REFLEKSI INDIVIDU

5
REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM KHIDMAT SISWI “SEDETIK BERSAMA SEABAD TERASA” (SASA’) NAMA : DG RAFIDAH BINTI PIUT NO. I/C : 931219-12-6464 Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas nikmat dan rahmat-Nya dapat kami meneruskan kehidupan sehingga pada saat ini. Saya bersyukur kerana dengan izin Allah, saya dipermudahkan untuk menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Norshidah Binti Abu Husin kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan bagi kursus PKU 3123 Pemulihan Dalam Komuniti ini. Alhamdulillah, berakhir sudah program bagi subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu Program Khidmat Siswi “Sedetik Bersama Seabad Terasa” (SASA’) yang telah berlangsung selama 4 hari iaitu pada 5-8 Oktober 2015. Kursus ini merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh siswi pendidik program PISMP pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran semester 6. Kursus ini mewajibkan kami melaksanakan satu aktiviti kemasyarakatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah tangunggjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat. Projek tersebut perlu dilaksanakan dalam kumpulan

description

refleksi

Transcript of REFLEKSI INDIVIDU

Page 1: REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU

PROGRAM KHIDMAT SISWI “SEDETIK BERSAMA SEABAD TERASA” (SASA’)

NAMA : DG RAFIDAH BINTI PIUT

NO. I/C : 931219-12-6464

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas

nikmat dan rahmat-Nya dapat kami meneruskan kehidupan sehingga pada saat ini. Saya

bersyukur kerana dengan izin Allah, saya dipermudahkan untuk menyempurnakan tugasan

ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan

jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan,

panduan, material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan

tugasan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada

pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Norshidah Binti Abu Husin kerana telah banyak

memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada saya sepanjang

menyiapkan tugasan bagi kursus PKU 3123 Pemulihan Dalam Komuniti ini. Alhamdulillah,

berakhir sudah program bagi subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu Program

Khidmat Siswi “Sedetik Bersama Seabad Terasa” (SASA’) yang telah berlangsung selama 4

hari iaitu pada 5-8 Oktober 2015.

Kursus ini merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh siswi pendidik

program PISMP pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran semester 6.

Kursus ini mewajibkan kami melaksanakan satu aktiviti kemasyarakatan di Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti di bawah tangunggjawab Jabatan Kebajikan

Masyarakat. Projek tersebut perlu dilaksanakan dalam kumpulan kecil dan saya

merupakan ahli kumpulan 1. Kami perlu menyelesaikan tugasan ini dalam tempoh masa

yang telah ditetapkan.

Selain daripada merancang dan menyiapkan projek, kuliah juga perlu dihadiri oleh

siswi pendidik PISMP bagi melengkapkan diri kami dengan pengetahuan asas mengenai

PDK secara umumnya. Perbincangan dengan pihak PDK juga perlu dilakukan bagi

memastikan program yang bakal dirancang dipersetujui bersama bagi mengelakkan

daripada berlaku beberapa insiden yang tidak diingini. Projek yang dirancang haruslah

melibatkan bukan sahaja golongan OKU yang ditempatkan di PDK malah perlu melibatkan

anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada OKU didedahkan dengan komuniti

setempat. Laporan setiap program dan aktiviti yang dijalankan harus dibuat dan

Page 2: REFLEKSI INDIVIDU

diserahkan kepada pensyarah sebagai bahan bukti pelaksanaan projek yang telah

dilakukan.

Dalam menjalankan dan menjayakan aktiviti tersebut kolabarasi dan

perbincangan awal bersama ahli jawatankuasa pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

telah dilaksanakan pada 2 bulan sebelumnya bagi melicinkan program yang

bakal dijalankan. Perbincangan yang dilakukan adalah penting dalam membincangkan

aktiviti yang dijalankan adalah sesuai dengan latar murid dan latar tempat pusat tersebut.

Pengalaman saya perolehi dalam menjayakan program yang dirancang ini adalah

sangat bermakna. Interaksi sosial antara saya dengan guru-guru, penyelia, pelatih-pelatih

PDK dan masyarakat dipersekitaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti memberikan

saya keyakinan yang tinggi bagi saya dalam menempuhi alam pekerjaan saya sebagai guru

pada masa kini. Pengetahuan dan pengalaman ini membolehkan saya mengaplikasikan

kemahiran dan pengalaman yang telah saya pelajari untuk disekolah nanti. InsyaAllah.

Program pada kali ini memberi peluang kepada saya untuk memegang jawatan

sebagai bendahari. Semasa menjalankan tugas terdapat beberapa masalah terutama dari

segi sokongan daripada stor pusat. Disebabkan itu, saya dan ahli kumpulan lain perlu

merancang idea lain untuk mendapatkan dana menampung perbelanjaan kami namun

masih lagi mengutip yuran yang rendah iaitu sebanyak RM10. Kumpulan kami berhasil

melaksanakan jualan selama 5 hari dan berjaya mengutip untung jualan sebanyak RM 593

dan mendapat sumbangan dari pihak luar serta pelajar lain sebanyak RM183.

Alhamdulillah. Apa yang dapat saya belajar dari pengalaman memegang jawatan sebagai

bendahari dan juga berada dalam kumpulan saya ini adalah dari segi kerjasama dalam

kalangan kami. Kerjasama dari semua ahli kumpulan yang sentiasa menjalankan

tanggungjawab mencari dana dan berniaga tanpa mengenal penat lelah masing-masing

merupakan kenangan manis yang tercipta dalam kalangan kami. Selain itu, walaupun saya

merupakan ahli kumpulan unit Homebase, tapi kami juga bersama-sama menjalankan

semua tugas semua unit iaitu Keceriaan dan Akademik. Melalui itu juga dapat membuktikan

kerjasama antara kami sangat baik.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang perlu

diperbaiki terutamanya dalam aktiviti keceriaan. Kesan daripada kekangan masa

yang saya hadapi aktiviti keceriaan ini terbantut dengan kami kekurangan bahan

untuk

menyelesaikan kerja-kerja menghiasi kawasan PDK dengan ketetapan masa yang

telah dijadualkan. Kejadian ini berlaku kerana semasa aktiviti keceriaan, apa yang dirancang

tidak sama dengan permintaan pihak PDK yang tiba-tiba. Saya dan rakan terpaksa

membeli semula bahan-bahan keceriaan yang diperlukan dan ini melibatkan

kewangan dan masa untuk meneruskan akitiviti tersebut. Untuk memperbaiki kelemahan

Page 3: REFLEKSI INDIVIDU

yang ada, saya mencadangkan pada masa akan datang untuk mengatasi masalah seperti

yang telah dialami adalah dengan membuat penilaian keperluan bahan yang lebih tepat

supaya kekurangan bahan semasa aktivti berjalan dapat diatasi. Dengan penyelesaian

begini tempoh masa yang telah dijadualkan untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti dapat

diikuti.

Penggalaman saya semasa di sekolah mengajar kanak-kanak berkeperluan

khas adalah amat berbeza sama sekali dengan aktiviti lawatan ‘home based’ ini.

Kesudian mereka membawa saya dan rakan-rakan untuk menjalankan aktiviti ‘home

based’ banyak membantu saya dalam menjalankan aktiviti terapi terhadap pelatih tersebut.

Kekurangan ilmu mengenai terapi banyak dibantu oleh penyelia, guru-guru dan keluarga

pelatih itu sendiri dimana saya banyak mendapat pengetahuan untuk menguruskan

golongan OKU mendapatkan khidmat terapi. Selain itu saya juga telah mendapat

banyak infomasi berkaitan masalah kesihatan, kos perubatan yang telah dibelanjakan untuk

membantu anak beliau menjalani kehidupan seharian. Beliau telah memaklumkan kepada

saya mengenai susu yang digunakan oleh anak beliau dimana susu khas itu adalah sangat

mahal dan sukar didapati. Ini kerana susu yang diberikan mempunyai kandungan khas

untuk mengatasi masalah anak beliau yang menghadapi masalah kekejangan.

Disebalik kelebihan dan kekuatan yang dimiliki, saya tidak terlepas dari

kelemahan yang dihadapi sepanjang aktiviti ‘home based’ berlangsung. Walaupun saya

bekerjaya sebagai guru pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah penguasaan ilmu

mengenai khidmat terapi sangat membataskan saya dalam menjalani program

‘home based’ ini. Kelemahan ini memberi tekanan kepada saya untuk memberi khidmat

terapi yang terbaik kepada anak beliau. Demi memperbaiki kelemahan yang ada saya

bertekad untuk memperolehi ilmu perkhidmatan terapi yang berguna untuk

pembangunan perkembangan psikomotor kanak-kanak berkeperluan khas.

Kesimpulan daripada program tiga hari yang telah dijalankan di Pusat Pemulihan

Dalam Komuniti Seri Pengasih, Durian Tunggal ini banyak memberikan pengalaman

dan pengetahuan kepada saya dalam aspek pengurusan sesebuah organisasi. Pendedahan

dalam aspek membina kertas kerja serta mencari tajaan merupakan antara kemahiran yang

telah saya pelajari. Pendedahan membina kertas kerja dan mengumpul dana

membolehkan saya mengaplikasikan dalam membina sebuah program pada masa

akan datang dan juga disekolah nanti.

Selain itu juga, kemahiran komunikasi saya dengan masyarakat luar

dapat

ditingkatkan. Keyakinan berinteraksi dengan pihak luar dapat saya tingkatkan apabila saya

melakukan perbincangan bersama ahli jawatankuasa pusat pemulihan dalam

komuniti, masyarakat dan ahli jawatan kuasa lain dalam melicinkan aktiviti yang

Page 4: REFLEKSI INDIVIDU

dirancang. Meningkat keyakinan dan kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu faktor

yang penting dalam membentuk guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sifat kerjasama di antara ahli jawatankuasa juga dapat ditingkatkan. Ini dapat dilihat

dengan aktiviti yang dijalankan dilakukan secara bersama contohnya seperti

aktiviti keceriaan, gotong-royong dan program ceramah. Saya bersama dengan ahli

jawatankuasa yang lain bertungkus-lumus senang dan susah dalam

melaksanakan

sesuatu aktiviti, bak kata pepatah ‘berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’. Disamping

itu juga, daya kepimpinan saya sebagi penyelaras program juga dapat diasah.

Contohnya dalam memutuskan sesuatu tindakan dan mengeluarkan satu arahan kepada

ahli jawatankuasa bagi membolehkan aktiviti yang dijalan dapat dijalankan dengan

sempurna dan jayannya.