Praktikal 2 III

4
Perbincangan : 1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain? Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak pada bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A, Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E. 2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut? Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Untuk spesis A, haiwan tersebut

description

PRAKTIKAL 2 III

Transcript of Praktikal 2 III

Perbincangan : 1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?

Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak pada bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemua haiwan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A, Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E. 2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis tersebut? Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar, bagi spesis B, mereka memiliki perut yang bercorak, spesis C mempunyai tangan yang bercorak, spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan spesis E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah? Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang terlalu banyak. 4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru? Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut. 5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam

individu? Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal.

6. Mengapakah spesis Moonmorf ini dipanggil morfospesis? Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis Moonmorf dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam megelaskan sesuatu spesis. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.7. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal. Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal.