praktikal 3

8
Praktikal 3 : Pemuliharaan ex-situ ; zoo dan taman botani Pendahuluan : Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. (http://www.ukm.my/fernukm/program_pemuliharaan.html ) Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu malalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini

description

sce3107

Transcript of praktikal 3

Page 1: praktikal 3

Praktikal 3 :

Pemuliharaan ex-situ ; zoo dan taman botani

Pendahuluan :

Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau

spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel

atau spesies tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah

bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative

seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan

dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin

terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan

germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat

dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi

meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

(http://www.ukm.my/fernukm/program_pemuliharaan.html)

Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah

sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh

keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak

mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi

perhatian dan perlu malalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar

seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang

efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi,

pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi

kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi

secara mampan.

(http://www.ukm.my/fernukm/program_pemuliharaan.html)

Taman Botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan

tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta rekreasi.

Pelbagai organisasi yang terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk

Page 2: praktikal 3

memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Focus utama taman botani

kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang ditemui dan tumbuhan

yang diancam kepupusan.salah satu taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi

dan pusat penyelidikan adalah Taman Botanikal, Melaka. Taman Botani Melaka yang

dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh mempunyai bidang seluas 92.5

ekar. Antara taman yang terdapat di sana adalah Taman Keladi, Taman Buluh, Taman

Orkid dan Taman Herba. Kumpulan saya telah memilih untuk ke Taman Herba secara

maya dan tumbuhan yang kami pilih untuk dibuat kajian adalah Kacip Fatimah.

( http://www.mbmb.gov.my/BotanicalGarden)

Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan

nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah

digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita. Kacip fatimah

biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan berair dan ia boleh

dibiak menggunakan biji benih. Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya

diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu,

penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin.

Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan

digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang

keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.

Rajah 1 Buah Kacip Fatimah Rajah 2 Pokok Kacip Fatimah

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kacip_fatimah)

Page 3: praktikal 3

Tugasan 1 :

Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakan

persembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survival satu

haiwan atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu oleh pemuliharaan

ex situ.

Page 4: praktikal 3

Tugasan 2 :

Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah

perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan

praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran

pada akhir laporan dengan format yang betul.

1. Apakah julat kepelbagaian yang wujud? Bagaimana contoh bagi keseluruhan

kepelbagaian di, (a) negara (b) tahap global untuk koleksi zoo dan taman?

Adakah mereka memberi fokus pada beberapa kumpulan? Terangkan.

(a) Negara: Koleksi di Taman Botanikal, Melaka tidak memberikan fokus

kepada beberapa kumpulan kerana di sana terdapat pelbagai tumbuhan

dan spesies. Antara tumbuhan yang terdapat di sana ialah Orkid Vanda

dan Orkid Hutan, pokok keladi besar putih (Dieffenbachia Tropic Snow),

pokok ara, pokok puding (Codiaeum variegatum), Tongkat Ali, Kacip

Fatimah, Pokok buluh (Bambusa spp) dan sebagainya. Sekurang-

kurangnya 1098 spesies tumbuhan peringkat tinggi (Angiosperma dan

Gimnosperma) direkodkan di kawasan institut yang meliputi 92.5 ekar.

Senarai ini termasuk spesies tempatan dan bukan tempatan yang dibawa

masuk melalui program pertukaran masing-masing. Ini menunjukkan julat

kepelbagaian yang tinggi.

(b) Tahap Global: Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew, England

dikenali sebagai Taman Botani Di Raja mempunyai 25000 spesies

tanaman iaitu kira-kira 10% daripada jumlah spesies tumbuhan dunia dan

2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang telah

disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International

Union Conservation N). Pada peringkat ini menunjukkan julat

kepelbagaian adalah tinggi dan ia tidak memberikan fokus kepada

kumpulan tertentu sahaja.

Page 5: praktikal 3

2. Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit

pemuliharaan ex situ?

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan

liar di luar habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap

organisma atau spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau

daripada habitat asalnya. Spesies yang diancam kepupusan atau akan

mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan

atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka

apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang

sesuai. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan.

Antaranya ialah untuk memelihara flora dan fauna yang semakin terancam,

menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai

rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat

dan faedah dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi

meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies

yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan

disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang

semakin hari semakin banyak mengalami perubahan serta pembangunan.

Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai

teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

(http://www.ukm.my/fernukm/program_pemuliharaan.html)

3. Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah

satu-satunya strategi konservasi yang wajar?

Terdapat beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat bahawa hanya

pemuliharaan in-situ adalah cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan

kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara haiwan di luar hábitat

Page 6: praktikal 3

asal mereka. Hal ini demikian kerana, zoo dan taman-taman pemuliharaan yang

lain ialah ekosistem tiruan manakala hutan adalah ekosistem semula jadi.

Perbezaan antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah ekosistem

semulajadi boleh diadaptasi oleh kebanyakkan spesis hidupan tetapi hanya

beberapa spesis sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan.

Spesies yang tidak mampu beradaptasi akhirnya akan mati dan pupus.

4. Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa

kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan

tindakan tersebut?

Bagi sesetengah spesies yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian,

kebanyakkan berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula

spesis tersebut. Hal ini demikian kerana, spesis tersebut dikatakan memberi

banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan jika masih wujud.

Berkemungkinan juga spesies tersebut telah pupus disebabkan perubahan

cuaca dan alam yang tidak sesuai lagi bagi mereka.