Proposal Catan Air

download Proposal Catan Air

of 10

description

kajian tindakan

Transcript of Proposal Catan Air

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA AIR BAGI MURID SEKOLAH RENDAH- SATU TINJAUANKAEDAH MEWARNA 60 MINIT SEMINGGU

PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-maslah yang dihadapi oleh murid sekolah rendah Kebangsaan kampong Bahagia di dalam kemahiran mewarna. Seramai 22 orang murid SK Kampong Bahagia dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan juga melalui ujian bulanan. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid-murid tidak memahami teknik atau cara mewarna menggunakan catan air. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mewarna mengguanakan catan air. Murid telah didedahkan dengan teknik mewarna ini pada setiap minggu sekurang-kurangnya 60 minit seminggu. Kajian yang dijalankan ini diselesaikan dalam masa 6 minggu. Dapatan soal selidik menunjukan murid lebih memahami,minat dan mahir untuk mewarna setelah menjalani program ini.

2.0 REFLEKSI PENGAJAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Teknik CatanApabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan.Sewaktu saya memeneliti hasil kerja murid darjah 5 Dedikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni, saya sungguh terkejut kerana hampir semua murid-murid ini tidak mengetahui teknik mewarna yang betul.Kebnayakan mereka tidak tahu lengsung menggunakan cat air dalam aktiviti catan dan tidak mengauasai kemahiran memegang berus dan warna air.Mereka kebanyakan mewarna keluar dari sempadan objek atau gambar walaupun menggunakan media atau warna kayu. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, ternyata murid ini gagal menghasilkan warna yang kemas . Murid ternyata gagal menghasilkan catan yang kemas walaupun gambar yang diberikan sangat mudah.Apabila ditanyakan keadaan ini mereka mengatakan bahawa sebelum ini mereka tidak diberi penekanan teknik mewarna yang betul dan tidak diberi pendedahan menggunakan warna air. Ini kerana guru hanya membiarkan mereka mewarna menggunakan pensel kayu asalkan kerja yang diberi disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?.Adakah corak pengajaran saya ini boleh mebantu mereka dalam aktiviti mewarna?Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar yang ramai ini? Apabila saya membawa masalah ini dalam mesyuarat panitia, kebanyakan maklumbalas yang saya perolehi ialah murid ini bersikap sambil lewa dan malas menghasilkan kerja yang baik,terlalu gopoh gapah untuk menyiapkan tugasan dan hasilnya gambar yang diebrikan diwarnakan sesuka hati sehingga kehilangan bentuk sebenar gambar tersebut. Namun begitu, apakah tindakan yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?.Rentetan dari dapatan ini, saya telah mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid ini dapat menghasilkan warna secara struk yang betul namun masih ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran catan air ini. Namun jika dilihat hasil kerja murid boleh dikatakan hampir 95% kurang berkualiti dan tidak mencapai objektif. Apabila saya menyatakan rasa kekecewaan terhadap situasi ini kepada rakan sekerja, yag mengajara pendidikan seni,rata-rata mereka memberi maklum balas bahawa: Murid memang lemah dan malas mencuba Tiada kemahiran mencampur pelbagai jenis warna Murid lebih banyak bermain kerana menganggap matapelajaran ini tidak penting Tidak tahu mengawal tangan dan berus semasa menyapu warna pada kertas Tidak memberi tumpuan pada hasil karya

3.0ISU KAJIAN/TINJAUAN LITERATURUntuk mengenalpasti masalah, adalah penting untuk saya membuat tinjauan masalah supaya perkara tersebut dapat dikenalpasti. Saya telah membuat tinjauan awal bagi megenalpasti aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam kajian ini ialah kurang latihan dan tumpuan pada kerja.Walaupun banyak masalah yang dapat dikesan dalam kemahiran catan ini, saya lebih memfokuskan kepada masalah penguasaan kemahiran/teknik catan air kerana murid yang saya kaji adalah murid sekolah rendah tahap 2.Murid saya mempunyai kemahiran yang sangat terhad.Mereka kebanyakanna hanya mampu menggunakan cat air secara mendatar dan satu tona sahaja. Oleh yang demikian ruang dan bentuk objek sukar dikenalpasti. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid kajian saya ialah:

Tidak berani dan tiada kemahiran mencampur warna Mewarna melangkaui sempada garisan Tidak tahumenggunakan ton warna untuk membezakan kawasan yang terang dan gelap Tidak tahu mengawal tangan semasa mewarna menyebabkan warna tidak selari dengan objek/lukisanDengan membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran di atas, saya yakin mereka boleh menghasilkan catan air dengan lebih baik. Hal ini dapat membantu murid mengaplikasi kemahiran yang diperolehi pada ,masa akan dating. Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap dan pandanag negative pada matapelajaran ini akan dapat diatasi. Antara langkah yang telah saya jalankan adalah seperti berikut:3.1Analisis ujian Januari 2012Saya telah menggunakan ujian bulan Januari yang dikendalikan di peringkat sekolah sebagai asas kepada kajian ini. Dapatan kajian tersebut seperti berikut:PerkaraABCDTH

Bilangan murid-

Jadual 1: Bilangan dan Peratus Pencapian Muridtidak mencapai tahap memuaskan

3.2 Analisis KesalahanSetelah meneliti analisis bulan Januari, saya telah menjalankan latihan mewarna teknik catan air secara menyeluruh dan ringkas dalam masa 60 minit pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, Latihan ini dijalankan bagi mengenalpasti secra lebih mendalam factor penyebab kelemahan murid mewarna dengan baik. Dapatan daripada latihan tersebut membuktikan bahawa murid-murid ini memang tidak member tumpuan semasa aktiviti mewarna yang dijalankan. Kebanyakkan dari kalangan mereka membuat kerja sambil bermain-main dan tidak member perhatian dan ingin cepat siap. Dengan ini, saya dapat membuat andaian bahawa mereka tidak mempunyai minat terhadap aktiviti seni..

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Aktiviti catan air di sekolah-sekolah terutama di sekolah rendah masih lagi berhadapan dengan masalah yang tertentu bagi menapai objektifnya kerana kebanyakan guru mengambil jalan senang dengan menggunakan warna kayu yang dapat mengelakkan kekotoran dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari punca-punca yang menyebabkan permasalahan yang diperkatakan di atas dan mencari jalan penyelsaian agar murid-murid sekolah rendah lebih didedahkan dengan penggunaan bahan/media catan air dalam aktiviti pendidikan seni mereka. Kjian ini dapat membantu piahk-ihak yang terlibat dalam program inimerangka sesuatu aktiviti agar matlamat untuk menarik minat dan focus dalam penggunaan catan air ini dapat dicapai. Anta objektif kajian ialah:1) Melihat sejauhmana keupayaan dan minat murid menggunakan catan air dalam aktiviti mewarna2) Meningkatkan keupayaan mengaplikasi campuran warna dan ton warna ke dalam catan air3) Membantu murid menguasai kemahiran mewarna menggunakan beberapa teknik cat air4) Melihat sejauhmana kemahiran pelajar dalam menggnakan alat/media dengan betul dan berkesan5) Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kea rah pendekatan yang berpusatkan murid agar merasa seronok untuk berinteraksi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.4.1 PERSOALAN KAJIANMeskipun matapelajaran pendidikan seni visual diperingkat sekolah rendah boleh dikatakan sebagai mata peklajaran terpinggir, seharusnya kehairan atau asas dalam pendidikan seni perlu diterapkan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ini adalah kerana melalui cara ini, murid-murid yang mempunyai bakat serta kreatif dapat dicungkil dan diasah kemahiran mereka. Namun masih juga wujud kekangan-kekangan yang dapat menyumbang kepada kegagalan dalam menarik perhatian murid terhadap bidang pendidikan seni khususnya bidang catan ini. Oleh yang demikian, pengkaji ingin melihat persoalan-persoalan yang mungkin timbul dalam usaha mengatasi masalah ini .Persoalan seterusnya akan dijadikan panduan unuk melihat tahap kebolehan murid dalam aktiviti catan menggunakan warna air ini. Antara persoalan yang wujud ialah:1) Sejauhmana keupayaan dan minat murid menggunakan catan air dalam aktiviti mewarna?2) mampukah murid mengaplikasi campuran warna dan ton warna ke dalam catan air?3) Bagaimanakah guru dapat membantu murid menguasai kemahiran mewarna menggunakan beberapa teknik cat air4) Sejauhmana kemahiran pelajar dalam menggnakan alat/media dengan betul dan berkesan5) Bagaimanakah cara guru mengubah cara pengajaran dan pembelajaran ke arah pendekatan yang berpusatkan murid agar merasa seronok untuk berinteraksi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan seramai 22 orang murid tahap 2 iaitu murid-murid darjah 5 dedikasi SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Dalam kelas ini mempunyai 2 kumpulan tahap kebolehan iaitu murid yang sederhana dan satu kumpulan berada dalam senarai murid galus. Statistik kumpulan murid seperti berikut:

KUMPULAN Bilangan Murid

Sederhana10 orang

Galus12 orang

Jadual 2: Bilangan murid mengikut kumpulan

Kumpuan sederhana seramai 10 orang merupakan murid-murid yang celik 3M tetapi murid-murid ini agak lambat dalam pembeljaran bilik darjah. Murid ini agak berkebolehan dalam aktiviti seni dan menunjukkan minat dalam aktiviti pendidikan seni terutama dalam kraftangan. Murid ini lebih mematuhi dan mendengar arahan guru serta senang ditarik perhatian mereka. Kesimpulannya murid dari kumpulan sederhana ini mudah dibentuk kerana dilihat mempunyai minat dalam aktiviti seni terutama dalam aktiviti catan menggunakan warna air.

Sementara kumpulan galus yang terdiri daripada kebanyakan murid lelaki agak suakr untuk dikawal kerana mereka banyak bermain dan seringkali hilang focus dalam pembelajaran. Sewaktu pengajaran mata pelajaran pendidikan seni, mereka seringkali membuat tugasan tergesa-gesa dan hasil yang diperolehi sangat kurang memuaskan. Catan yang dihasilkan pada lukisan amat comot dengan kesan penggunaan cat air yang cair dan menyebabkan lukisan yang dihasilkan tidak berbentuk. Ini kerana mereka dari kumpulan galus ini lebih mementingkan aktviti bermain bersama rakan-rakan yang lain.

6.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN6.1 Menentukan focus Berdasarkan kepada pemaslaahn yang dinyatakan, saya telah memefokuskan kajian tindakan ini adalah supaya murid-murid dapat mengikuti proses pemgajaran dan pembelajaran yang berterusan seperti berikut: Mengenalpasti daerah kelemahan murid Menentukan langkah-langkah aktiviti yang perlu saya jalankan Menentukan cara atau kaedah yang sesuai dalam menjalankan aktiviti6.2Langkah melaksanakan Tindakan

Menurut Laporan Prestasi SPM 2003 untuk Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), secara keseluruhan, sebahagian besar calon-calon mendapat markah yang sederhana dan rendah. Diantara faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar mendapat markah yang rendah ialah kerana, kebanyakan calon tidak dapat mengaplikasikan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan seperti penggunaan warna, keseimbangan penegasan dan sebagainya. Disamping itu untuk calon yang sederhana dan lemah di dapati kereativiti mereka rendah, malah didapati kebanyakan calon meniru antara satu dengan yang lain kerana menampakan persamaan dari segi motif dan sebagainya terutama di dalam Kertas 4 melalui kerja projek yang telah dihantar ke bahagian peperiksaan. Sebaliknya calon-calon yang dikatogerikan dalam kumpulan cemerlang, dapat menghasilkan gubahan yang menarik, mengaplikasikan asas seni reka sepenuhnya disamping kecekapan dalam penggunaan media dan teknik mewarna dengan baik. Ini jelas menunjukan bahawa kemahiran catan memainkan peranan yang pentingCalon-calon yang cemerlang juga menghasilkan kerja yang menampakan tahap kreativiti dan pemikiran yang tinggi.

Kemahiran mewarna secara struktur ini meru