Refleksi Kertas Kerja KTP

2
Refleksi Kertas Kerja Muhammad Farhan Bin Nor Rahmat Tugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi Kursus Kokurikulum Olahraga ialah dengan membuat kertas kerja Kejohanan Trek dan Padang bagi sekolah rendah. Tugasan ini telah diberikan secara berkumpulan. Antara kekuatan yang saya dapati melalui penghasilan kertas kerja ini ialah saya dapat menimba pengalaman baru dan mengetahui format yang betul untuk membuat kertas kerja. Hal ini kerana, membuat kertas kerja bukanlah sesuatu yang baharu bagi saya, namun penghasilan kertas kerja bagi Kejohanan Trek dan Padang ini telah banyak memberi pengetahuan baharu lebih-lebih lagi untuk program melibatkan sukan seperti ini. Seterusnya, antara kelemahan yang saya dapati melalui penghasilan kertas kerja ini ialah kekurangan masa untuk menyediakan kertas kerja. Hal ini kerana, terdapat banyak kerja kursus yang perlu kami siapkan ditambah lagi dengan penganjuran Kejohanan Trek dan Padang membuatkan kami kesuntukan masa untuk membuat kertas kerja ini. Namun, berbekalkan semangat yang tidak mudah berputus asa, kami telah bekerjasama dan mengagihkan tugas kepada tugasan kecil agar kerja kami menjadi lebih mudah dan efisien. Saya sangat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Cik Lucy kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam proses penyediaan kertas kerja ini. Ini kerana, melalui penghasilan kertas kerja ini, saya telah mengetahui cara yang betul untuk membuat kertas kerja lebih-lebih lagi apabila saya ditugaskan untuk membuat kertas kerja kejohanan sukan apabila saya ditempatkan di sekolah kelak.

description

refleksi

Transcript of Refleksi Kertas Kerja KTP

Refleksi Kertas KerjaMuhammad Farhan Bin Nor RahmatTugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi Kursus Kokurikulum Olahraga ialah dengan membuat kertas kerja Kejohanan Trek dan Padang bagi sekolah rendah. Tugasan ini telah diberikan secara berkumpulan.Antara kekuatan yang saya dapati melalui penghasilan kertas kerja ini ialah saya dapat menimba pengalaman baru dan mengetahui format yang betul untuk membuat kertas kerja. Hal ini kerana, membuat kertas kerja bukanlah sesuatu yang baharu bagi saya, namun penghasilan kertas kerja bagi Kejohanan Trek dan Padang ini telah banyak memberi pengetahuan baharu lebih-lebih lagi untuk program melibatkan sukan seperti ini.Seterusnya, antara kelemahan yang saya dapati melalui penghasilan kertas kerja ini ialah kekurangan masa untuk menyediakan kertas kerja. Hal ini kerana, terdapat banyak kerja kursus yang perlu kami siapkan ditambah lagi dengan penganjuran Kejohanan Trek dan Padang membuatkan kami kesuntukan masa untuk membuat kertas kerja ini. Namun, berbekalkan semangat yang tidak mudah berputus asa, kami telah bekerjasama dan mengagihkan tugas kepada tugasan kecil agar kerja kami menjadi lebih mudah dan efisien.Saya sangat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Cik Lucy kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam proses penyediaan kertas kerja ini. Ini kerana, melalui penghasilan kertas kerja ini, saya telah mengetahui cara yang betul untuk membuat kertas kerja lebih-lebih lagi apabila saya ditugaskan untuk membuat kertas kerja kejohanan sukan apabila saya ditempatkan di sekolah kelak.Akhir kata, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk menguruskan sesuatu kejohanan olahraga di sekolah kelak. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.