refleksi

3
Kekuatan Kekuatan yang dikenalpasti dalam menjalankan tugasan mikropengajaran adalah penggunaan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dijalankan.Dengan adanya bahan bantu mengajar menjadikan murid lebih berminat dan bersemangat untuk belajar.Selain itu,kejelasan dan kelantangan suara membantu murid memahami dengan lebih jelas arahan serta penyampaian guru.Kejelasan suara penting agar murid menerima maklumat yang disampaikan dan mengelakkan berlakunya murid keliru pada arahan yang diberikan.Dengan ini murid dapat melakukan aktiviti atau tugas yang diberikan sebagaimana yang dikehendaki. Kekuatan lain yang dapat dikesan adalah aktiviti dilaksanakan dalam mikropengajaran dijalankan dengan tersusun serta teratur dan ini dapat membantu murid memahami pelajaran yang disampaikan.Masa yang diambil untuk mikropengajaran juga sesuai dengan masa yang telah dirancangkan dalam persediaan mengajar.Ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Kelemahan Kelemahan yang dapat dikesan daripada mikropengajaran ialah terdapat murid yang asyik bermain dengan kertas lebihan

description

refleksi

Transcript of refleksi

Kekuatan

Kekuatan yang dikenalpasti dalam menjalankan tugasan mikropengajaran adalah penggunaan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dijalankan.Dengan adanya bahan bantu mengajar menjadikan murid lebih berminat dan bersemangat untuk belajar.Selain itu,kejelasan dan kelantangan suara membantu murid memahami dengan lebih jelas arahan serta penyampaian guru.Kejelasan suara penting agar murid menerima maklumat yang disampaikan dan mengelakkan berlakunya murid keliru pada arahan yang diberikan.Dengan ini murid dapat melakukan aktiviti atau tugas yang diberikan sebagaimana yang dikehendaki.Kekuatan lain yang dapat dikesan adalah aktiviti dilaksanakan dalam mikropengajaran dijalankan dengan tersusun serta teratur dan ini dapat membantu murid memahami pelajaran yang disampaikan.Masa yang diambil untuk mikropengajaran juga sesuai dengan masa yang telah dirancangkan dalam persediaan mengajar.Ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

Kelemahan

Kelemahan yang dapat dikesan daripada mikropengajaran ialah terdapat murid yang asyik bermain dengan kertas lebihan guntingan dalam aktiviti yang sebelumnya . Keadaan ini menyebabkan murid berkenaan leka dan hilang tumpuan terhadap penyampaian guru.Begitu juga terdapat murid yang tidak melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan.Ini menyebabkan murid berkenaan tidak merasai pengalaman yang dilalui oleh murid-murid yang lain.

Langkah Mengatasi

Kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti hendaklah diatasi dengan melakukan penambahbaikan agar kesilapan yang sama tidak berulang pada masa akan datang dan meningkatkan mutu pengajaran untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah mengemas dan menyimpan bahan-bahan yang telah digunakan selepas sahaja setiap aktiviti dijalankan.Iaitu dengan cara mengkehendaki setiap wakil dalam kumpulan mengumpul dan menghantar balik bahan yang telah digunakan.Selain itu penegasan juga boleh diberikan kepada murid iaitu dengan cara memberi peringatan dan melarang murid daripada bermain dengan apa sahaja benda semasa guru membuat penerangan.Manakala bagi mengatasi masalah pelajar yang tidak terlibat secara aktif pula ialah memberikan lebih banyak bahan atau aktiviti yang perlu dilakukan dalam aktiviti kumpulan.Dengan ini tidaklah seorang dua sahaja yang melakukan aktiviti dan yang lain Cuma melihat sahaja.Ini penting agar semua pelajar dapat mengalami sendiri pengalaman dalam sesuatu pembelajaran supaya konsep sesuatu pembelajaran dapat difahami dan kekal dalam ingatan