PREP bm

10
UCAPAN Thursday, September 11, 2008NOKTAH KERJAYA - UCAPAN PERPISAHAN 2 Ucapan Pengetua Sempena Ulang Perpisahan Persaraan pengetua Pada 24 hb Oktober 2007 Assalamuaikum wrtbkth dan selamat sejahtera. Terima kasih pengacara majlis, Yang Berusaha Pn Faredah Ismail – Penolong Kanan Yang dihormati En Othman Omar – Penolong Kanan HEM Yang dihormati Pn Anita Mazlina – Penolong Kanan Koko Yang Berusaha En Termizi Mohd Tahir – Penolong kanan Petang. Ketua-ketua bidang, Ketua Panitia, Kaunselor, guru-guru, murid- murid yang dikasihi sekalian. Alhamdullillah, kita masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik bagi sama-sama berhimpun bagi merayakan pemergian pengetua kerana diwajibkan meninggalkan sekolah ini kerana bersara wajib. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana memberikan kita sekolah yang indah tempat kita bekerja dan belajar, tempat kita menimba ilmu, berinteraksi, berkomunikasi, berintegrasi dan bersosialisasi, Semoga SMKCJ terus unggul sebagai sekolah yang sentiasa dihargai oleh masyarakat dan dibanggakan oleh semua warganya. Anak-anak yang dikasihi

description

note

Transcript of PREP bm

UCAPANThursday, September 11, 2008NOKTAH KERJAYA - UCAPAN PERPISAHAN 2 Ucapan PengetuaSempena Ulang Perpisahan Persaraan pengetuaPada 24 hb Oktober 2007Assalamuaikum wrtbkth dan selamat sejahtera.Terima kasih pengacara majlis,Yang Berusaha Pn Faredah Ismail Penolong KananYang dihormati En Othman Omar Penolong Kanan HEMYang dihormati Pn Anita Mazlina Penolong Kanan KokoYang Berusaha En Termizi Mohd Tahir Penolong kanan Petang.Ketua-ketua bidang, Ketua Panitia, Kaunselor, guru-guru, murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdullillah, kita masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik bagi sama-sama berhimpun bagi merayakan pemergian pengetua kerana diwajibkan meninggalkan sekolah ini kerana bersara wajib. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana memberikan kita sekolah yang indah tempat kita bekerja dan belajar, tempat kita menimba ilmu, berinteraksi, berkomunikasi, berintegrasi dan bersosialisasi, Semoga SMKCJ terus unggul sebagai sekolah yang sentiasa dihargai oleh masyarakat dan dibanggakan oleh semua warganya.

Anak-anak yang dikasihi

Mengimbau pandangan dan telahan pertama, terhadap sekolah pasang siap empat tingkat yang tersergam megah ini adalah sebagai mercu tanda kebanggaan masyarakat sekitarnya. Bangunan yang mengandungi 36 bilik darjah itu, ibarat kolej yang serba lengkap dan istimewa yang boleh mengeluarkan produk cemerlang yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Sekolah ini boleh jadi pemangkin kepada keperluan anjakan pradigma kebanyakan masyarakat dan warga kilang sekitarnya ke arah mementingkan keunggulan dan keharmonian. Sekolah ini, sekolah harapan. Ruang dan peluang untuk menuju jaya, gelanggang untuk memburu juara, pentas untuk mengejar cita-cita, jambatan untuk cemerlang kerjaya. Begitulah harapan saya yang baru melapor diri di sekolah ini hampir tiga tahun yang lalu. Semua pelajar dan warga sekolah diharapkan agar dapat menjadikan sekolah mereka satu institusi pendidikan yang kondusif. Harapan saya lagi, agar anak-anak didik menjadi insan bestari, luhur budi pekerti, unggul jati diri, mulia sahsiah diri, tinggi adap sopan dan teguh pegangan agama. Begitu indah, jika impian itu sesungguhnya menjadi realiti?. Ia juga merupakan hadiah istimewa untuk semua pendidik di sekolah ini. Anak-anak yang dikasihi sesungguhnya kita bergerak menuju ke arah itu. Semoga Tahun 2010, sekolah kita ini akan menjadi sekolah cemerlang di Selangor amnya dan di Daerah Hulu Langat khusunya.

Anak-anak sekelian

Sekolah kita tanggung jawab kita. Fikirkan masa depan. Gunakan peluang dan ruang berada di sekolah ini untuk meraih kejayaan cemerlang dalam kurikulum dan ko kurikulum. Semua guru sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak semua. Kejayaanmu adalah kebanggaan kami ungkapan yang sudah memadai sebagai hadiah kepada guru-gurumu yang dedikasi, sabar dan komited dalam membimbing anak-anak semua . Guru-guru pula adalah jurutera insan, bukan sekadar untuk melahirkan generasi yang bijak tetapi melahirkan insan yang bijaksana yang boleh memberi manafaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara

Program Pendidikan dan Pembangunan Insan yang disusun di sekolah ini, diharapkan dapat membantu murid-murid mengubah sikap. Dapat mengetuk pintu hati supaya menyedari bahawa langkah mereka mesti teratur dan terjurus, terutama untuk mengharungi jalan berliku yang masih jauh dan belum selesai. Pengisian pendidikan yang berteraskan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni diharapkan sedikit sebanyak dapat mengisi program penyucian jiwa anak-anak didik Cheras Jaya ke arah yang lebih tulus dan luhur, ke arah destinasi hidup dan kerjaya yang lebih terpimpin dan terarah. Berilah sepenuh tumpuan semasa P & P berjalan. Hormati semua guru, semoga anak-anak dapat barakah, sejahtera dan cemerlang dalam peperiksaan.

Anak-anak dan guru-guru yang dikasihi

Akhir sekali, diharapkan bersama-samalah menjadi warga SMKCJ yang berdisiplin, beretika dan berketrampilan. Warga yang beretika dan berdisiplin dapat memenuhi tuntutan untuk belajar dan bekerja dengan jujur, ikhlas dan cemerlang. Berketrampilan menunjukkan sifat yang proaktif dan terkehadapan dalam menerajui jati diri bagi menuju kebahgian dan kegemilangan di dunia dan di akhirat. Terima kasih atas segala kerjasama, sokongan, sumbangan dan tenaga yang diberikan dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, yang dicintai ini. Kesinambungan sokongan dan kerjasama seterusnya kepada kepimpinan baru adalah diharapkan agar sekolah kita terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, Wabillah hitaufil wal hidayah, Assalamualaikum WRHbh, selamat maju jaya dan salam perpisahan.

SsalmiS(S+A)/oktober 2007

BERITAPolis tahan lelaki ugut guru di Pulau Pinang

2011/11/05GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki di Selangor Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut dan mencederakan seorang guru wanita di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata lelaki berusia 32 itu ditahan di Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada jam 4.40 petang oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL). "Lelaki berkenaan dibawa balik ke IPDTL bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang guru wanita yang mendakwa diugut dan dikasari bekas teman lelakinya itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang guru berusia 29 tahun mendakwa dikasari bekas teman lelakinya secara fizikal dan mental.

Wanita itu dalam laporannya mendakwa dipukul, dicekik dan diugut dibakar rambutnya oleh lelaki terbabit selepas dia memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan yang turut menipu duitnya sebanyak RM15,000. - BERNAMA

Orang minyak amuk di KetariOleh Asrol [email protected]/11/05Lembaga hitam didakwa pecah rumah, merogol bimbangkan penduduk

KUANTAN, 7 Sept - Anak gadis di 20 kampung dan tamah perumahan Ketari, Bentong dinasihat tidak berjalan bersendirian terutama pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa lembaga hitam yang dibimbangi penduduk sejak dua minggu lalu kerana ia adalah seorang penjenayah pecah rumah dan perogol. Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, meminta penduduk meningkatkan rondaan malam di kawasan kejiranan masing-masing dan membersihkan semak-samun yang berpotensi menjadi tempat persembunyian penjenayah. Mohamad Mansor berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek selepas memperincikan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut.

Jangan percaya khabar angin mengenai lembaga hitam, kita sedang menjuruskan siasatan untuk mendapatkan bukti untuk bertindak, katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas kebimbangan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari mengenai lembaga hitam seakan orang minyak bertubuh kecil dipercayai mengamalkan ilmu hitam yang mengganggu gadis bawah umur selain memecah masuk rumah.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, juga meminta penduduk di situ mendapatkan laporan lebih tepat daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu bagi mengelak masyarakat terpengaruh dengan berita yang belum diketahui kesahihannya. Beliau menasihatkan mereka supaya meningkatkan semangat kejiranan dan mengambil langkah keselamatan termasuk memasang lampu untuk menerangkan persekitaran rumah.

Bagi masyarakat Islam pula, lebih baik adakan solat hajat dan perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir bagi mengelak perkara tidak baik berlaku di rumah masing-masing, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye pula meminta penduduk kampung lebih berwaspada serta meningkatkan rondaan di sekitar kawasan masing-masing.

Pihak polis juga turut membuat rondaan dan kita harap penduduk dapat bekerjasama dengan polis untuk memastikan keharmonian kawasan masing-masing, katanya

LAPORAN LAWATANAssalamualaikum,

Sedikit update mengenai program lawatan aulad ke Kilang Roti Gardenia dan Kilang Cokelat Beryls yang telah diadakan pada 2 Jun 2009 hari Selasa lepas. Alhamdulillah, penyertaan memberangsangkan, seramai 42 orang anak-anak ahli dan bukan ahli JIM Daerah Batu, Titiwangsa, Gombak dan Cheras diiringi 5 fasi terdiri dari makcik-makcik AJK WJKL dan daerah.

Kami bertolak hampir jam 9 pagi dan tiba di Kilang Gardenia lebih kurang 10.15 pagi kerana traffic jam yang teruk. Sepanjang perjalanan di dalam bas anak-anak menyertai kuiz, buat performance nasyid dan tengok kartun. Seronok depa dapat hadiah lepas buat persembahan. Di kilang roti, info melalui kartun walaupun ringkas, tetapi padat dan menarik. Bila melawat sekitar kilang, memang terpegun dengan penerangan dan melihat sendiri proses roti buku dibuat setiap hari. Rupanya Gardenia memasarkan 70% roti di Malaysia. Selepas lawatan ke kilang, setiap seorang diberikan goody bag yang penuh berisi roti dan produk Gardenia lain memang berbaloi dan worth it! Patutlah mereka kata tak boleh beli di Gardenia tak perlu pun

Next, bertolak pula ke kilang cokelat Beryls di Seri Kembangan. Sekali lagi, selepas menonoton video, kami dibawa melawat ke sekitar kilang showroom dan kemudian ke kedai cokelat untuk membeli buah tangan.Jam 1.00 tgh kami bertolak ke Puchong untuk makan Nasi Ayam di Ani Sup Utara. Penganjur dah tempah awal-awal. Oleh kerana masing-masing kelaparan, semua menikmati hidangan dengan aman dan senyap je memang boleh dipuji anak-anak kita ni.

Setengah jam kemudian, kami bertolak pula ke Masjid Taman Puchong Prima, lebih kurang 3 minit je dari restoran tadi. Rupanya ada juga masjid di atas tasik di kawasan Puchong tak pernah tahu pun. Memang cantik dan di situlah kami menunaikan solat Zuhur dengan kawasan yang tenang dan berangin. Rasanya kalau tak dibawa ke situ hari tu, mungkin tak akan jejak ke masjid tu.

Kami tiba di Shell Greenwood jam 3.30 petang. Alhamdulillah, anak-anak settle pulang ke rumah masing-masing walaupun agak kelam kabut kerana hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba.

Sebenarnya, ada assignment untuk anak-anak Tahap 2 perlu buat karangan format laporan, dan Tahap 1 buat Catatan Diari. Kena submit pada PIC aulad di daerah masing-masing ie Makcik Roosni atau Makcik Rozana. Deadline? Patutnya hari ini, Isnin 8/6 tapi mana penyertaannya anak-anak?

InsyaAllah, gambar lawatan akan diposkan oleh Makcik Jam. Sesungguhnya, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dilalui perjalanan bersama rakan, menimba ilmu tentang produk makanan, kemudian makan dan solat bersama. Dengan assignment yang diberikan, anak-anak dapat pendedahan secara praktikal untuk membuat laporan dan diari memang soalan yang agak biasa dalam karangan UPSR. (siapa kata lawatan bukan program yang bermanfaat?)

Jazakumullahukhairan kathira kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti aulad kali ini, terutama kepada Makcik Roosni dan Makcik Jam dari daerah Batu yang take the lead kali ini. Next program aulad KL, daerah Titiwangsa pula yang in-charge nak buat program apa ya?

(Makcik) RozanaUnit Aulad, WJKL