REFLEKSI

download REFLEKSI

of 6

description

psv

Transcript of REFLEKSI

PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN DAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

PSV 3083[PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN DAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL]

Sepanjang saya menjalankan tugasan PSV3083 iaitu Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR Membentuk dan membuat binaan dan Mengenal kraf tradisional,saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran. Mengikut tajuk kerja kursus yang diberi lebih menekankan kepada menghasilkan satu karya 3 dimensi berfungsi berdasarkan bidang membentuk dan membuat binaan dan juga mengenal kraf tradisional. Tugasan ini memerlukan pelajar menghasilkan sebuah karya yang bertemakan masyarakat manakala karya yang dihasilkan mesti boleh digunakan dan juga berfungsi. Sesungguhnya, tugasan ini benar-benar membantu saya dalam membina pengalaman melalui tugasan amali ini. Semasa menjalankan tugasan ini, saya dapat melakasanakan aktiviti penerokaan serta menjana idea dengan pengunaan alat, media dan juga teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 3D berfungsi. Saya juga berasa amat gembiran kerana dapat lebih mengetahui tentang bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional yang terkandung dalam Pendidikan Seni Visual. Tidak dapat dinafikan bahawa saya juga dapat belajar bagaimana mengurus masa dengan baik walaupun saya juga sibuk dengan kerja subjek yang lain. Dengan kebijaksanaan dalam pengurusan masa, maka tugasan ini juga dapat dilancarkan dengan baik dan juga disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Semasa menghasilkan karya ini, saya telah mencari banyak maklumat tentang bagaimana menghasilkan karya arca stabail secara mudah. Melalui proses mencari maklumat, kreativiti saya dapat dicungkil untuk mengeluarkan idea sendiri bagi tugasan saya. Bagi menetapkan karya saya, saya telah mencari sumber ilham yang dapat membantu saya untuk menghasilkan idea yang baru dengan gabungan bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional. Sebelum memulakan menghasilkan karya 3D berfungsi, saya menghadapi cabaran kerana saya tidak mahir dalam menghasilkan karya arca stabail dengan gabungan ukiran. Saya tidak yakin kerana takut tidak dapat menghasilkan karya saya seperti yang dirancang. Tetapi, akhirnya saya tetap berjaya menghasilkan karja saya dengan bantuan pensyarah saya sepanjang menghasilkan kerja ini. Di samping itu, karya yang dihasilkan telah mengaplikasikan gabungan dua bidang iaitu Membentuk dan Membuat binaan dan juga Mengenal Kraf Tradisional. Kini, saya mula belajar betapa susahnya untuk menyiapkan sesebuah karya kerana ia memerlukan masa dan tenaga untuk menghasilkan sebuah karya. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari satu pengajaran. Usah memandang remeh dalam penghasilan sesebuah karya kerana ia merupakan kerja yang amat rumit dan memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi supaya karya yang bakal terhasil nanti mempunyai kualiti yang baik. Oleh itu, saya telah mempelajari banyak pengetahuan semasa menghasilkan karya 3D berfungsi ini. Tambahan pula, saya juga belajar untuk mendisiplinkan diri sepanjang menghasilkan kerja ini. saya perlu merancang masa mengikut jadual harian dengan teratur supaya dapat menyiapkan tugasan amali ini. Melalui tugasan ini, saya telah membina keyakinan diri untuk menghasilkan sesuatu yang baru dalam kehidupan saya. Walaupun sebelum ini saya tidak pernah menceburi dalam bidang ini, saya tetap berkeyakinan serta tidak berputus asa untuk menghasilkan karya 3D berfungsi saya. Dengan ini, saya telah menghasilkan satu karya 3D berfungsi yang bertajuk Circle of Life dengan gabungan arca stabail dan ukiran polystyrene. Semasa menghasilkan karya ini, saya telah mencungkil kreativiti saya untuk menghasilkan karya ini. Penerokaan penggunaan media adalah sangat penting untuk menghasilkan karya berfungsi kerana ia dapat meningkatkan kualiti dan ketahanan karya sendiri. Walaupun proses penghasilan karya telah mengambil masa yang sangat panjang, tetapi saya amat menghasrgai setiap detik masa bagi menyiapkan kerja ini. Melalui tugasan ini, saya telah belajar bahawa kesabaran yang amat tinggi amat penting untuk menghasilkan karya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walaupun saya menghadap banyak kesukaran dan rintangan ketika menghasilkan tugasan amali ini tetapi saya tetap berasa amat bangga kerana diberi peluang untuk menjalankan tugasan yang mencabar dan bermakna bagi saya. Manakala, saya juga telah membina pengalaman serta pengetahuan dalam menyiapkan tugasan amali ini dan juga memanfaatkan saya. Tambahan pula, saya juga dikehendaki membuat apresiasi karya berfungsi. Semasa proses apresasi, saya perlu menghayati seni yang merangkumi aspek=aspek pengetahuan, membuat pertimbangan dan juga sebagainya. Sebenarnya, apresiasi terhadap karya berfungsi amat berguna kepada kami agar kami dapat belajar menghayati karya kami. Kesimpulannya, banyak pengetahuan yang dapat saya timba melalui tugasan ini. Sebagai bakal pendidik dan juga bakal guru Pendidikan Seni Visual, banyak yang perlu saya pelajari dalam subjek ini kerana ia merupakan major saya dan juga banyak ilmu yang berguna yang saya dapat aplikasikan dalam pengajaran saya nanti. Melalui tugasan ini, saya mengetahui betapa penting mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada pendidik dan juga pelajar dan negara. Pendidikan seni visual penting dalam melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang beketrampilan dan professional. Sebagai bakal guru, saya juga telah menimba ilmu pengetahuan tentang bidang Pendidikan Seni Visual agar saya dapat mengajar murid pada masa yang akan datang.

Tajuk : Circle Of LifeSaiz: 30cm x 28cm x 59cmTema : MasyarakatKarya 3D berfungsi ini merupakan gabungan arca stabail dengan ukiran polystyrene. Ia berfungsi sebagai bingkai foto dan juga boleh sebagai hiasan di rumah. Karya 3D ini terutamanya dihasilkan dengan menggunakan media iaitu besi dan polystyrene. Elemen-elemen yang telah dihasilkan melalui karya berfungsi lebih kepada arca stabail. Bagi tema dalam karya berfungsi ini merupakan tema masyarakat, Karya berfungsi ini telah mengaplikasikan kemahiran ukiran dari motif batik yang melalui warisan budaya Melayu. Dari segi maknanya, karya berfungsi ini adalah untuk menonjolkan budaya warisan budaya Melayu dan juga berfungsi sebagai bingkai foto. Karya berfungsi saya bertajuk Circle of Life adalah kerana saya menghasilkan karya berfungsi ini adalah untuk meletakkan gambar yang bermakna dalam kehidupan kami. Karya ini juga berfungsi untuk mengingatkan memori yang bermakna dalam kehidupan dengan meletakkan gambar dalam karya yang telah dihasilkan. Bagi asas seni reka dalam karya berfungsi ini, terdapat beberapa unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, warna dan juga jalinan. Bagi garisan, ia dapat dilihat melalui garisan melintang yang terdapat pada bingkai foto itu. Garisan juga telah dihasilkan melalui corak pada bingkai foto yang dihasilkan. Bagi menperlihatkan unsur masyarakat dalam karya berfungsi ini, karya ini telah mengaplikasikan unsur garisan untuk menghasilkan corak daripada batik orang Melayu. Bagi rupa, karya ini dapat dilihat rupa organik dalam karya berfungsi ini seperti corak yang telah diukir pada bingkai foto. Tidak dapat dinafikan bahawa unsur seni yang paling ketara diaplikasikan dalam karya berfungsi ini adalah bentuk. Karya berfungsi ini kelihatan dalam bentuk 3 dimensi. Karya ini juga banyak terlihat bentuk dengan gabungan bentuk bulat dan bentuk segi empat. Selain itu, karya berfungsi ini juga mengaplikasikan unsur warna bagi menonjolkan kecantikan hasilan karya. Karya berfungsi ini telah menggunakan warna panas dan warna sejuk. warna panas iaitu warna emas pada bingkai foto dengan juga gabungan warna lembut iaitu warna perak untuk menunjukkan kesan kontra. Aplikasi warna emas menjadi lebih kontra untuk karya berfungsi 3 dimensi supaya ia dapat kelihatan lebih menarik. Bagi unsur jalinan, karya berfungsi ini telah mengaplikasikan jalinan sentuh. Karya ini mempunyai jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan tangan. Contohnya, ukiran yang terdapat pada bingkai foto dapat menimbulkan kesan jalinan sentuh. Seterusnya, dalam asas seni reka, prinsip rekaan juga terdapat dalam karya berfungsi yang telah dihasilkan. Prinsip rekaan yang telah diaplikasikan dalam karya berfungsi ini ialah kontra, imbangan, kesatuan dan juga irama dan pergerakan.Karya 3d berfungsi ini telah mengaplikasikan prinsip kontra. Dalam karya ini, prinsip kontra diwujudkan kerana aplikasi warna yang telah menonjolkan bingkai foto dalam karya tersebut. Warna yang dihasilkan dalam karya telah menjadikan karya berfungsi ini lebih menonjolkan kegunaannya. Bagi prinsip imbangan, karya berfungsi ini telah mewujudkan keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan juga tumpuan perhatian. Melalui aplikasi prinsip imbangan, karya berfungsi ini kelihatan lebih sekata dan tidak membiarkan ruang kosong yang ketara. Karya berfungi ini juga mengaplikasikan imbangan simetri dari segi bentuk. Ini telah mewujudkan keseimbangan pada bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi yang sama. Dengan mengaplikasikan prinsip imbangan dalam karya berfungsi, karya ini akan lebih stabil, kukuh dan kelihatan lebih teratur. Bagi prinsip kasatuan, karya berfungsi yang dihasilkan telah menimbulkan kesatuan dengan tema masyarakat. Dengan gabungan unsur seni yang pelbagai, karya ini juga telah menunjukkan kasatuan secara keseluruhan. Tambahan pula, karya berfungsi ini telah menggunakan prinsip irama dan pergerakan. Susunan yang menarik telah dihasilkan dari segi bentuk. Dengan prinsip ini telah menjadi karya berfungsi lebih menarik. Karya berfungsi ini telah mengaplikasi pengulangan susunan bentuk yang sama telah menimbulkan kesan harmoni. Karya ini telah mengaplikasikan unsur pergerakan kerana karya berfungsi ini dapat bergerak dengan stabil. Karya ini juga dapat bergerak dengan pelbagai arah dan tidak mempunyai arah yang tertentu.