Prosiding [Official]

5
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN LIMA DALAM SUBTOPIK RANTAI MAKANAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘FOOD GEAR’ Muhammad Asyraf Alpandi Zakaria Sulaiman Jabatan Sains [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik rantai makanan menggunakan ‘Food Gear’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan tidak menunjukkan minat dalam mempelajari subtopik ini. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu ‘Food Gear’ digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 20 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min berlaku sebanyak 9.75% daripada instrumen ujian pra dan pos. Selain itu, melalui instrumen soal selidik, sebanyak 96.25% responden bersetuju bahawa penggunaan ‘Food Gear’ dapat menarik minat responden dalam subtopik ini. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan ‘Food Gear’ dapat meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik rantai makanan. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan ‘Food Gear’ supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid. Kata kunci: kefahaman, minat, alat bantu mengajar, Food Gear 1.0 Pengenalan Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981), yang menyatakan bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa pengkaji mengajar subtopik rantai makanan tahun lima. Pertamanya, kebanyakan murid-murid tidak faham apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan berbentuk lisan dan bertulis yang telah pengkaji berikan di akhir pembelajaran. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan P&P. 2.0 Fokus Kajian Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik rantai makanan. Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid. Menurut Mok (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid. Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu: i. Kesilapan murid membezakan maksud herbivor, omnivor, karnivor, pengeluar dan pengguna. ii. Kesilapan murid dalam membina rantai makanan dengan betul. Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid mengambil masa yang lama untuk membina rantai makanan dan kadangkala tersilap dalam membina rantai makanan tersebut.

description

VVVVV

Transcript of Prosiding [Official]

Page 1: Prosiding [Official]

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN LIMA DALAM

SUBTOPIK RANTAI MAKANAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘FOOD GEAR’

Muhammad Asyraf AlpandiZakaria Sulaiman

Jabatan [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik rantai makanan menggunakan ‘Food Gear’. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan tidak menunjukkan minat dalam mempelajari subtopik ini. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) iaitu ‘Food Gear’ digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 20 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min berlaku sebanyak 9.75% daripada instrumen ujian pra dan pos. Selain itu, melalui instrumen soal selidik, sebanyak 96.25% responden bersetuju bahawa penggunaan ‘Food Gear’ dapat menarik minat responden dalam subtopik ini. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan ‘Food Gear’ dapat meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik rantai makanan. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan ‘Food Gear’ supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.

Kata kunci: kefahaman, minat, alat bantu mengajar, Food Gear

1.0 Pengenalan

Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981), yang menyatakan bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan sewaktu praktikum, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang timbul terutamanya semasa pengkaji mengajar subtopik rantai makanan tahun lima. Pertamanya, kebanyakan murid-murid tidak faham apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan berbentuk lisan dan bertulis yang telah pengkaji berikan di akhir pembelajaran. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan P&P.

2.0 Fokus Kajian

Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik rantai makanan. Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.

Menurut Mok (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid.

Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:

i. Kesilapan murid membezakan maksud herbivor, omnivor, karnivor, pengeluar dan pengguna.

ii. Kesilapan murid dalam membina rantai makanan dengan betul.

Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid mengambil masa yang lama untuk membina rantai makanan dan kadangkala tersilap dalam membina rantai makanan tersebut. Saya berandaian, murid tidak dapat mencapai kefahaman kerana kaedah yang saya gunakan sebelum ini iaitu kad gambar adalah kurang berkesan.

2.1 Kebolehtabbiran

Kajian ini dilakukan ke atas murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Besut, Terengganu. Kajian yang dijalankan ke atas seramai 20 orang murid sahaja. Malahan, hubungan yang erat antara saya dan murid memudahkan saya menjalankan kajian kerana murid yang terlibat adalah anak didik saya sepanjang praktikum fasa tiga yang lalu.

Page 2: Prosiding [Official]

2.2 Kepentingan

Kajian ini penting bagi meningkatkan kefahaman murid untuk memahami fakta-fakta sains khususnya murid tahun lima untuk mengatasi masalah kefahaman mereka terhadap subtopik rantai makanan dan seterusnya membolehkan murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar bagi topik yang seterusnya iaitu siratan makanan. Kajian ini juga dapat digunakan oleh guru lain untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, buka sahaja dalam topik ini tetapi juga topik yang lain

2.3 Kebolehgunaan

Kajian ini memberikan murid asas yang cukup untuk mempelajari subtopik yang setersunya iaitu siratan makanan. Kajian ini amat mudah dilakukan oleh murid kerana ianya di bawah pengawasan guru yang mengajar subjek Sains sendiri. Selain itu, kaedah ‘Food Gear’ ini bersesuaian dengan murid kelas kerana mereka lebih gemar belajar sambil berhibur. Melalui kaedah ini, ia dapat membantu murid meningkatkan kefahaman murid dalam memahami fakta-fakta sains dengan cepat dan berkesan.

2.4 Kawalan

Kajian ini dilakukan dalam keadaan tersusun dan terkawal iaitu dijalankan di dalam persekitaran kelas biasa. Sebelum kajian dilakukan, murid-murid diberikan penerangan dengan jelas mengenai perjalanan kajian ini. Ketika kajian dilakukan, saya memastikan murid dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Kolaborasi

Pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan telah membuat kolaborasi awal terlebih dahulu melalui perbincangan bersama dengan guru pembimbing dan juga guru-guru sains di sekolah sewaktu menjalani praktikum yang lalu untuk memberikan pandangan tentang masalah murid Tahun Lima Taqwa. Saya juga turut berkolaborasi bersama pensyarah penyelia dan guru pelatih yang lain bagi memastikan saya mengikuti kaedah dan prosedur yang betul dan seterusnya dapat memantapkan lagi kajian ini.

2.6 Kerelevanan kepada Sekolah

Kajian ini adalah sangat sesuai untuk dilaksanakan dimana-mana kawasan persekolahan, samada di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Hal ini kerana, kaedah ini dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memberikan kelainan agar tidak membosankan murid-murid untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik Rantai Makanan menggunakan kaedah alat bantu mengajar ‘Food Gear’.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik Rantai Makanan menggunakan kaedah alat bantu mengajar ‘Food Gear’.

2. Meninjau persepsi murid tahun lima terhadap keberkesanan penggunakan kaedah alat bantu mengajar ‘Food Gear’ dalam subtopik Rantai Makanan.

3.3 Soalan Kajian

Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Adakah kaedah alat bantu mengajar ‘Food Gear’ dapat meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik Rantai Makanan?

2. Apakah persepsi murid tahun lima terhadap keberkesanan penggunaan kaedah alat bantu mengajar ‘Food Gear’ dalam subtopik Rantai Makanan?

Page 3: Prosiding [Official]

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai 20 orang murid Tahun Lima Taqwa dari Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Besut, Terengganu. Saya memilih murid Tahun lima Taqwa kerana saya telah mengajar subtopik Rantai Makanan Tahun lima semasa praktikum fasa pertama.

5.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1: Ujian PraDilaksanakan bagi melakukan tinjauan awal bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud. Pengkajimemberikan satu set soalan ujian pra untuk menguji tahap pemahaman murid terhadap subtopik Rantai Makanan.

Langkah 2: IntervensiMelakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan ‘Food Gear’ bagi subtopik Rantai Makanan. Ia dijalankan secara ‘hands on’ dalam aktiviti berkumpulan.

- Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti dalam bentuk pertandingan kalah mati.- Kumpulan A akan bersaing dengan kumpulan B, manakala kumpulan C akan bersaing dengan kumpulan D. Pasukan

yang menang dalam perlawanan tersebut akan bertemu antara satu sama lain dalam perlawanan akhir.- Setiap pasukan perlu membina lima rantai makanan yang betul dengan menggunakan ‘Food Gear’ dalam masa empat

minit sahaja.- Guru berbincang dengan murid-murid tentang rantai makanan yang dibina.

Langkah 3: Ujian PosPengkaji memberikan satu set soalan Ujian Pos selepas pengajaran subtopik Rantai Makanan.

Langkah 4: Ujian PraBorang soal selidik diedarkan untuk meninjau persepsi murid terhadap keberkesanan penggunaan ‘Food Gear’.

Langkah 5: Soal SelidikBorang soal selidik diedarkan untuk meninjau persepsi murid terhadap keberkesanan penggunaan ‘Food Gear’. Borang soal selidik ini diadaptasi daripada soal selidik yang digunakan oleh Karimah Ismail (2006)

6.0 Dapatan Kajian

Perbandingan nilai min markah ujian pra dan ujian pos dipersembahkan dalam bentuk graf.

Rajah 1: Min markah ujian pra dan pos.

Berdasarkan rajah 1, min markah bagi ujian pra ialah 67.25% dan min markah bagi ujian pos ialah 77%. Perbandingan ini menunjukkan peningkatan min markah sebanyak 9.75%. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang positif terhadap pencapaian responden.

MIN UJIAN PRA MIN UJIAN POS

Series1 0.672500000000001 0.770000000000001

62.50%

67.50%

72.50%

77.50%

PERA

TUS

Page 4: Prosiding [Official]

Rajah 2: Pencapaian Responden dalam Ujian Pra dan Pos.

Berdasarkan rajah 2 yang ditunjukkan, pelajar yang berada pada tahap pencapaian gagal dan baik semakin berkurangan. Ini bermakna, pelajar yang gagal ini sudah erjaya untuk memahami berjaya rantai makanan dan mencapai tahap yang lebih baik. Melihat kepada peratusan murid yang berada pada tahap baik, peratusan menurun dengan mendadak iaitu daripada 40% kepada 25%. Ini bermakna, pelajar yang berada pada tahap baik sudah berjaya meningkat naik kepada tahap cemerlang. Ini bermakna, gaya pembelajaran penggunaan ‘Food Gear’ ini sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid terutamanya bagi murid lemah dan sederhana. Peratusan pelajar yang cemerlang meningkat juga membuktikan penggunaan ‘Food Gear’ ini berkesan

Min bagi keseluruhan item soal selidik dipersembahkan dalam bentuk graf.

Rajah 3: Graf Perbandingan Min Peratus 'Ya' dan 'Tidak'.

Berdasarkan rajah 3, min peratusan bagi jawapan yang positif mewakili jawapan ‘Ya’ adalah sebanyak 96.25% manakala min peratusan bagi jawapan yang negatif mewakili jawapan ‘Tidak’ adalah sebanyak 3.75%. Hal ini menunjukkan min peratusan bagi jawapan yang positif adalah tinggi berbanding jawapan yang negatif.

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis markah bagi kedua-dua ujian, ujian pra menunjukkan min markah iaitu 67.25% manakala min markah yang diperoleh oleh ujian pos iaitu 77%. Hal ini menunjukkan peningkatan min markah yang positif iaitu sebanyak 9.75%. Oleh yang demikian, penggunaan ‘Food gear’ telah meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik rantai makanan. Dapatan ini disokong oleh Mohd Hafizi (2011) dalam kajiannya penggunaan ‘The Transformer’ Sebagai ABM dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menukar unit panjang melibatkan perpuluhan bagi murid tahun lima. Hasil kajian beliau menunjukkan peningkatan min positif sebanyak 44.17% dalam pencapaian responden dari ujian pra dan ujian pos. Hal ini membuktikan penggunaan ABM ini berkesan. Oleh itu, soalan kajian pertama terjawab.

YA (%) TIDAK (%)

MIN 0.9625 0.0375

10.00%

30.00%

50.00%

70.00%

90.00%

PERA

TUS

Kategori Murid

Gagal Lulus Baik Cemerlang0

2

4

6

8

10

12

14

Ujian PraUjian Pos

Page 5: Prosiding [Official]

Berdasarkan analisis soal selidik, min peratusan bagi jawapan positif adalah 96.25% manakala peratusan min bagi jawapan negatif adalah 3.75%. Justeru, min peratusan bagi jawapan yang positif lebih tiggi daripada jawapan yang negatif. Oleh itu, penggunaan ‘Food Gear’ telah menarik minat murid tahun lima dalam subtopik rantai makanan. Dapatan ini disokong Munira & Marzuki (2011) dalam kajian meningkatkan Minat murid tahun dua terhadap mata pelajaran Sains menggunakan ‘Dam Sains’ sebagai BBM. Hasil soal selidik, kehadiran BBM dinamakan Dam Sains berjaya meningkatkan keterlibatan responden sekali gus menjana minat terhadap mata pelajaran Sains. Ini menjadikan, soalan kajian kedua terjawab.

Rujukan

Arham Abdullah. (2006). Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

Abu Safian Amir. (2005). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar dengan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Nadiah Md.Salleh. (2007). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Topik ‘Sense Of Sight’ Menggunakan BBM The Eyeball. Tesis tidak diterbitkan, SMK Maokil.

Ahmad Zulhilmi Mohammad, & Badrul Muid Muhamad Adam. (2008). Meningkatkan Penguasaan Tajuk Rantai Makanan Murid Tahun lima Amanah Melalui AZ-SMARTBOARD. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Mohd Hafizi. (2011) Penggunaan ‘The Transformer’ Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menukar Unit Panjang. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Sultan Mizan.