Prosiding AR CheanHooi Copy

11
KAEDAH MENYANYI LAGU PEMBUNDARAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 3 DALAM PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT CHEW CHEAN HOOI [email protected] LOW LEE KIM Abstrak Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk menentukan sejauh mana penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau pandangan murid tentang penggunaan menyanyi lagu Pembundaran dalam pembundaran nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Kumpulan sasaran terdiri daripada lima orang murid lelaki dan tujuh orang murid perempuan dalam tahun 3 yang dipilih berdasarkan markah yang diperolehi dalam ujian. Data kajian telah dikumpul secara triangulasi melalui ujian pra, ujian pasca, lembaran kerja, soal selidik dan temu bual. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan dalam markah ujian pasca berbanding dengan dalam ujian pra. Maklum balas kumpulan sasaran dalam soal selidik dan temu bual menunjukkan semua murid berminat menggunakan lagu Pembundaran kerana lagu ini senang untuk dinyanyi dan pembelajaran adalah seronok. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran yang menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 membundarkan nombor bulat. Tambahan pula, dapatan kajian menunjukkan murid mempunyai pandangan yang positif tentang penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam pembundaran nombor bulat. LATAR BELAKANG Semasa saya menjalani Praktikum Fasa 3, saya dipertanggungjawabkan sebagai guru matematik kelas tahun 3 dan mengajar murid topik pembundaran sebarang nombor hingga 10 000 ke puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati ramai murid tidak dapat mengahafal syarat pembundaran dan mereka menghadapi masalah untuk membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat dengan betul. Saya berasa risau dan kecewa kerana pengajaran saya kurang membantu murid menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Menurut Ho dan Azizah Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 1

description

prosding

Transcript of Prosiding AR CheanHooi Copy

Page 1: Prosiding AR CheanHooi Copy

KAEDAH MENYANYI LAGU PEMBUNDARAN UNTUK MENINGKATKANKEMAHIRAN MURID TAHUN 3 DALAM

PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT

CHEW CHEAN [email protected]

LOW LEE KIM

Abstrak

Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk menentukan sejauh mana penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau pandangan murid tentang penggunaan menyanyi lagu Pembundaran dalam pembundaran nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Kumpulan sasaran terdiri daripada lima orang murid lelaki dan tujuh orang murid perempuan dalam tahun 3 yang dipilih berdasarkan markah yang diperolehi dalam ujian. Data kajian telah dikumpul secara triangulasi melalui ujian pra, ujian pasca, lembaran kerja, soal selidik dan temu bual. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan dalam markah ujian pasca berbanding dengan dalam ujian pra. Maklum balas kumpulan sasaran dalam soal selidik dan temu bual menunjukkan semua murid berminat menggunakan lagu Pembundaran kerana lagu ini senang untuk dinyanyi dan pembelajaran adalah seronok. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran yang menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 membundarkan nombor bulat. Tambahan pula, dapatan kajian menunjukkan murid mempunyai pandangan yang positif tentang penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam pembundaran nombor bulat.

LATAR BELAKANG

Semasa saya menjalani Praktikum Fasa 3, saya dipertanggungjawabkan sebagai guru matematik kelas tahun 3 dan mengajar murid topik pembundaran sebarang nombor hingga 10 000 ke puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati ramai murid tidak dapat mengahafal syarat pembundaran dan mereka menghadapi masalah untuk membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat dengan betul. Saya berasa risau dan kecewa kerana pengajaran saya kurang membantu murid menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Menurut Ho dan Azizah (t.t.), pembundaran adalah sangat penting dan berguna dalam membuat penganggaran dalam pengiraan. Penganggaran adalah kemahiran matematik yang penting dan amat berguna dalam kehidupan harian kita seperti menganggar wang, panjang, masa, jarak dan lain-lain. Pembundaran sentiasa digunakan untuk mendapat jawapan sebelum pengiraan tepat dilaksanakan. Justeru, saya ingin membantu murid saya supaya mereka dapat membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 1

Page 2: Prosiding AR CheanHooi Copy

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini memberi fokus kepada bagaimana saya boleh membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat dengan menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran. Kajian Burack (2005) dalam Geist, K., Geist, E. A., dan Kuznik (2012) menunjukkan bahawa matematik dan muzik adalah saling berhubungkait dalam otak manusia sejak umur awal. Oleh itu, saya telah menggubah lagu Pembundaran dengan melodi lagu “Twinkle Twinkle Little Star”. Lirik lagu ini mengandungi semua syarat pembundaran. Menurut Edelson dan Johnson (2003) dalam Geist, et al. (2012), muzik dapat menceria dan mengayakan persekitaran pembelajaran matematik kerana aktiviti yang melibatkan muzik mengandungi intensiti keseronokan, memupuk pembelajaran yang menarik serta mendorong murid melibatkan diri secara aktif. Lagu Pembundaran yang saya gubah itu berperanan penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang seronok untuk melibatkan murid dalam aktiviti matematik. Apabila murid menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran, mereka dapat belajar dengan lebih cepat dan mendapat kefahaman yang lebih baik.

Soalan kajian

1. Sejauh manakah kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat?

2. Apakah pandangan murid tentang kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat?

TINDAKAN YANG DIAMBIL

Lagu yang digunakan dalam kajian tindakan ini telah saya gubah khas untuk merangkumi semua syarat bagi membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rounding Song (Lagu Pembundaran) Underline the key digit

Circle the digit on the rightCheck if it’s less or more than five

Less than five, don’t change itFive or more, add one on the lineZero all the digits behind the line

Rajah 1. Lagu Pembundaran.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 2

Page 3: Prosiding AR CheanHooi Copy

Langkah-langkah menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran ditunjukkan dalam Rajah 2.

Contoh soalan: Bundarkan 8365 kepada puluh yang terdekat.

“Key digit” ialah 6.

8 3 6 5

Langkah 1: Underline the key digit

Gariskan “key digit” iaitu digit pada nilai tempat yang perlu dibundarkan.

Bulatkan digit 5 di sebelah kanan digit 6.

8 3 6 5

Langkah 2: Circle the digit on the right

Bulatkan digit di sebelah kanan digit yang telah digariskan.

Digit yang dibulat ialah “5”. Jadi, kena tambah nilai satu kepada digit yang digariskan “6”.

6 + 1 = 7

8 3 7 5

Langkah 3: Check if it’s less or more than five Less than five, don’t change it Five or more, add one on the line

Semak digit yang dibulatkan. Jika digit kurang daripada lima, kekalkan digit dan jangan buat sebarang perubahan; jika digit adalah lima atau lebih daripada lima, tambah nilai satu (+1) kepada digit yang digariskan.

Ganti semua digit di sebelah kanan digit 7

yang digariskan dengan sifar.

8 3 7 0

Langkah 4: Zero all the digits behind the line

Gantikan semua digit di sebelah kanan digit yang digariskan dengan sifar.

.Rajah 2. Langkah-langkah membundarkan nombor mengguna lagu Pembundaran.

Dalam kajian ini, saya telah menjalankan tiga sesi intervensi.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 3

Page 4: Prosiding AR CheanHooi Copy

Sesi intervensi pertama

Saya memperkenalkan lagu Pembundaran kepada murid. Saya membimbing murid menyanyi lagu Pembundaran dengan melodi lagu “Twinkle Twinkle Little Star”. Saya menerangkan maksud setiap baris lirik lagu Pembundaran kepada murid dan mengajar murid membundarkan nombor bulat berdasarkan syarat yang dinyatakan dalam lagu Pembundaran.

Sesi intervensi kedua

Saya meminta murid menghafal lagu Pembundaran. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja sambil menyanyi lagu Pembundaran tanpa melihat lirik lagu. Murid yang masih tidak dapat menghafal lirik lagu diberi peluang untuk melihat lirik lagu semasa menjawab soalan dalam lembaran kerja.

Sesi intervensi ketiga

Saya meminta murid menyanyi lagu Pembundaran tanpa melihat lirik lagu. Murid diminta menjawab soalan sambil menyanyi lagu Pembundaran.

METODOLOGI

Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 12 orang murid dari Tahun 3 iaitu lima orang murid lelaki dan tujuh orang murid perempuan. Murid-murid ini dipilih sebagai responden kajian kerana mereka gagal mencapai markah melebihi 50% dalam ujian topik pembundaran nombor bulat.

Cara mengumpul data

Saya telah menggunakan empat cara pengumpulan data, iaitu pemerhatian,

pentaksiran bertulis (lembaran kerja, ujian pra dan pasca), soal selidik dan temu bual. Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa sesi intervensi dijalankan untuk mengenal pasti respons dan reaksi murid semasa menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Selain itu, markah ujian pra dan ujian pasca direkod dan dibanding untuk menentukan perbezaan keputusan murid sebelum dan selepas intervensi. Skor murid dalam lembaran kerja untuk setiap sesi intervensi juga direkod untuk melihat perubahan pencapaian murid dari satu sesi ke sesi lain. Kemudian, soal selidik yang mengandungi lima item untuk menentukan persepsi murid tentang penggunaan lagu Pembundaran dalam topik pembundaran nombor bulat ditadbirkan. Akhirnya, temu bual digunakan untuk mendapatkan pandangan murid tentang kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 4

Page 5: Prosiding AR CheanHooi Copy

DAPATAN KAJIAN

Soalan kajian 1: Sejauh manakah kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat?

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian penglibatan murid sepanjang sesi intervensi, murid-murid berasa seronok dan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengguna kaedah menyanyi lagu Pembundaran. Hasil pemerhatian menunjukkan murid berasa gembira semasa menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran. Mereka juga menjadi lebih aktif untuk melibatkan diri semasa menjawab soalan. Menurut Brewer (1995), muzik boleh digunakan untuk membantu murid-murid mengingati pengalaman belajar dan maklumat. Muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada murid-murid memandangkan elemen ini mengandungi keseronokan dan kegembiraan. Penggunaan muzik dalam kelas Matematik telah menyeronokan murid berbanding dengan pengajaran tradisional yang membosankan.Hasil analisis pemerhatian murid dalam ketiga-tiga sesi intervensi menunjukkan prestasi murid dalam pembelajaran pembundaran nombor bulat bertambah baik. Didapati lagu Pembundaran yang digunakan dalam intervensi sangat membantu murid mengingati syarat pembundaran. Oleh itu, murid dapat menjawab soalan pembundaran nombor bulat dengan cepat dan tepat.

Pentaksiran Bertulis

Jadual 1Pencapaian Setiap Orang Murid Sepanjang Sesi intervensi

MuridSesi Intervensi 1 Sesi Intervensi 2 Sesi Intervensi 3Bilangan soalan

yang dijawab dengan betul

Bilangan soalan yang dijawab dengan betul

Bilangan soalan yang dijawab dengan betul

M1 2 12 12M2 8 12 12M3 9 12 12M4 5 12 12M5 3 12 12M6 12 12 12M7 8 12 12M8 9 12 12M9 6 12 12

M10 8 12 12M11 3 12 12M12 8 12 12

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 5

Page 6: Prosiding AR CheanHooi Copy

Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid dalam lembaran kerja yang diberikan pada akhir setiap sesi intervensi, Keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian mereka dari sesi intervensi pertama hingga sesi intervensi ketiga. Pada sesi intervensi pertama, semakan lembaran kerja murid menunjukkan beberapa orang murid masih belum menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat dengan sepenuhnya. Namun, pada sesi intervensi kedua dan ketiga murid telah memahami dan mengingati syarat pembundaran yang terkandung dalam lagu Pembundaran dengan amat baik dan mereka berjaya menjawab kesemua 12 soalan dalam lembaran kerja dengan betul.

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12

Markah ujian pra 5.6 55.6 22.2 0 38.9 44.4 0 16.7 22.2 11.1 5.6 0

Markah ujian pasca

100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

5.0025.0045.0065.0085.00

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Mar

kah

mur

id

Rajah 3. Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca.

Berdasarkan Rajah 3, hasil analisis skor murid dalam ujian pra dan ujian pasca juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Dalam ujian pra, hanya seorang daripada 12 orang murid sahaja yang lulus dengan memperolehi markah 55.6% dan tiga orang murid tidak mendapat sebarang markah (0%). Dalam ujian pasca semua murid lulus dan mendapat markah penuh iaitu 100%. Tiga orang murid menunjukkan peningkatan 100% dalam ujian pasca dan empat orang murid menunjukkan peningkatan di antara 80% hingga 94% dalam ujian pasca. Keputusan ini jelas menunjukkan kaedah menyanyi lagu Pembundaran sangat membantu murid lemah meningkatkan kemahiran mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Kesan penggunaan lagu juga dikaji oleh Ng (2013). Dalam kajiannya, beliau mendapati lagu “Mu Ja Mu Ja” berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam membuat pengiraan fakta asas tolak. Empat orang responden kajian beliau juga menunjukkan peningkatan 100% dalam ujian pasca.Kesimpulannya, analisis dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dapat membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 6

Page 7: Prosiding AR CheanHooi Copy

Soalan kajian 2: Apakah pandangan murid tentang kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat?

Soal Selidik

Jadual 2Taburan Respons Murid dalam Soal Selidik

No Item

Item Respons Murid (n)Ya Tidak

1 Adakah penggunaan lagu Pembundaran sangat menarik?

12 0

2 Adakah penggunaan lagu Pembundaran membantu anda untuk memahami pembundaran nombor bulat?

12 0

3 Adakah lagu Pembundaran membantu anda untuk menyelesaikan masalah pembundaran nombor bulat?

12 0

4 Adakah anda berasa lebih yakin untuk membundarkan nombor bulat dengan lagu Pembundaran?

12 0

5 Adakah anda suka mempelajari topik pembundaran nombor bulat dengan menggunakan lagu Pembundaran?

12 0

Jadual 2 menunjukkan analisis soal selidik, semua murid dalam kumpulan sasaran berasa penggunaan lagu Pembundaran sangat menarik dan mereka suka belajar topik pembundaran nombor bulat dengan menggunakan lagu Pembundaran. Lagu Pembundaran digubah berdasarkan ritma lagu “Twinkle Twinkle Little Star” yang sudah dikenali oleh murid. Penggunaan ritma dengan lirik lagu yang mudah dapat membantu murid mengingat syarat pembundaran dengan lebih senang di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Selain itu, murid juga bersetuju bahawa penggunaan lagu Pembundaran membantu mereka memahami dan menjawab soalan pembundaran nombor bulat. Ini adalah kerana setiap baris dalam lirik lagu Pembundaran mengandungi syarat pembundaran. Murid dapat menjawab soalan dengan mudah dan tepat apabila mereka menyanyi lagu Pembundaran. Ini telah meningkatkan keyakinan mereka untuk melakukan pembundaran nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Murid-murid menyatakan mereka dapat menjawab soalan pembundaran nombor bulat tanpa bantuan guru kerana mereka sudah hafal lagu Pembundaran. Murid berasa yakin untuk menjawab semua soalan pembundaran nombor bulat dengan betul dengan menggunakan lagu Pembundaran.

Temu Bual

Hasil analisis transkrip temu bual juga menunjukkan bahawa murid mempunyai pandangan positif tentang penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Murid menyatakan bahawa mereka suka kaedah menyanyi lagu Pembundaran kerana aktiviti ini sangat seronok dan lagu itu senang dinyanyi.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 7

Page 8: Prosiding AR CheanHooi Copy

Pada keseluruhannya, persepsi murid tentang penggunaan kaedah menyanyi lagu pembundaran dalam membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat adalah sangat positif.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan, penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran telah memberi impak yang berkesan dalam membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Justeru, saya ingin mencadangkan beberapa kajian seterusnya. Pertama, saya mencadangkan untuk menjalankan intervensi yang sama dalam kajian seterusnya dengan kumpulan murid yang pencapaian matematik pada tahap sederhana dan pada tahap tinggi. Kedua, kaedah menyanyi lagu Pembundaran digunakan dengan murid tahun 1 yang baru belajar topik Pembundaran. Ketiga, mengguna lagu kanak-kanak seperti “Bangun Pagi”, “London Bridge” dan “Old MacDonald” dan mengubah lirik supaya sesuai dengan topik dalam kurikulum Matematik.

RUJUKAN

Brewer, C. B. (1995). Music and Learning: Integrating Music in the Classroom. Diperoleh April 20, 2014, dari http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/strategies/topics/Arts%20in%20Education/brewer.htm

Geist, K., Geist, E. A., & Kuznik, K. (2012). The Patterns of Music : Young Children Learning Mathematics through Beat, Rhythm, and Melody. Diperoleh Mac 7, 2014, dari http://www.naeyc.org/yc/files/yc/file/201201/Geist_Patterns_of_Music_Jan012.pdf

Ho, O. J., & Azizah Tengah. (t.t.). Modul PPG matematik pendidikan rendah mengenal nombor. Diperoleh Mac 10, 2014, dari http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/MTE3101_Mengenal_Nombor.pdf

Ng, S. J. (2013). Lagu "Mu Ja Mu Ja" dalam Penguasaan Fakta Asas Tolak. Tesis tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Ipoh, Malaysia.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014 8