REFLEKSI

3
NAMA : NOR AZILAH BINTI MD AFFENDIE KELAS : PJM(B) NO.KP : 8409290-04-5040 REFLEKSI Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan(PJM 3112) merupakan salah satu mata pelajaran wajib bagi pelajar PPG PJ Semester 5. Program ini telah dirancang bersama-sama dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan program ini. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani. Program ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan terhadap diri saya. Selepas menerima tugasan kerja kursus ini, perancangan dibuat dengan menubuhkan satu jawatankuasa pelaksana dan penggerak program bertujuan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhirnya pendekatan diambil dengan mengemukan cadangan untuk mengadakan Karnival Permainan Tradisional pada 6 Oktober 2013. Pelbagai dugaan yang ditempuhi semasa menguruskan atau ingin melancarkan program ini terutamanya dalam memilih tarikh.Tetapi masalah tersebut dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Semasa program ini berlangsung, banyak kebaikan dan kekuatan yang telah saya perolehi antaranya semangat bekerjasama. Hal ini kerana, semasa berlangsungnya program ini komitmen yang diberikan oleh setiap pelajar amat membanggakan dengan tidak berkira kerja dan dapat menjalankan tugasan yang diberi dengan baik dan cemerlang. Kebaikan dan kekuatan keduanya pula ialah semangat berpasukan. Sebagai

description

KURIKULUM

Transcript of REFLEKSI

NAMA : NOR AZILAH BINTI MD AFFENDIEKELAS : PJM(B)NO.KP : 8409290-04-5040REFLEKSIPengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan(PJM 3112) merupakan salah satu mata pelajaran wajib bagi pelajar PPG PJ Semester 5. Program ini telah dirancang bersama-sama dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan program ini. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani. Program ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan terhadap diri saya.Selepas menerima tugasan kerja kursus ini, perancangan dibuat dengan menubuhkan satu jawatankuasa pelaksana dan penggerak program bertujuan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhirnya pendekatan diambil dengan mengemukan cadangan untuk mengadakan Karnival Permainan Tradisional pada 6 Oktober 2013. Pelbagai dugaan yang ditempuhi semasa menguruskan atau ingin melancarkan program ini terutamanya dalam memilih tarikh.Tetapi masalah tersebut dapat diatasi dengan sebaik mungkin.Semasa program ini berlangsung, banyak kebaikan dan kekuatan yang telah saya perolehi antaranya semangat bekerjasama. Hal ini kerana, semasa berlangsungnya program ini komitmen yang diberikan oleh setiap pelajar amat membanggakan dengan tidak berkira kerja dan dapat menjalankan tugasan yang diberi dengan baik dan cemerlang. Kebaikan dan kekuatan keduanya pula ialah semangat berpasukan. Sebagai contohnya, semasa permainan konda kondi, pasukan saya telah memberikan semangat berpasukan yang tinggi dan menyeronokkan serta ianya telah membuatkan hasil dengan pasukan saya telah memenangi permainan tersebut. Kebaikan dan kekuatan yang seterusnya pula ialah saya dapat memahami peraturan dan merasai sebenar permainan tradisional. Ini kerana sebelum ini saya tidak pernah bermain permainan konda kondi dan pengalaman ini banyak mengajar saya keseronokkan bermain permainan tradisional.Kelemahan yang saya dapati daripada program ini ialah masa yang terhad. Hal ini kerana, semasa berlangsungnya karnival permainan tradisional saya dapati masa untuk setiap permainan tradisional adalah terhad dan tidak dapat dihayati keseronokkannya dengan lebih lama. Kelemahan keduanya pula ialah khemah yang terhad. Ini kerana, para peserta terpaksa berkongsi tempat duduk yang sama kerana penyediaan khemah yang terhad semasa berlangsungnya permainan tradisional. Ini menyebabkan berlakunya kurang kelesaan kepada para peserta.Oleh itu, penambaikan yang boleh diambil daripada karnival permainan tradisional ini ialah mengambil masa yang mencukupi dalam menghayati keseronokkan bermain sesuatu permainan tradisional. Keduanya pula ialah menambahkan ruang khemah bagi para peserta. Ini bertujuan untuk keselesaan para peserta untuk berehat.Kesimpulannya, Karnival Permainan Tradisional pada kali ini memberi seribu pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Pengalaman sebegini sebenarnya bukan boleh direka semata-mata, tetapi pengalaman sebenarnya perlu dialami dan dirasai dengan sendirinya. Ternyata, pengalaman sesi pembelajaran pada hari tersebut memberi banyak manfaat kepada saya sendiri untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar di sekolah.