Refleksi Asraf

3

Click here to load reader

description

Just rujuk

Transcript of Refleksi Asraf

Page 1: Refleksi Asraf

REFLEKSI

( ASRAF BIN MOHD RAHMAT )

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi saya peluang untuk

menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan kerja kursus Kurikulum Pendidikan Matematik

( MTE 3102) ini merupakan cabaran bagi saya kerana buat pertama kalinya saya akan

menggunakan analisis dan mentafsir pendidikan dan kurikulum dalam konteks Malaysia

dan akhir sekali penghasilan Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber sehingga

mendapat pemahaman yang lengkap dan koheren inti dari kurikulum nasional dan

pendidikan matematik.

Di samping itu, saya mendapati tugasan ini banyak mengajar saya dan

memperbaiki kemahiran saya sebagai bakal guru terutamanya dalam bidang pemulihan

ini. Oleh yang demikian saya cuba mengatasi perasaan takut dan cuba berani

menyahut cabaran dalam melakukan tugasan yang telah diamanahkan pada saya ini.

Tambahan pula, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya lebih mengetahui

lebih terperinci mengenai penghasilan serta penggunaan analisis sampel dan mentafsir

pendidikan matematik dan kurikulum dalam malaysia. Analisis-analisis dan ujian ini

membantu saya mengenali para pelajar dengan lebih mendalam seperti mengetahui

latar belakang keluarga, masalah pembelajaran yang dialami, dan sebagainya. Bahkan

saya juga memperoleh ilmu tentang bagaimana untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di kelas pemulihan melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa

Program Berasaskan Sekolah (PBS) berlangsung.

Secara tidak langsung ia meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan. Ilmu dan

kemahiran ini amat penting bagi saya dalam usaha saya untuk menjadi seorang guru

pemulihan yang efektif dan efisien. Bukan mudah untuk mengajar para pelajar dalam

kelas pemulihan kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kemahiran

mengawal kelas yang baik di samping guru itu perlu peka tentang perkembangan dan

kelemahan para pelajarnya.

Page 2: Refleksi Asraf

Selain itu, banyak juga kekangan masa yang saya hadapi, contohnya banyak

aktiviti yang melibatkan saya seperti kadet remaja sekolah (KRS), Kokum dan kerja

kursus mata pelajaran lain. Pada mulanya, sebelum saya pergi PBS saya menghadapi

masalah dalam memperoleh maklumat hal ini kerana, banyak buku-buku rujukan di

perpustakaan Institut pendidikan Guru Darulaman (IPDA) yang telah di pinjam. Ketika

berada di Sabah, untuk menjalankan Program berasaskan Sekolah, masalah untuk

mendapatkan maklumat melalui internet pula timbul kerana masalah dengan line

internet.

Oleh itu, saya berusaha mendapatkan maklumat dengan pergi ke kedai

komputer untuk melayari internet. Selain itu juga, saya juga pergi ke perpustakaan

keningau sabah untuk mendapatkan maklumat tentang kerja kursus ini. Selama cuti

seminggu selepas program berasaskan sekolah, banyak kerja kursus yang perlu saya

siapkan, walaupun bercuti tetapi saya perlu menyiapkan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibubapa saya yang sering

membantu saya dari segi kewangan. Tidak lupa juga saya kepada rakan saya iaitu

nursyahida binti yunus dari kelas pemulihan dua yang membantu saya dari segi

memberi semangat untuk menyiapkan tugasan ini dan tidak jaga lupa kepada rakan

saya yang berada di Institut Perguruan Keningau sabah iaitu Nur machea yang

membantu saya mendapatkan bahan-bahan sampingan untuk kerja kursus ini.

Alhamdulillah melalui pengalaman ini saya berasa sungguh gembira kerana

walaupun keadaan yang sibuk saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan

tugasan ini dan tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan

sekumpulan saya itu, suzan dan kalaiyarasi yang bertungkus-lumus, berkerjasama

untuk menyiapkan tugasan ini.

Secara keselurahannya, sepanjang pelaksanaan tugasan bagi subjek

Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan (PKP 3106) ini saya telah menimba pelbagai

ilmu pengetahuan yang saya yakin mampu membantu usaha saya untuk menjadi

seorang guru yang berdedikasi, berwibawa dan dinamik pada masa akan datang. Saya

Page 3: Refleksi Asraf

juga sedar bahawa ilmu itu tiada sempadannya dan setiap ilmu itu ada manfaatnya

sendiri.

Oleh itu, sebagai pelatih guru saya sedar setiap ilmu yang diperolehi amat

berguna dan harus dipelajari tanpa mengira kepentigannya. Saya juga perlu lebih peka

tentang kaeadah-kaedah atau cara menagatsi masalah yang dapat saya aplikasikan

dalam membantu para pelajar dalam kelas pemulihan. Akhir sekali, saya sangat

bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah danrakan-rakan

dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.