REFLEKSI INDIVIDU

download REFLEKSI INDIVIDU

of 3

description

jj

Transcript of REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.

Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Felda Teloi Timur itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang program Bina Insan Guru di tempat tersebut.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Walaupun dewan telah disediakan namun, proses kedatangan murid-murid merangkap adik angkat kami turut terganggu. Mereka terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti baru dapat hadir ke dewan dan ini secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah dirancang.

Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam kami berada disana masa kami bersama adik-adik angkat tidak banyak. Kami hanya dapat berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan juga pada sebelah malam. Kebanyakan masa kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti yang lain.

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika pemilihan terikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru apabila dihantar mengajar kelak. Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi.

Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.