Refleksi

6
REFLEKSI Nama : Mohamad Azam bin Sadirin No. K/P : 920121-01-7071 Angka Giliran : 2012121340007 Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 (WAJ 3116) dengan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Dr. Hjh. Maskiah binti Hj. Masrom atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan lain yang banyak membantu dalam usaha untuk menyiapkan laporan ini serta ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyelesaikan laporan ini. Program Bina Insan Guru Fasa 6 (Lawatan Penanda Aras) telah dijalankan di Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (2) pada 12 Oktober 2014. Program ini telah disertai oleh seramai 14 orang siswa dan siswi guru daripada opsyen 6 PISMP BM/PJ/PM dan 23 orang siswa dan siswi guru daripada opsyen TESL 4. Lawatan penanda aras ini diwajibkan kepada semua guru pelatih yang menjalani latihan di setiap IPGM bagi memenuhi kehendak proforma kursus WAJ 3116 untuk melatih bakal guru yang kompeten serta menyediakan mereka untuk menjadi guru kelak.

description

hsn

Transcript of Refleksi

Page 1: Refleksi

REFLEKSI

Nama : Mohamad Azam bin Sadirin

No. K/P : 920121-01-7071

Angka Giliran : 2012121340007

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya akhirnya saya berjaya

menyiapkan laporan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 (WAJ 3116) dengan sempurna.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Dr. Hjh. Maskiah binti Hj. Masrom atas

segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan

lain yang banyak membantu dalam usaha untuk menyiapkan laporan ini serta ucapan terima

kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses

menyelesaikan laporan ini.

Program Bina Insan Guru Fasa 6 (Lawatan Penanda Aras) telah dijalankan di Sekolah

Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (2) pada 12 Oktober 2014.

Program ini telah disertai oleh seramai 14 orang siswa dan siswi guru daripada opsyen 6

PISMP BM/PJ/PM dan 23 orang siswa dan siswi guru daripada opsyen TESL 4. Lawatan

penanda aras ini diwajibkan kepada semua guru pelatih yang menjalani latihan di setiap IPGM

bagi memenuhi kehendak proforma kursus WAJ 3116 untuk melatih bakal guru yang kompeten

serta menyediakan mereka untuk menjadi guru kelak.

Hasil perbincangan bersama, kami dengan sebulat suara telah bersetuju memilih

Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (2). Hal ini kerana, hasil

pemerhatian dan pencarian sekolah kami dapati sekolah ini merupakan antara sekolah yang

terbaik di dalam negeri Johor ini. Sekolah ini juga memiliki barisan guru cemerlang mata

pelajaran iaitu seramai 6 orang guru cemerlang berkhidmat di sekolah tersebut. Hal ini sangat

bersesuaian dengan matlamat utama program iaitu mengadakan Lawatan Penanda Aras (Guru

Cemerlang). Setelah memilih sekolah yang akan kami lawati kami juga telah memilih tarikh

yang sesuai untuk menjalankan lawatan ini. Tarikh yang sesuai perlu kami cari agar tiada

sebarang program lain yang bertindih pada tarikh tersebut. Kami perlu memastikan tutor kami

Page 2: Refleksi

berkelapangan masa untuk turut serta dalam lawatan ini selain memastikan agar pihak sekolah

tidak terlibat dengan program-program lain yang boleh mengganggu perjalanan lawatan kami

ke sekolah tersebut. Beberapa pindaan tarikh telah pun dilakukan bagi memastikan setiap

daripada kami dapat mengikuti lawatan ini dengan jayanya.

Sepanjang mengikuti program ini banyak pengalaman baharu yang dapat saya timba

daripada program ini. Pelbagai ilmu telah diperolehi sepanjang saya mengikuti lawati ini.

Antaranya ialah dalam membentuk jati diri seorang guru yang berakauntabiliti, seorang guru itu

haruslah amanah, jujur dan bertanggungjawab dalam setiap tugas yang dijalankan. Kerjaya dan

tugas seorang guru memerlukan kegigihan dan keihklasan hati dalam mendidik anak muridnya.

Melalui program ini, saya dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru, membina hubungan

baik sesama masyarakat dan dapat mengenalpasti kelemahan serta kekuatan yang terdapat

dalam diri saya. Dari situ secara tidak langsung saya dapat memperbaiki kelemahan diri dan

mempertingkatkan kekuatan yang telah saya miliki. Pengalaman sebegini ternyata perlu dialami

oleh setiap individu yang bakal bergelar seorang guru bagi menyediakan fizikal dan mental

yang kuat untuk menangani sebarang masalah apabila berada di sekolah kelak.

Melalui sesi perkongsian bersama guru cemerlang saya mendapat banyak input baru

mengenai proses-proses untuk memantapkan diri dan seterusnya dianugerahkan gelaran guru

cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah

berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru.

Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengisi

borang guru cemerlang secara atas talian. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang

cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri

guru itu sendiri dan juga persekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang

iaitu mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa akan

datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik dan cemerlang.

Seterusnya, dalam proses untuk menjadi guru cemerlang pelbagai perkara yang

dijalankan mestilah didokumentasikan. Pendokumentasian ini termasuklah kajian tindakan,

lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar

( akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir

nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang

yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi

kecemerlangan subjek tersebut.

Page 3: Refleksi

Sewaktu mengikuti program ini, terdapat juga beberapa kekangan dan masalah yang

berjaya dikenalpasti sedikit sebanyak turut mengganggu kelancaran program ini. Kekangan

yang saya maksudkan adalah dari segi masa, tenaga dan komitmen kami semua. Ini telah

menyukarkan kami untuk menjayakan program tersebut. Kekangan masa ini termasuklah jadual

padat kami sepanjang minggu yang memaksa kami mengambil sedikit masa kuliah untuk

melaksanakan program BIG ini. Ditambah pula dengan kekangan masa daripada pensyarah

pembimbing kami sendiri. Selain itu, ketiadaan pengangkutan yang disediakan oleh pihak

institut juga menjadi cabaran bagi kami.

Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua siswa

guru pada awalnya kelihatan segan dengan Encik Abdullah. Semua siswa guru kelihatan malu-

malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun, selepas itu, semua

siswa guru bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing-masing tidak mahu melepaskan

peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini.

Namun, atas inisiatif daripada semua pihak, program ini berjaya diljalankan dengan

sempurna. Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa penambahbaikkan dan

cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan segala kertas kerja serta surat

menyuarat yang diperlukan seawal mungkin. Selain itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang

timbul telah diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak untuk menjalankan tugas supaya

tidak berlaku pertelingkahan antara satu sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa

yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk mengadakan program

tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan mudah dan

jelas.

Pada hemat saya, tugasan seperti ini sangat ironi dalam ruang lingkup saya yang mana

pada suatu hari nanti bakal bergelar pendidik. Kemahiran bermasyarakat dan komunikasi perlu

dikuasai oleh seseorang yang bergelar guru agar tidak kekok hidup dalam kelompok

bermasyarakat. Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau menyatakan bahawa seorang

guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa mengikuti peredaran semasa. Agen

perubahan yang dimaksudkan ialah boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat

serta dapat membetulkan sentimen minda masyarakat. Lawatan penanda aras ini amat penting

dijalankan oleh siswa dan siswi guru kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada

kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum

bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi

Page 4: Refleksi

sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips

kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada

dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah

ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus

cemerlang.

Tuntasnya, program ini telah memberikan banyak manfaat kepada saya dan semua

bakal guru. Secara peribadi, boleh saya katakan program ini telah dapat mencapai matlamat

dan objektif yang digariskan. Saya berharap agar beberapa kelemahan dapat ditambah baik

demi kebaikan semua pihak

Yang Benar,

___________________________

(MOHAMAD AZAM BIN SADIRIN)

Siswa Guru,

6 PISMP BM/PJ/PM