Praktikal 5 amali(2)
Click here to load reader
-
Upload
mohd-tahar-jusoh -
Category
Documents
-
view
3.270 -
download
4
Transcript of Praktikal 5 amali(2)
Praktikal 5: Ammonia, Asid Sulfurik dan Asid Nitrit
Tujuan: Untuk menyediakan baja garam ammonia
Kajian Praktikal:
Bahan/ Radas:
Larutan ammonia (2M), larutan asid sulfurik cair (1M), bikar, rod kaca, penunu Bunsen,
tungku kaki tiga, kasa dawai, corong turas, kertas turas
Prosedur:
1. 30cm3 larutan asid sulfurik cair dituangkan ke dalam bikar.
2. Larutan ammonia ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam bikar sambil
mengacau larutan tersebut.
3. Apabila larutan mula mengeluarkan bau ammonia, larutan ammonia dihentikan
daripada ditambahkan ke dalam bikar.
4. Larutan tersebut dipanaskan sehingga ia menjadi daripada isipadu asal.
5. Larutan tersebut disejukkan dalam campuran air batu dan air. Kristal garam yang
dihasilkan dituraskan dengan menggunakan corong turas dan kertas turas.
Rajah: Penyediaan baja garam ammonia
Soalan Perbincangan:
1. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembentukan ammonia
sulfat dalam eksperimen ini.
Air Ammonia + Asid Sulfurik ------> Ammonium Sulfat
2NH3 + H2SO4 -------> ( NH4 ) 2 SO4
2. Bagaimanakah penambahan ammonia sulfat akan mempengaruhi pH dalam
tanah?
pH akan bertambah sebab ammonia bersifat alkali.
3. Selain daripada baja, ammonia sulfat juga digunakan dalam penyembur racun
serangga pertanian yang membantu bagi baja larut air. Jelaskan kegunaan
ammonia sulfat dalam bidang ini.
Ammonium sulfat yang digunakan berfungsi untuk mengikatkan kation ferum dan
kation kalsium yang hadir dalam air serta sel tumbuhan itu.
4. Namakan 3 jenis contoh baja semula jadi yang digunakan dalam bidang
pertanian.
Najis lembu , najis ayam dan najis kambing
5. Namakan 3 jenis contoh baja sintetik yang digunakan dalam bidang pertanian.
Ammonia sulfat, ammonia nitrat dan urea
6. Tuliskan persamaan kimia untuk mewakili pembentukan:
a. ammonia phosfat
2NH4 ( ak) + 2OH ( ak ) + H3PO4 ( ak ) ------- > ( NH4 )2 HPO4
b. ammonia nitrit
NH3 ( ak) + HNO3 ( ak ) ------- > NH4NO3 ( ak )
c. urea
2NH3 ( g) + CO2 ( g ) ------ > ( NH2)2 CO ( p) + H2O
7. Kirakan peratusan nitrogen dalam 1 mol daripada baja di atas.
[jisim atom relatif: H, 1; C, 12; N, 14; O, 16; P, 31; S, 32]
a) Jisim ( NH4 )2HPO4 = 132 g
Peratusan jisim Nitrogen dalam satu mol ( NH4 )2 HPO4 = 28 / 132 X 100
= 21.21 %
b) Jisim NH4NO3 = 80 g
Peratusan jisim Nitrogen dalam satu mol NH4NO3 = 14 / 80 X 100
= 17.5 %
c) Jisim (NH2)2 CO = ( 14 + 2 X 1 ) 2 + ( 12 + 16 )
= 60 g
Peratusan jisim Nitrogen dalam satu mol (NH2)2 CO = 28 / 60 X 100
= 46.67 %
8. Yang manakah daripada baja yang disenaraikan di atas adalah paling sesuai
digunakan untuk pertumbuhan tumbuhan? Jelaskan jawapan anda.
Baja jenis urea adalah paling sesuai digunakan untuk pertumbuhan tumbuhan
kerana kandungan nitrogen dalam urea adalah paling tinggi.
Pertukaran nitrogen berlaku di mana nitrogen bebas bertukar ke bentuk ion - ion
kemudian dioksidakan melalui proses penitratan kepada garam – garam nitrit
dan kemudian kepada garam – garam nitrat dalam tanah semula.
Garam – garam nitrat itulah yang akan diserap oleh akar tumbuhan.
Kesimpulan:
Satu sampel hablur ammonium sulfat yang agak tulen diperolehi, dan tindak balas
yang berlaku boleh diwakili oleh persamaan berikut:
2NH3 ( ak) + H2SO4 ( ak ) ------ > ( NH4 ) 2 SO4 ( ak )