Refleksi Big s1
-
Upload
wan-nur-syamimi -
Category
Documents
-
view
226 -
download
3
description
Transcript of Refleksi Big s1
NAMA : WAN NUR SYAMIMI BINTI WAN AZMI
NO K/P : 950405-11-5180
Kursus perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) ini adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan serta melatih guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Semester 1 untuk menimba seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai prosedur
untuk merancang dan menguruskan perkhemahan dengan baik serta memahami peraturan-
peraturan perkhemahan bagi memperlengkapkan diri dengan pengendalian perkhemahan pada
masa hadapan kelak. Selain itu, kursus perkhemahan ini juga adalah bertujuan memenuhi
syarat yang terkandung dalam kursus Kokurikulum PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2014.
Seramai 50 orang guru pelatih daripada kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) semester 1 telah menjadi ahli jawatankuasa bagi tujuan melaksanakan kursus
perkhemahan ini dengan bantuan para pensyarah dari unit GERKO. Kursus ini telah diadakan
selama 4 hari 3 malam pada 19 hingga 22 Noveber 2014 sebaik sahaja kami selesai
menjalankan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar iaitu menduduki peperiksaan akhir
tahun. Jelas sekali terpancar wajah kegembiraan para guru pelatih setelah habis peperiksaan
untuk pulang ke rumah, namun BIG kali ini telah membantut kegembiraan kami. Namun begitu,
perasaan keterujaan untuk berkhemah juga tersemat dalam hati kami. Sudah lama kami tidak
merasai alam perkhemahan yang mempunyai pelbagai jerit perih liku kehidupan.
Sebelum hari kejadian, satu perjumpaan telah diadakan untuk membincangkan
peralatan yang perlu dibawa dan mengagihkan kumpulan. Saya mendapat kumpulan yang
kelima yang terdiri daripada 8 orang ahli. Pada 19 November 2014, tepat jam 12.00 tengah hari,
kami berkumpul di astaka Khalid Al-Walid untuk mendengar taklimat perkhemahan sebelum
masuk ke tapak perkhemahan iaitu di PULAKO IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Di sana,
kami diberi taklimat tentang perjalanan semasa berkursus dan apa yang kami perlu lakukan
sebelum ke tapak perkhemahan. Kami bekerjasama mengangkut peralatan memasak dan
khemah ke tapak perkhemahan. Kerjasama yang diberikan menyebabkan urusan kami cepat
selesai. Inilah yang dikatakan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Setibanya di tapak
perkhemahan, aktiviti mendirikan khemah, khemah tempat memasak, dan gajet dimulakan.
Setiap khemah, hanya diduduki oleh 4 orang walhal keluasan khemah itu mencukupi untuk 6
orang tinggal. Keselesaan yang teramat sangat bagi kami. Kami telah membina dua biji gajet
1
dan menaikkkan 4 biji khemah untuk tempat memasak. Gajet tersebut digunakan untuk
meletakkan pinggan mangkuk yang selesai dibasuh.
Tepat jam 4 petang, aktiviti ‘ice breaking’ atau dipanggil pecahkan ais dimulakan dan
dikendalikan oleh Encik A.Jailani bin Che Abas. Tema KITA menjadi perkataan tema bagi
aktiviti tersebut. Betapa pentingnya untuk mengenali antara satu sama lain dan menjadi KITA
dikenali oleh orang lain. Dalam perkenalan tersebut juga, kami diagihkan mengikut bulan
kelahiran,dan warna baju yang kami pakai. Pada masa tersebut, saya memakai baju warna
merah jambu yang menjadi warna kegemaran saya. Encik Jailani memberitahu satu karakter
tentang peminat warna merah jambu bahawa psikologi ada mengatakan bahawa penggemar
warna ini suka menyidai pakaian secara terbalik dan itu bertepatan dengan saya. Saya
berpendapat bahawa kajian psokologi ini kebiasaannya hampir betul. Pada hari ini, saya juga
dapat mengutip satu pengajaran yang sangat bermakna iaitu bersosial dengan masyarakat
akan memudahkan kerja kita dalam masyarakat. Hal ini kerana, kita sebagai manusia tidak
dapat hidup tanpa kawan memandangkan manusia ialah golongan yang hidup berkumpulan
atau dipanggil berjemaah, berorganisasi dan besosial. Sebagai contoh, dalam sesuatu kelab.
Tidak ada dalam satu kelab hanya ada seorang ahlinya, tetapi ia mempunyai ramai ahli.
Sebagai contoh, dalam BIG kali ini, encik telah mengarahkan kami untuk membuat satu ‘cheer
song’ untuk semester kami iaitu PISMP Semester 1. Pada mulanya, tepukan kami tidak
diterima. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk berbincang mengikut kumpulan dan memilih
tepukan yang terbaik. Itulah cara yang terbaik untuk membuat perbincangan. Saya begitu
gembira kerana kumpulan saya mendapat pilihan ramai dan dijadikan sebagai tepukan
semester kami. Hal ini membuat saya terfikir bahawa sesuatu yang terbaik, akan menjadi ikutan
kepada orang lain. Hal ini bertepatan dengan kerjaya sebagai seorang guru yang harus menjadi
‘role model’ kepada anak murid. Jadi, sikap yang terbaik harus ditunjukkan agar menjadi
teladan kepada anak didik nanti. Hal ini kerana, segala tindak tanduk yang dilakukan bakal
menjadi model. Anak-anak ini ibarat kain putih, jadi kita sebagai seorang guru haruslah
mencorakannya. Jika corak itu cantik, maka cantiklah anak itu, jika sebaliknya terjadi, maka
sebaliknya yang akan berlaku.
Saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala
aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dalam masa yang ditentukan. Hal ini
penting kerana jika sesuatu aktiviti itu dijalankan secara tertangguh, maka ia akan menjejaskan
aktiviti yang seterusnya dan terpaksa melaksanakan aktiviti dengan cara tergesa-gesa tanpa
penghayatan yang baik. Hal ini akan menyebabkan kurangnya penghayatan dalam diri dan
2
impak yang kurang berkesan. Oleh yang demikian, pada kesokkan harinya, kami mulakan hari
kami seawal jam 5.00 pagi dengan persiapan untuk solat subuh dan aktiviti seterusnya. Kami
mulakan hari ini dengan solat subuh secara berjemaah dan tazkirah subuh. Seterusnya, aktiviti
senaman pagi yang diketuai oleh beberapa orang guru pelatih. Pendek kata, saya berpendapat
bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan
sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.
Aktiviti utama kami pada hari ini ialah Bantu Mula Air iaitu berenang di dalam Tasik
Terenggun dengan pemakaian Jaket Keselamatan. Pada aktiviti kali ini, saya dapat menambah
ilmu pengetahuan. Pada sebelum ini, saya tidak tahu cara pemakaian dan fungsi-fungsi yang
berada pada jaket keselamatan itu. Namun, setelah diberi pendedahan, saya dapat
mengetahuinya dengan lebih lanjut. Saya dapat simpulkan bahawa mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan amat penting. Hal ini demikian kerana untuk memastikan
keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku
seperti lemas dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya pelajari bahawa kita haruslah
mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan kerana pasti ada sebab
dan rasionalnya kita harus berbuat demikian. Tiada peraturan dan undang-undang yang direka
hanya untuk omongan kosong atau sia-sia. Sebagai contoh, sebelum kami memulakan aktiviti,
kami diberi taklimat ringkas dan peraturan yang kami perlu patuhi oleh Encik Abdul Ramit bin
Sulaiman, Ketua Unit GERKO tentang aktiviti hari ini. Dalam taklimatnya, beliau telah
menegaskan tentang pemakaian jaket keselamatan dan tatacara ketika berada di dalam air
seperti jangan terlampau galak dan tidak celupar. Oleh itu, saya bersyukur kerana dengan
arahan jelas yang diberi, saya dapat selamat menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.
Di samping itu, ia dapat melatih sikap-sikap yang positif dalam diri saya seperti jangan
cepat berasa cemas apabila berada dalam sesuatu situasi. Hadapilah dengan tenang dan sabar
mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini dapat diaplikasikan dalam menjadi seorang guru.
Contohnya, kita mendapat pelajar yang bermasalah. Jangan cepat menghukum seorang pelajar
itu, tetapi berusahalah dengan sabar untuk mendidik murid tersebut. Hal ini kerana, mereka
inginkan perhatian dan kasih sayang yang sebenarnya. Bersabarlah dalam mendidik anak
bangsa kerana pasti ada keindahan yang wujud diakhirnya. Ia juga dapat dikaitkan dengan
aktiviti air ini, apabila saya tidak cepat melatah dan bersabar, saya dapat aplikasikan aksi-aksi
yang ditunjukkan oleh pensyarah dengan baik dan dapat merentasi tasik Terenggun itu. Selain
itu, saya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri saya sendiri. Sebelum saya menjalani aktiviti
ini, hati saya sentiasa terdetik menanyakan tentang kemampuan saya. Adakah aku mampu
3
merentasi tasik ini, adakah aku mampu terapung dan sebagainya. Oleh itu, saya dapat
meningkatkan keyakinan dalam diri saya dan kini saya berani untuk tempuhi pelbagai lagi
cabaran dan dugaan pada masa hadapan dengan baik, insyaa-Allah.
Tambahan pula, saya dapat meningkatkan semangat dan memahamkan saya tentang
kerjaya dan pengorbanan seorang guru dengan lebih lanjut setelah menyertai LDK 2 bersama
Encik Khazali bin Ismail. Beliau menyatakan bahawa guru merupakan seorang yang berilmu
tinggi dan dipandang mulia. Betapa tingginya pengorbanan yang ada dalam diri seorang guru.
Saya paling ingat satu tayangan video yang ditayangkan oleh beliau yang mengisahkan
seorang guru yang dihantar untuk mengajar di sebuah kawasan pedalaman yang jaraknya 200
km lebih daripada pekan dan terpaksa menjalani pelbagai cabaran dalam perjalanan untuk
sampai ke sekolah. Situasi ini begitu mencabar diri saya dan menaikkan semangat saya untuk
menjadi seorang guru yang berjiwa kental dan lebih bersemangat.
Seterusnya, BIG kali ini juga telah memberi pengetahuan tentang keindahan flora dan
fauna yang terdapat di atas bumi ini. Hal ini kerana, kami telah dibawa untuk melakukan aktiviti
kembara Flora dan Fauna di Hutan Simpan Terenggun. Oleh itu, saya berpeluang untuk melihat
banyak tumbuhan yang tidak pernah saya lihat selama ini dan kami juga beruntung kerana
dapat melihat binatang siamang bermain di dalam hutan. Pada kali ini, saya dapat
menyarapkan sikap tidak berputus asa. Perjalanan di dalam hutan memakan masa 2 jam dan
memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana jaraknya agak jauh dan berbukit bukau. Aktiviti
ini dapat diaplikasikan dalam karier sebagai seorang guru iaitu guru tidak boleh cepat berputus
asa dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna. Saya percaya dan
berpegang kuat kepada prinsip kita haruslah berani mencuba sesuatu yang baharu dan tidak
mengalah kalah sehingga kita mencuba dengan sedaya upaya. Selain itu, saya dapat
menyerapkan sikap berhati-hati. Memandangkan sekarang merupakan musim hujan, jadi
terdapat sedikit kesukaran ketika berjalan kerana tanahnya licin. Jadi, kami dikehendaki berhati-
hati ketika berjalan agar tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Hal ini juga dapat
dikaitkan dalam karier perguruan, bahawa guru hendaklah berhati-hati dalam menyampaikan
ilmu kepada anak bangsa. Pepatah ada mengatakan, jika seorang doktor salah mengubati,
hanya seorang sahaja yang akan mati, tetapi jika seorang guru salah mendidik, satu generasi
akan hancur. Maka, guru hendaklah berhati-hati dalam mendidik anak bangsa.
Kursus BIG juga dapat mencugkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri
seseorang, sebagai contoh, saya baru tersedar bahawa saya juga boleh berlakon memberi
4
idea-idea yang baik untuk memastikan kumpulan saya merupakan kumpulan yang terbaik dan
dapat menghiburkan ramai orang. Akhirnya, saya dan ahli kumpulan saya dapat menyampaikan
sebuah persembahan yang menarik perhatian ramai dan saya tidak lagi gementar ketika
menyampaikan persembahan. Selain itu, bakat memasak juga dapat dicungkil dalam diri setiap
pelajar. Hal ini kerana, kami diminta untuk memasak sendiri menggunakan bahan-bahan yang
telah diberikan. Saya juga sudah mahir memasak nasi secara manual. Jadi, saya berpendapat
bahawa BIG dapat mencungkil bakat dan kebolehan yang sudah lama terpendam dalam diri
setiap orang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkan potensi tersebut. Jadi, kita sebagai
seorang guru hendaklah memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi,
bakat, dan kebolehan mereka agar ia boleh dikembangkan dan menjadi modal insan yang
berguna kepada bangsa, masyarakat dan negara.
Saya juga sedar, kita haruslah bertanggugjawab dalam semua perkara yang telah
diamanahkan untuk kita. Sepanjang kursus ini dijalankan, saya dilantik menjadi penolong ketua
kumpulan, jadi saya hendaklah memastikan kumpulan saya adalah yang terbaik. Selain itu,
setiap kumpulan juga diamanahkan untuk menjadi ‘police centri’ untuk memastikan keadaan
tempat kursus terkawal dan selamat. Jadi, jika kita seorang yang beramanat, kita akan
menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam diri saya sepanjang dalam kursus ini
iaitu saya kurang mempunyai keyakinan dalam diri saya. Namun, dengan motivasi daripada
sahabat- sahabat dan para pensyarah, saya menjadi berani dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi. Sebagai contoh, ketika melakukan aktiviti air. Pada mulanya, saya tidak yakin dan
selalu ingin berpaut pada kawan-kawan saya. Namun setelah mendapat sokongan dan
saranan, saya menjadi berani dan berasa gembira dengan aktiviti air ini sehinggakan tidak
mahu berhenti untuk melakukan aktiviti ini. Selain itu, saya tidak mahir dalam memasak. Saya
hanya mengikut apa yang disuruh oleh rakan-rakan seperti apa yang perlu dimasukkan ke
dalam ramuan tersebut, memotong bawang dan sewaktu dengannya. Namun demikian, saya
telah tahu beberapa resepi yang mudah untuk digunakan ketika memasak.
Bagi cara-cara penambahbaikkan pula, saya berpendapat bahawa, slot-slot yang
mencabar IQ harus dilaksanakan seperti permainan stesen, main peranan dan sebagainya.
Dalam permainan stesen, setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan tugasan mengikut
stesen yang telah diberikan. Oleh itu, semangat kerjasama antara kumpulan dapat dipraktikkan
dengan lebih baik, lantas dapat menguji ketabahan peserta menyelesaikan masalah dalam
5
tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, masa yang diperuntukkan agak sedikit.
Sememangnya peruntukan 4 hari 3 malam bagi kusus BIG tidak mencukupi kerana banyak ilmu
yang dapat diperolehi melalui kursus ini. Alangkah baiknya jika kursus ini ditambah sehari lagi
menjadi 5 hari 4 malam supaya masa untuk setiap aktiviti yang dirancang mencukupi dan
mendapat kesan yang semaksimum mungkin.
Akhir sekali, jutaan setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak IPGKTAA kerana
memberi peluang kepada kami untuk menyertai Bina Insan Guru ini terutamanya kepada unit
GERKO yang bertungkus-lumus menjayakan BIG pada kali ini. Tidak lupa juga kepada mentor
kami, Puan Norziana binti Jasman yang sudi meluangkan masa bersama kami sepanjang
kursus ini dilaksanakan. Sesungguhnya, kursus ini memberi seribu manfaat yang bermakna
untuk menjadi seorang guru yang berjiwa kental dan tabah menghadapi segala cabaran dan
situasi yang berlaku. Ini bermakna, kita dapat melatih diri dengan pelbagai situasi dan dapat
menyesuaikannya dengan pelbagai situasi. Jadi, tidak ada masalah bagi seorang guru untuk
menjalankan amanah sebagai seorang guru.
Kesimpulannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah mencapai
matlamat untuk membentuk insan guru yang sempurna dan seimbang dari pelbagai aspek.
Ternyata, banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa
BIG ini. Saya akan gunakan pengalaman dan pengetahuan ini dengan sebaik mungkin agar
dapat menjadi guru yang berdedikasi dan cemerlang pada masa hadapan. Saya berharap, saya
masih berpeluang untuk menyertai kursus seperti ini pada masa akan datang. Saya berasa
amat seronok dan teruja sepanjang kursus BIG ini dilaksanakan. Terima kasih kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyertai kursus BIG ini.
6