAIAN AKTIVITI BAHASA DISEDIAKAN OLEH : NORAZNITA BT MHD.SAFUAN@SANUSI SITI SALASIAH BT YAHYA SITI ZALEHA BT MOHD ISA

Transcript of PP AKTIVITI BERBAHASA.pptx

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

DISEDIAKAN OLEH : NORAZNITA BT MHD.SAFUAN@SANUSI SITI SALASIAH BT YAHYA SITI ZALEHA BT MOHD ISA

FORUM ~ forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli paneluntuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.

~ teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akanberkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkankemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif danrasional.

~ pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabarselaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.~ dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para paneluntuk mendapatkan ulasan lanjut.

DEBAT~ pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian denganalasan yang logik dan idea yang tersusun.

~ ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokongtajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.

~ huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contohdaripada maklumat yang kukuh dan bernas.

~ setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakanberdasarkan tajuk yang diberikan.

~ sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihakpembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untukmembetulkan fakta tadi.

~ setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.

~ masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan.~ markah tidak diberikan untuk lebihan masa.

PIDATO~ ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta2 atau prinsip2 berdasarkantajuk yang diberikan.

~ interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah2nya di depanpenonton.

~ berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea2untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.

~ ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta besertacontoh yang diberikan.

~ pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk.

~ ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.

~ keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nadasuara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.

~ ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

PANTUN Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.

Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usikmengusik, dan puji memuji.

Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.

Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat.

Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.

Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.

Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK~ satu bentuk puisi lisan moden.~ ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.~ ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.~ gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2.~ penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan maknadan irama.