Refleksi Islam

3
REFLEKSI Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus SJH 3123 Sejarah Islam Sehingga Daulah Abbasiyah. Saya Shamini a/p Ramadas sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya disempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika pensyarah Encik. Mahayudin bin Mohamad Nor. Kerana beliau telah banyak mendorong dan memberi pendedahan yang jelas tentang tugasan ini. Selain itu, rakan-rakan juga telah memberi banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Pada awalnya saya tidak menghadapi masalah kerana rakan-rakan saya juga dikehendaki membuat kerja kursus yang sama. Ini akan membantu saya jika saya menghadapi masalah. Saya juga mula mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Saya juga mahu isi daripada produk kawan-kawan saya. Ketika proses mencari maklumat mengenai kerja kursus ini, banyak faedah yang berguna telah saya ketemui untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah melakukan banyak rujukan dan perbincangan bersama pensyarah serta rakan-rakan, saya mula mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah Islam. Saya telah mempelajari subjek ini semasa saya berada dalam tingkatan 4. Namun begitu, saya tidak begitu mahir mengenai sejarah islam. Saya telah mengetahui pelbagai maklumat dan informasi mengenai sejarah Islam sehingga Daulah Abbasiyah melalui kerja kursus ini. Saya juga menyedari kepentingan subjek ini terhadap diri saya dalam meneruskan usaha saya untuk menjadi seorang guru sejarah yang mantap dari segi ilmu pengetahuan. Semasa proses menyelesaikan kerja kursus ini, terdapat beberapa cabaran yang saya hadapi seperti kesukaran untuk membahagikan masa dengan perkara-perkara lain pada

description

sem 6

Transcript of Refleksi Islam

Page 1: Refleksi Islam

REFLEKSI

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus SJH

3123 Sejarah Islam Sehingga Daulah Abbasiyah. Saya Shamini a/p Ramadas sangat berbesar

hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya disempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku

jika pensyarah Encik. Mahayudin bin Mohamad Nor. Kerana beliau telah banyak mendorong

dan memberi pendedahan yang jelas tentang tugasan ini. Selain itu, rakan-rakan juga telah

memberi banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Pada awalnya saya tidak menghadapi masalah kerana rakan-rakan saya juga

dikehendaki membuat kerja kursus yang sama. Ini akan membantu saya jika saya menghadapi

masalah. Saya juga mula mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus ini.

Saya juga mahu isi daripada produk kawan-kawan saya. Ketika proses mencari maklumat

mengenai kerja kursus ini, banyak faedah yang berguna telah saya ketemui untuk diri saya

sebagai bakal guru. Setelah melakukan banyak rujukan dan perbincangan bersama pensyarah

serta rakan-rakan, saya mula mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah Islam. Saya

telah mempelajari subjek ini semasa saya berada dalam tingkatan 4. Namun begitu, saya tidak

begitu mahir mengenai sejarah islam. Saya telah mengetahui pelbagai maklumat dan informasi

mengenai sejarah Islam sehingga Daulah Abbasiyah melalui kerja kursus ini.

Saya juga menyedari kepentingan subjek ini terhadap diri saya dalam meneruskan

usaha saya untuk menjadi seorang guru sejarah yang mantap dari segi ilmu pengetahuan.

Semasa proses menyelesaikan kerja kursus ini, terdapat beberapa cabaran yang saya hadapi

seperti kesukaran untuk membahagikan masa dengan perkara-perkara lain pada awalnya.

Salah satu daripadanya adalah pratikum. Memandangkan saya berada dalam semester 6, saya

diwajibkan berprakitum. Saya menghadapi kesusahan dalam membahagikan masa dengan

praktikum dan kerja kurus ini.Walaubagaimanapun saya dapat menyelesaikan projek saya

apabila saya dapat masa terlampang.

Namun begitu, saya amat menyedari bahawa semua ini merupakan latihan awal untuk

saya terus menjadi lebih matang dan mampu menguruskan masa dengan baik kelak. Tidak

dinafikan terdapat juga tekanan emosi ataupun stress yang saya alami semasa melaksanakan

kerja kursus ini, tetapi atas sokongan dan nasihat daripada sahabat-sahabat saya seperti telah

disuntik dengan semangat baru dalam diri saya. Hal ini juga melatih saya supaya tidak

mencampur adukkan emosi saya dengan kerja yang saya lakukan supaya hasil kerja yang

berkualiti sentiasa dapat diwujudkan. Jadi, di sini saya dapat menyedari bahawa ketahanan

Page 2: Refleksi Islam

mental merupakan salah satu kriteria yang amat penting pada seorang guru. Tambahan pula,

saya tidak mengetahui cabaran yang bakal ditempuhi pada masa akan datang jadi saya perlu

sentiasa bersedia. Akhirnya setelah siap rak fail saya, saya kini dapat mengenal pasti

kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahanyang terdapat pada hasil kerja saya ini

Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih semangat untuk mempelajari lebih

banyak kmalumat dan pengetahuan daripada pensyarah En. Mahayudin bin Mohamad Nor

yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengajaran ini. Tugasan ini mendorong

saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti di sekolah nanti. Saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk

menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali saya sangat berpuas hati kerana dapat menghantar

tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih.