Refleksi Kendiri Big Fasa III

3
 REFLEKSI KUMPULAN UNTUK BIG FASA 3 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kelas PPG Sains 1 telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) fasa ke tiga bagi tahun 201! BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di S" #alan $atang Buluh, Bagan Serai, Perak! Pr%gram Bina Insan Guru &asa III ini benar' benar telah member i kami banyak inut yang amat berguna k eada kami untu k diali kas ikan dalam ke hidu an sehar ian terutaman ya ke hidu an kami dalam r%fesi%n erguruan! Pada tarikh yang telah ditetakan, kami seramai 2 %rang guru PPG Sains 1 Semester telah menjalankan Pr%gr am B ina In san Guru(BIG) di S" #alan $atang Buluh! Pr%gram ini disertai %leh elajar darjah * dan yang seramai hamir + %rang ! Pr%gram BIG ini telah bermula ada jam -!00 agi di mana r%gram dimulakan dengan u.aan aluan dan erasmian %leh /n.ik aduan B thman, Guru Besar S" #alan $atang Bul uh! " emu dian, r %gr am dit eru sk an den gan .er amah Peng u.a an A3am yang dis am aik an %leh /n.ik Abdu l Ai B #amaludin Pega3ai  4 ekn%l%gi Pendidik an, Bahagian 4 ekn%l%gi Pendidik an 5egeri Perak! Pen.eramah mem%h%n maaf kerana menukarkan tajuk .eramah dariada "esantunan Bahasa keada Pengu.aan A3am kerana beliau merasakan lebih ari f dan mahir untuk memberikan .er amah engu.aan a3am!  Antara isi .eramah yang disamaikan %leh /n.ik Ai ialah beliau telah mengutarakan .iri'.iri yang erlu ada sebagai se%rang emimin di mana kit a erlu menjadi se ert i tan ah liat yang mudah diben tuk dan sedi a mene ri ma te guran ag ar me nj adi se%rang e mi mi n yang .emerlang kelak!6i saming itu juga kami daat menimba elbagai ilmu tentang engu.aan a3am seerti laras bahasa yang bersesuaian dengan taha umur en%nt%n dan berbudi bahasa ketika menyamaikan u.aan, mengukirkan senyuman ketika menyamaikan isi engu.aan! $anakala untuk menjadi se%rang emimin yang serba b%leh dan .emerlang erlu meneati .iri'.iri emimin dan mamu menyamaikan u.aan se.ara berkesan dan memengaruhi ara en%nt%n!  Sele as itu, elaj ar diben ark an rehat untu k bers ara an agi dan

description

program big 3

Transcript of Refleksi Kendiri Big Fasa III

REFLEKSI KUMPULAN UNTUK BIG FASA 3 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kelas PPG Sains 1 telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) fasa ke tiga bagi tahun 2013. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Program Bina Insan Guru Fasa III ini benar-benar telah memberi kami banyak input yang amat berguna kepada kami untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan kami dalam profesion perguruan.Pada tarikh yang telah ditetapkan, kami seramai 25 orang guru PPG Sains 1 Semester 5 telah menjalankan Program Bina Insan Guru(BIG) di SK Jalan Matang Buluh. Program ini disertai oleh pelajar darjah 4 dan 5 yang seramai hampir 69 orang . Program BIG ini telah bermula pada jam 8.00 pagi di mana program dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Encik Radzuan B Othman, Guru Besar SK Jalan Matang Buluh. Kemudian, program diteruskan dengan ceramah Pengucapan Awam yang disampaikan oleh Encik Abdul Aziz B Jamaludin Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Penceramah memohon maaf kerana menukarkan tajuk ceramah daripada Kesantunan Bahasa kepada Pengucapan Awam kerana beliau merasakan lebih arif dan mahir untuk memberikan ceramah pengucapan awam. Antara isi ceramah yang disampaikan oleh Encik Aziz ialah beliau telah mengutarakan ciri-ciri yang perlu ada sebagai seorang pemimpin di mana kita perlu menjadi seperti tanah liat yang mudah dibentuk dan sedia menerima teguran agar menjadi seorang pemimpin yang cemerlang kelak.Di samping itu juga kami dapat menimba pelbagai ilmu tentang pengucapan awam seperti laras bahasa yang bersesuaian dengan tahap umur penonton dan berbudi bahasa ketika menyampaikan ucapan, mengukirkan senyuman ketika menyampaikan isi pengucapan. Manakala untuk menjadi seorang pemimpin yang serba boleh dan cemerlang perlu menepati ciri-ciri pemimpin dan mampu menyampaikan ucapan secara berkesan dan mempengaruhi para penonton. Selepas itu, pelajar dibenarkan rehat untuk bersarapan pagi dan kemudian ceramah teknik menjawab soalan sains UPSR oleh Encik Zul Pakar b Isa (Guru Cemerlang Sains Pulau Pinang) dan Encik Mohamad Nazri b Basirun (Guru Cemerlang Sains Kedah).Kami berasa amat bertuah dan teruja untuk mendengar ceramah berkenaan kerana ke dua-dua penceramah ini adalah dari kelas PPG Sains 1. Sebagai seorang guru sains tahun 6 kami merasakan bahawa input dan tip-tip yang diberikan oleh penceramah amat membantu kami dalam mendidik pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR kelak terutama tentang kemahiran proses sains yang perlu difahami mereka. Kami melihat para pelajar yang hadir juga turut memahami ceramah teknik yang diberikan. Malahan para pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam dengan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh penceramah tanpa jemu. Sebelum BIG ini berlangsung, kami semua telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa BIG Fasa III pada 6 Julai 2013 untuk melantik jawatankuasa dan memilih tarikh yang sesuai dan sekolah yang akan menjalankan program berkenaan. Pada setiap kali interaksi kami juga telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan BIG agar pelaksanaan program yang dirancang berjalan lancar. Setiap satu perkara itu mesti ada kekuatan dan kelemahannya iaitu terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti sepanjang program Bina Insan Guru Fasa III ini berlangsung .Antaranya tempat dijalankan program ini iaitu di dewan terbuka maka keadaan berangin dari luar menyebabkan papan skrin LCD telah beberapa kali terjatuh. Perjalanan program agak terganggu apabila kami perlu membetulkan semula keadaan. Penyusunan jadual aktiviti yang agak padat menyebabkan pelajar mengalami kurang rehat dan keletihan yang amat sangat. Justeru itu untuk masa yang akan datang penyusunan jadual aktiviti perlu mengambil kira faktor kemanusiaan yakni perlu mengambil kira masa rehat pelajar dan tidak terlampau padat.Harapan kami agar pengalaman yang diperolehi sepanjang program berlangsung mendidik kami agar menjadi seorang sabar dan tabah dalam apa jua situasi. Kehidupan sebagai seorang guru adalah mencabar tambahan pula dalam keadaan dunia yang pesat membangun dalam era kemodenan.Kesabaran mendidik anak bangsa penting bagi melahirkan individu yang berwibawa pada masa akan datang. Secara keseluruhannya Program Bina Insan Guru fasa III berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.