Refleksi Individu Asyraf

2
REFLEKSI INDIVIDU Pada hari kami mendapat tugasan ini saya berasa agak terkejut kerana pada diawal pengajian lagi kami sudah diberikan tugasan. Hal ini demikian kerana, kebiasaannya kami mendapat tugasan apabila berada dipertengahan pengajian iaitu sebelum cuti penggal. Namun begitu saya cuba memahami bahawa saya sudahpun berada dalam progam ijazah dan bukan lagi program persediaan. Kemudian saya cuba untuk memahami kehendak tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami, pada mulanya saya sememangnya memahami kehendak tugasan itu tetapi setelah melihat nota dan bahan yang dikumpul untuk menyiapkan tugasan tersebut saya berasa agak keliru kerana terlalu banyak untuk dilakukan bagi menyiapkan tugasan tersebut. oleh itu, saya dan ahli kumpulan bersepakat untuk berjumpa dengan pensyarah kami iaitu Encik Saifudin Azam Shah bin Ahmad untuk bertanyakan soalan dan cuba mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci agar kami dapat menyelesaikan tugasan tersebut dengan lebih mudah. Pesyarah kami sememangnya komited dan cuba membantu kami selagi yang boleh. Setelah mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci akhirnya kami memahami kehendak tugasan, yang diberikan dan seterusnya kami membahagikan tugas masing-masing agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan lebih mudah serta mewujudkan satu semangat kerjasama dalam pasukan kami. Setelah mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan bahagian masing-masing akhirnya saya berjaya juga menyiapkan bahagian saya. Kemudian, kami berkumpul bersama untuk menggabungkan hasil kerja kami dan melengkapkan

description

KKP Ilmu Pendidikan 2010TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Transcript of Refleksi Individu Asyraf

Page 1: Refleksi Individu Asyraf

REFLEKSI INDIVIDU

Pada hari kami mendapat tugasan ini saya berasa agak terkejut kerana pada

diawal pengajian lagi kami sudah diberikan tugasan. Hal ini demikian kerana,

kebiasaannya kami mendapat tugasan apabila berada dipertengahan pengajian iaitu

sebelum cuti penggal. Namun begitu saya cuba memahami bahawa saya sudahpun

berada dalam progam ijazah dan bukan lagi program persediaan. Kemudian saya cuba

untuk memahami kehendak tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami, pada

mulanya saya sememangnya memahami kehendak tugasan itu tetapi setelah melihat

nota dan bahan yang dikumpul untuk menyiapkan tugasan tersebut saya berasa agak

keliru kerana terlalu banyak untuk dilakukan bagi menyiapkan tugasan tersebut. oleh

itu, saya dan ahli kumpulan bersepakat untuk berjumpa dengan pensyarah kami iaitu

Encik Saifudin Azam Shah bin Ahmad untuk bertanyakan soalan dan cuba

mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci agar kami dapat menyelesaikan

tugasan tersebut dengan lebih mudah. Pesyarah kami sememangnya komited dan cuba

membantu kami selagi yang boleh. Setelah mendapatkan penjelasan yang lebih

terperinci akhirnya kami memahami kehendak tugasan, yang diberikan dan seterusnya

kami membahagikan tugas masing-masing agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan

lebih mudah serta mewujudkan satu semangat kerjasama dalam pasukan kami.

Setelah mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan bahagian masing-masing

akhirnya saya berjaya juga menyiapkan bahagian saya. Kemudian, kami berkumpul

bersama untuk menggabungkan hasil kerja kami dan melengkapkan segala kandungan

yang diperlukan dalam tugasan KKBI kami ini. Akhirnya kami berjaya menyiapkan

tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam tempoh yang

diberikan. Saya berasa amat lega sekali kerana walaupun terdapat pelbagai masalah

dan ketidakfahaman namun kami berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan.

Selain itu saya juga berasa cukup gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli

kumpulan saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap orang

yang telah membantu saya ketika menyiapkan tugasan ini.

Sekian,

MUHAMAD ASYRAF BIN MUHAMAD LUDIN

Page 2: Refleksi Individu Asyraf