Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

19
Praktikal 4 mengukur dan membandingbeza Diversiti Spesis Pengenalan Dalam praktikal yang lalu, kita telah mengenalpasti kesukaran dalam mengasingkan hidupan dalam taksonomi, atau sepsis bedasarkan morfologinya sahaja. Dalam praktikal ini, kita akan melihat pada contoh, dimana kita menggunakan “morphospecies” terhadap rama-rama yang dikumpulkan daripada 3 buah pulau, untuk membezakan diversity sepsis, kemudian membuat sedikit cadangan berkaitan kepentingan pemuliharaan berdasarkan perbandingan ke atasnya. (Apa itu morphospecies?) Membandingbeza Kepelbagaian Spesis- Rama-rama di SE Asia Invertebrata kebiasaannya digunakan sebagai petunjuk biodiversity kerana, secara taksonomi dan ekologinya ia terdiri daripada pelbagai spesis, habitat, dan niches serta strategi yang digunakannya. Sesetengah kumpulan, seperti kumbang, semut ,rama-rama dan kupu-kupu juga mudah dikenalpasti morphospesies dengan hanya menggunakan ciri- ciri morfologikal luaran. Tugasan

Transcript of Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Page 1: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Praktikal 4 mengukur dan membandingbeza Diversiti Spesis

Pengenalan

Dalam praktikal yang lalu, kita telah mengenalpasti kesukaran dalam

mengasingkan hidupan dalam taksonomi, atau sepsis bedasarkan morfologinya

sahaja. Dalam praktikal ini, kita akan melihat pada contoh, dimana kita

menggunakan “morphospecies” terhadap rama-rama yang dikumpulkan

daripada 3 buah pulau, untuk membezakan diversity sepsis, kemudian

membuat sedikit cadangan berkaitan kepentingan pemuliharaan berdasarkan

perbandingan ke atasnya. (Apa itu morphospecies?)

Membandingbeza Kepelbagaian Spesis- Rama-rama di SE Asia

Invertebrata kebiasaannya digunakan sebagai petunjuk biodiversity kerana,

secara taksonomi dan ekologinya ia terdiri daripada pelbagai spesis, habitat,

dan niches serta strategi yang digunakannya. Sesetengah kumpulan, seperti

kumbang, semut ,rama-rama dan kupu-kupu juga mudah dikenalpasti

morphospesies dengan hanya menggunakan ciri-ciri morfologikal luaran.

Tugasan

Rama-rama yang digunakan dalam praktikal ini datang daripada Pulan

Sipadan, Pulau Talang dan Pulau Redang. Mereka telah dibawa oleh Dr.Dale

dan anda dikehendaki menggunakan perbezaan dalam kepelbagaian spesis

sebagai rasional dalam program pemulihan ekologi. Terdapat banyak Indeks

Diversiti dimana boleh dikira dan dibandingkan- kita akan menggunakan Indeks

Diversiti Simpson. Baca penerangan pada akhir praktikal ini.

Page 2: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Pertama, anda mesti menyusun rama-rama kedalam ‘kumpulan’. Gunakan ciri-ciri

umum yang terdapat pada rama-rama namun nyata perbezaan yang terdapat antara

rama-rama. Contohnya, kepanjangan antenna, kepelbagaian warna pada sayap, corak

yang terdapat pada sayap, saiz abdomen atau toraks atau ciri bentuk tersebut, namun

bukan bilangan kaki! Saiz juga bukan ciri yang terbaik untuk digunakan bagi

membanding beza (kenapa?).

Bagi ‘Unit Operasi Taksonomik’ atau OTU, ‘kumpulan’ didefinasikan sebagai ‘spesies’

yang berlainan. Berikan nama unik pada setiap nama ‘spesies’, untuk memudahkan

perbincangan. (Ini adalah perkara yang dilakukan oleh ahli taksonomi.)

Pertama, pilih spesies rama-rama, bandingkan ketiga pulau pada masa yang sama dan

warnakan atau tandakan setiap rama-rama yang anda rasa tergolong dalam kumpulan

yang sama (spesies). Seterusnya, pilih spesies rama-rama yang berikutnya dan ulang

semula prosedur, sehingga semua rama-rama telah dimasukkan dalam kumpulan.

Kedua, bilang berapa banyak bilangan rama-rama yang tergolong dalam setiap spesies

bagi setiap pulau dan masukkan jumlah tersebut ke dalam jadual yang telah

disediakan.

Seterusnya, kira diversiti spesies bagi setiap pulau menggunakan index D Simpson.

Anda boleh melakukan secara manual atau menggunakan kalkulator di web. Terdapat

pelbagai arahan pada akhir praktikal. Jika kamu boleh menggunakan kalkulator atas

talian, anda boleh mengira kekayaan dan keseragaman spesies dengan mudah.

Page 3: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Laporan

Anda dikehendaki membincangkan isi-isi penting yang diberikan dalam bentuk

karangan (dalam 600 perkataan). Berikan tajuk, pengenalan, dan

persembahkan dalam bentuk jadual yang menerangkan tentang richness,

eveness dan nilai D untuk spesis rama-rama, dan keutamaan dalam

memulihara ketiga-tiga pulau tersebut. Rujuk laporan anda.

Apakah asas “blok bangunan” atau “unit operasi taksonomi” biodiversity?

Terangkan.

Jelaskan secara ringkas apakah maksud (1) spesis richness dan (2)

spesis eveness.

Apakah turutan pulau mengikut diversity yang tinggi kepada yang

rendah?

Bagaimana anda mengelaskan pulau-pulau tersebut untuk

pemuliharaan.? Adakah ia mengikut nilai diversity? Apakah faktor-faktor

lain yang boleh diambil dalam menentukan keutamaan pemuliharaan?

Jika kita tidak mempunyai sumber untuk melindungi semua spesis,

apakah kriteria yang boleh digunakan untuk membuat keputusan dimana

fokus terhadap usaha pemuliharaan?

Page 4: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Jadual 1. Bilangan spesies dan juga bilangan individu bagi setiap spesies untuk tiga pulau

Malaysia.

D = Index Diversiti Simpson. P- keutamaan kedudukan untuk pemulihan; 1 = paling utama,

3 = kurang utama.

Spesies Pulau Sipadan Pulau Talang-Talang Pulau Redang

Kekayaan spesies

Keseragaman spesies

Index Simpson (D)

Keutamaan untuk Pemulihan

Memahami Indeks Diversiti Simpson

Page 5: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Terdapat beberapa laman sesawang yang menerangkan bagaimana untuk

membandingkan kepelbagaian spesis, dan sesetengah daripadanya

membenarkan anda untuk menggunakan kalkulatornya secara terus.

http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm

http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html

indeks Diverisiti Simpson adalah untuk mengukur diversiti. Dalam ekologi, ia

selalu digunakan untuk menentukan kuantiti biodiversiti dalam sesuatu

habitat. Ia diambil kira bilangan spesis, dan abundance dalam setiap spesis.

Kepelbagaian Biologi- kepelbagaian dalam hidupan.

Kepelbagaian biologi boleh ditentukan dalam pelbagai cara. Antara 2 faktor

utama yang boleh diambil kira apabila mengukur diversity adalah richness

dan eveness. Richness adalah untuk mengira bilangan pelbagai jenis

organisma yang terdapat dalam sesuatu kawasan. Contoh, spesies richness

adalah bilangan spesis berbeza yang wujud. Walaubagaimanapun, diversity

bergantung bukan hanya kepada richness tetapi juga kepada eveness.

Eveness adalah untuk membezakan persamaan saiz populasi setiap spesis

yang wujud.

1. Richness

Bilangan spesis per sampel ialah ukuran untuk richness. Semakin

banyak spesis dalam sampel, semakin bertambah richness

Spesis richness adalah ukuran yang tidak mengambil kira bilangan

individu untuk setiap spesis yang ada. Ia memberi pemberatan yang

sama untuk kedua-dua spesis sama ada banyak atau sedikit. Oleh

itu, satu daisy mempunyai pengaruh yang sama dengan satu

kawasan dengan 1000 buttercups dari segi richness.

2. Eveness

Eveness adalah ukuran abundance untuk spesis yang berbeza yang

menghasilkan richness dalam satu kawasan.

Page 6: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Sebagai contoh, kita mempunyai 2 kawasan bunga liar yang berbeza.

Sampel daripada kawasan pertama mempunyai 300 daisi, 335

dandelion dan 365 buttercups. Kawasan kedua mempunyai 20 daisi,

49 dandelion dan 931 buttercups (lihat jadual dibawah). Kedua-dua

sampel mempunyai richness yang sama (3 spesis) dan jumlah

individu yang sama (1000). Walaubagaimanapun, sampel pertama

mempunyai lebih eveness berbanding yang kedua.

Ini disebabkan oleh jumlah individu dalam sampel di bahagikan secara sama

rata di antara tiga spesies. Dalam sampel kedua, kebanyakannya ialah “ bunga

buttercups”, sedikit daisy dan bunga dandelions. Oleh itu, Sampel 2 di anggap

kurang kepelbagaian daripada sampel 1.

Bilangan bunga

Spesies bunga Sampel 1 Sampel 2

Daisy 300 20

Dandelion 335 49

Buttercup 365 931

Jumlah 1000 1000

Komuniti yang di dominasi oleh satu atau dua spesies dianggap kurang

kepelbagaian (diverse) berbanding komuniti yang memiliki spesies yang

berbeza tetapi mempunyai bilangan yang sama banyak.

Apabila spesies semakin bertambah, maka diversity bertambah. Indeks

diversity Simpson’s ialah satu pengukuran diversity yang mengambil kira

kedua-dua kepelbagaian dan keseragaman spesies.

Apabila diversity spesies bertambah maka, Indeks diversity Simpson’s

bertambah D.

Page 7: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

MENGUKUR INDEKS DIVERSITY SIMPSON’S DALAM TALIAN

Langkah 1: layari laman web berikut

http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/

biodiversity.html

Anda akan melihat skrin berikut

Langkah 2: Klik pada kalkulator yang ditunjukkan di rajah satu pada skrin, dan

lihat skrin berikut

Page 8: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Langkah 3: Pada skrin borang kemasukan data , taipkan bilangan individu

untuk setiap spesies moth yang dijumpai di oulau pertama. Nilai tersebut mesti

di di jarakkan. Skrin ini akan menunjukkan contoh 7 spesies . Spesies pertama

mempunyai 10 individu dan spesies ke-7 mempunyai 12 individu.

Langkah 4: Klik butang

“calculate diversity’ dan kotak keputusan akan tertera seperti dibawah.

Langkah 5: Dalam jadual 1, rekodkan Nilai Simpson’s D ( dalam 2 titik

perpuluhan). Spesies Richness dan nilai Shannon’s Eveness. Daripada contoh

diatas D = 0.82 ,Richness = 7 dan Eveness = 0.92.

Langkah 6: Ulang pengiraan untuk dua pulau yang lain.

Page 9: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Pengiraan Indeks Diversiti Simpson secara bertulis

Indeks ini dikira seperti berikut:

D = 1/pi2

iaitu pi = pecahan tertinggi/terbanyak oleh spesies ith di pulau. Contohnya jika

anda mempunyai dua sampel dengan jumlah 5 individu pada 1 spesies dan 8

individu pada spesies yang lain (jumlah keseluruhan 13 individu)

D = 1 / (5/13)2 + (8/13)2)

= 1 / (0.38)2 + (0.62)2)

= 1/ (0.52)

D = 1.92

Oleh itu, penambahan nilai D, maka terdapat penambahan juga pada diversiti.

Peringatan: Anda tidak perlu mengingat kaedah pengiraan, tetapi anda perlu mengingat bahawa terdapat pengiraan kuantitatif diversiti spesies.

Page 10: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Pengiraan Pengiraan Indeks Diversiti Simpson – Contoh

Spesies Pulau Sipadan Pulau Talang-

Talang

Pulau Redang

1. 5 5

2. 8 7

3. 9 2

4. 6

Jumlah Individu 22 20

Indeks Simpson

(D)

2.8 3.6

Pulau Sipadan D = 1/((5/22)2 + (8/22)2 + (9/22)2)

= 1/(0.23)2 + (0.36)2 + (0.41)2)

= 1/(0.05 + 0.13 + 0.17)

= 1/0.35

D = 2.8

Pulau Talang-Talang

D = 1/((5/20)2 + (7/20)2 + (2/20)2 + (6/20)2)

Page 11: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

= 1/(0.25)2 + (0.35)2 + (0.10)2 + (0.30)2)

= 1/0.06 + 0.12 + 0.01 + 0.01)

= 1/0.28

D = 3.6

Oleh itu, D = 3.6 adalah lebih tinggi daripada D = 2.8, kita boleh mengatakan

bahawa Pulau Talang-Talang mempunyai lebih diversiti rama-rama berbanding

Pulau Sipadan.

Page 12: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis

Rama of SE Asia

Page 13: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis
Page 14: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis
Page 15: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis
Page 16: Praktikal 4 Mengukur Dan Membandingbeza Diversiti Spesis