REFLEKSI

2
REFLEKSI Pertama sekali, kami ingin mengucapakan syukur dan terima kasih kepada Tuhan atas pertolongaNya sehingga kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami sebelum tarikh penyerahan tugas. Untuk tugasan kami ini, kami telah memilih sukan hoki. Dalam usaha penyiapan tugasan yang telah diberikan, kami telah membahagikan tugasan dalam kalangan kami untuk melancarkan lagi penyiapan tugasan ini. Untuk itu, Nur Maechea telah ditugaskan untuk buat perancangan kerja. Perancangan kerja itu adalah sangat penting kerana ini akan membantu kami untuk melakukan kerja kami di atas landasan yang betul. Perancangan kerja juga telah memudahkan kerja kami. Dia turut ditugaskan untuk menyusun segala maklumat yang telah kami perolehi ke dalam satu folder. Kemudian Micheal Tang Swee Kong dan Marcellius Sikau telah diberikan tugas untuk membuat senarai semak serta carta alir bagi pelaksanaan projek bagi tugasan kami ini. Senarai semak serta carta alir ini juga penting dalam proses penyiapan tugasan kami kerana senarai semak ini berperanan untuk memastikan langkah pelaksanaan projek yang telah dipilih ditunjukkan secara jelas dan terperinci. Norzilah Jestar pula telah membuat mencari maklumat berkenaan sistem dan format pertandingan untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja. Tiong Mee Yiong pula memcari maklumat langkah-langkah keselamatan sekaligus membuat refleksi keseluruhan bagi tugasan yang diberikan ini. Sukan yang kami pilih ialah hoki. Kami akui bahawa kami telah menghadapi beberapa cabaran antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek tentang hoki meskipun hoki merupakan sukan kami untuk GERKO ketika program persediaan dahulu. Oleh itu, kami mengambil masa untuk membuat kajian tentang hoki seperti peraturan-peraturan, bahan yang digunakan untuk hoki, sejarah hoki, alatan hoki dan lain-lain lagi. Namun begitu, kami amat bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang bertanggungjawab dan tidak berputus asa untuk mencari maklumat mengenai hoki. Namun pelbagai ikhtiar turut dilakukan untuk melengkapkan tugasan ini. Kami

description

hoki

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Pertama sekali, kami ingin mengucapakan syukur dan terima kasih

kepada Tuhan atas pertolongaNya sehingga kami dapat menyiapkan tugasan

yang diberikan kepada kami sebelum tarikh penyerahan tugas. Untuk tugasan

kami ini, kami telah memilih sukan hoki.

Dalam usaha penyiapan tugasan yang telah diberikan, kami telah

membahagikan tugasan dalam kalangan kami untuk melancarkan lagi penyiapan

tugasan ini. Untuk itu, Nur Maechea telah ditugaskan untuk buat perancangan

kerja. Perancangan kerja itu adalah sangat penting kerana ini akan membantu

kami untuk melakukan kerja kami di atas landasan yang betul. Perancangan

kerja juga telah memudahkan kerja kami. Dia turut ditugaskan untuk menyusun

segala maklumat yang telah kami perolehi ke dalam satu folder. Kemudian

Micheal Tang Swee Kong dan Marcellius Sikau telah diberikan tugas untuk

membuat senarai semak serta carta alir bagi pelaksanaan projek bagi tugasan

kami ini. Senarai semak serta carta alir ini juga penting dalam proses penyiapan

tugasan kami kerana senarai semak ini berperanan untuk memastikan langkah

pelaksanaan projek yang telah dipilih ditunjukkan secara jelas dan terperinci.

Norzilah Jestar pula telah membuat mencari maklumat berkenaan sistem dan

format pertandingan untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja. Tiong Mee Yiong

pula memcari maklumat langkah-langkah keselamatan sekaligus membuat

refleksi keseluruhan bagi tugasan yang diberikan ini.

Sukan yang kami pilih ialah hoki. Kami akui bahawa kami telah

menghadapi beberapa cabaran antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang

cetek tentang hoki meskipun hoki merupakan sukan kami untuk GERKO ketika

program persediaan dahulu. Oleh itu, kami mengambil masa untuk membuat

kajian tentang hoki seperti peraturan-peraturan, bahan yang digunakan untuk

hoki, sejarah hoki, alatan hoki dan lain-lain lagi. Namun begitu, kami amat

bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang bertanggungjawab dan tidak

berputus asa untuk mencari maklumat mengenai hoki. Namun pelbagai ikhtiar

turut dilakukan untuk melengkapkan tugasan ini. Kami turut meminta pertolongan

Page 2: REFLEKSI

serta tunjuk ajar daripada rakan-rakan pelatih yang lain yang mempunyai

pengalaman dalam pelaksanaan pertandingan hoki ini.

Dalam tempoh penyiapan kerja kursus ini, pelabagai pengetahuan baru

telah kami perolehi. Antara pengetahuan yang kami perolehi ialah kerjasama

serta dedikasi ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan dalam masa yang

ditetapkan. Kami membahagikan tugas secara adil dan saksama agar tidak berat

sebelah dan membebankan mana-mana pihak. Selain itu, kami juga mempelajari

ilmu pengetahuan baru tentang sukan hoki. Sebelum ini, kami langsung hanya

bermain hoki tanpa ingin mengetahui secara mendalam. Tetapi melalui tugasan

tersebut, kami telah mendapat ilmu tentang peraturan-peraturan hoki,

bagaimanakah permainan sukan hoki dijalankan dan cara-cara untuk

menentukan pemenang dalam hoki (sistem pengadilan).

Sepanjang melakukan tugasan ini telah memberi peluang kepada kami

untuk belajar membuat kertas kerja untuk pertandingan kerana rata-rata ahli

kumpulan kami belum ada sebarang pengalaman dalam membuat kertas kerja.

Oleh itu, ilmu yang diperolehi ini dapat digunakan untuk masa akan datang,

mana tahu sekiranya kita disuruh untuk membuat kertas kerja menngenai hoki

atau mana-mana sukan serta permainan di sekolah kelak, tidaklah juga kita akan

gelabah dan takut ketika diberikan arahan itu.