REFLEKSI

2
REFLEKSI Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan satu mata pelajaran baharu yang saya pelajari pada semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan tamadun serta perkembangan tamadun Malaysia yang saya pelajari sepanjang sesi pembelajaran bersama-sama dengan EncTuan Haji Ismail bin Abdul Rahman. Bermula dengan pengenalan ilmu ketamadunan hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan tamadun-tamadun di asia. Dalam tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang diberikan, saya dikehendaki untuk menyediakan satu sumber rujukan digital dan menghasilkan sabuah esei berkenaan faktor-faktor serta interaksi antara tamadun-tamadun utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan dan perkembangan Tamadun Malaysia. Sepanjang pelaksanaan untuk menghasilkan tugasan ini, banyak cabaran dan ilmu pengetahuan baharu yang saya hadapi. Semasa menghasilkan sumber rujukan digital, masalah yang dihadapi ialah memilih cara bagaimana untuk mempersembahkan sumber rujukan tersebut. Terdapat banyak pandangan yang diutarakan oleh rakan sekumpulan dalam memilih aplikasi untuk dijadikan sebagai sumber rujukan digirtal. Berdasarkan pelaksanaan tugasan transkripsi ini antara nilai murni yang saya perolehi ialah sikap sabar dan kerjasama. Tanpa sifat sabar dalam diri barangkali saya akan menghadapi tekanan perasaan dalam diri semasa menghasilkan sumber rujukan digital. Namun setelah selesai menghasilkan sumber rujukan tersebut, saya amat berpuas hati dengan hasil yang diperoleh. Semoga hasil sumber rujukan digital saya dapat memuaskan hati pihak pemeriksa juga hendaknya. Tugasan seterusnya kumpulan saya diminta untuk menghasilkan sebuah esei. Esei yang perlu dihasilkan ialah analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pembangunan dan perkembangan Tamadun Malaysia . Saya bersama-sama rakan sekumpulan berusaha sedaya upaya mendapatkan maklumat berkenaan dengan tamadun- tamadun utama yang menyumbang kepada kejayaan pembangunan dan perkembangan Tamadun Malaysiadaripada pusat sumber Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tersebut. Berdasarkan daripada pembacaan dan pencarian maklumat,saya berpendapat bahawa interaksi antara tamadun- tamadun utama di dunia banyak mempengaruhi kejayaan pembangunan dan perkembangan Tamadun Malaysia. Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan juga terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini ialah kekurangan maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri dalam menyempurnakan tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam

description

vcgfghmtyfhjnrfghfgvngfvgnfgvnfgcnfgcnfcgnfcgbcbdcgbdcgnfdgcndgcnbfgcndcgbdcgbfgnfhnrfgndfcgnfgcnfgcbdg

Transcript of REFLEKSI

  • REFLEKSI

    Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan satu mata pelajaran baharu yang saya

    pelajari pada semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan tamadun serta

    perkembangan tamadun Malaysia yang saya pelajari sepanjang sesi pembelajaran

    bersama-sama dengan EncTuan Haji Ismail bin Abdul Rahman. Bermula dengan

    pengenalan ilmu ketamadunan hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan

    tamadun-tamadun di asia. Dalam tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang

    diberikan, saya dikehendaki untuk menyediakan satu sumber rujukan digital dan

    menghasilkan sabuah esei berkenaan faktor-faktor serta interaksi antara tamadun-tamadun

    utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan dan perkembangan Tamadun Malaysia.

    Sepanjang pelaksanaan untuk menghasilkan tugasan ini, banyak cabaran dan ilmu

    pengetahuan baharu yang saya hadapi. Semasa menghasilkan sumber rujukan digital,

    masalah yang dihadapi ialah memilih cara bagaimana untuk mempersembahkan sumber

    rujukan tersebut. Terdapat banyak pandangan yang diutarakan oleh rakan sekumpulan

    dalam memilih aplikasi untuk dijadikan sebagai sumber rujukan digirtal. Berdasarkan

    pelaksanaan tugasan transkripsi ini antara nilai murni yang saya perolehi ialah sikap sabar

    dan kerjasama. Tanpa sifat sabar dalam diri barangkali saya akan menghadapi tekanan

    perasaan dalam diri semasa menghasilkan sumber rujukan digital. Namun setelah selesai

    menghasilkan sumber rujukan tersebut, saya amat berpuas hati dengan hasil yang

    diperoleh. Semoga hasil sumber rujukan digital saya dapat memuaskan hati pihak

    pemeriksa juga hendaknya.

    Tugasan seterusnya kumpulan saya diminta untuk menghasilkan sebuah esei. Esei

    yang perlu dihasilkan ialah analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan

    pembangunan dan perkembangan Tamadun Malaysia . Saya bersama-sama rakan

    sekumpulan berusaha sedaya upaya mendapatkan maklumat berkenaan dengan tamadun-

    tamadun utama yang menyumbang kepada kejayaan pembangunan dan perkembangan

    Tamadun Malaysiadaripada pusat sumber Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim

    untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tersebut. Berdasarkan daripada

    pembacaan dan pencarian maklumat,saya berpendapat bahawa interaksi antara tamadun-

    tamadun utama di dunia banyak mempengaruhi kejayaan pembangunan dan

    perkembangan Tamadun Malaysia.

    Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan

    juga terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini

    ialah kekurangan maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri

    dalam menyempurnakan tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam

  • tempoh masa yang terdekat. Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih

    belum pandai mengagihkan masa sebaik-baiknya. Sebagai seorang guru pelatih, malah

    seorang bakal guru kelak, saya mesti melatih diri supaya mahir membahagikan waktu agar

    segala kerja dapat disiapkan dengan sempurna.

    Selain itu, berdasarkan pengamatan saya, terdapat juga beberapa kelemahan di dalam

    tugasan ini dari segi penggunaan bahasa. Kebanyakan bahasa yang digunakan agak

    kucar-kacir dan tidak menepati kosa kata bahasa Melayu yang baik. Selain itu, penguasaan

    perbendaharaan kosa kata yang agak lemah menyebabkan pengolahan bahasa yang

    digunakan agak tidak menarik dan kurang sedap untuk didengari. Besar kemungkinan juga

    terdapat beberapa kesalahan yang saya terlepas pandang dan mungkin itu adalah

    kelemahan dan kesilapan daripada pihak saya. Segala kelemahan tersebut saya dahului

    dengan ampun dan maaf. Semoga kesilapan dan kesalahan tersebut dapat mematangkan

    saya sepanjang berada di Institut pendidikan guru Kampus Sultan Abdul Halim.

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah pelajari. Antaranya,

    tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengertian, pengetahuan dan pengalaman buat

    saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan. Ini kerana diawal

    tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Namun dengan usaha

    yang dilakukan akhirnya saya dapat merealisasikannya. Dengan adanya tugasan sebegini,

    ia telah dapat menambahkan pengetahuan baharu dan berguna untuk menduduki

    peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, dengan pengetahuan yang

    baharu saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam melaksanakan pembelajaran

    dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran yang sepatutnya serta bahan

    bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan

    adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi seorang guru

    kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang guru. Akhir kata

    dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat menguasai dan

    memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah saya Tuan Haji Ismail Bin

    Abdul Rahman. Walaupun interaksi kami didalam kelas adalah terhad kerana komitmen

    yang menghambat diri dimana pensyarah dan guru pelatih masing- masing menggalas

    tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran

    yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses pelaksanaan

    tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin dan percaya ianya akan

    memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan

    cara yang menarik dan berkesan.