Refleksi kimia

download Refleksi kimia

of 2

description

sem 1

Transcript of Refleksi kimia

RefleksiTerlebih dahulu, saya Tan Jia Chyi (941011-13-6056), guru pelatih dari unit PPISMP Sains (SJKC) sem 1 ambilan Jun 2012 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi bantuan kepada saya sepanjang tempoh saya melaksanakan tugasan kerja kursus Sains 2 ini. Para guru pelatih telah menerima kerja kursus ini dari Puan Rafidah Binti Wahab pada 4 September yang lalu dan para guru pelatih diberi masa sepanjang 1 bulan bagi menyiapkan tugasan kerja kursus ini secara berpasangan. Selepas menerima tugasan Sains 2 kali ini, Tan See Chiong dan saya pun mula berbincang dan membahagikan tugas masing-masing supaya tugasan kali ini boleh dihasilkan dengan lancar dan sempurnanya.Bagi kerja kursus buat kali ini,para guru pelatih dikehendaki mengumpul maklumat dari pelbagai sumber tentang tajuk Jadual Berkala dan seterusnya menghasilkan slide Microsoft Power Point dan membuat persembahan multi media yang mengandungi nota-nota penting tentang tajuk Jadual Berkala.Selepas berbincang dan membahagikan tugas, kami pun mula mencari maklumat dari pelbagai sumber untuk soalan masing-masing. Pada mulanya, saya merujuk kepada buku yang dipinjam daripada Pusat Sumber dan juga nota-nota yang diberi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang saya tempuhi dalam proses ini. Contohnya, maklumat yang terdapat dalam buku tersebut adalah kurang tepat dan maklumat tersebut agak mengelirukan. Bagi mengatasi masalah ini, kami pun mula berbincang dengan rakan sekelas sama ada maklumat itu adalah tepat atau tidak. Akhirnya, kami pun mengambil keputusan untuk mencari jawapan melalui laman sesawang. Selapas merujuk kepada beberapa laman web, akhirnya berjayalah kami mendapat jawapan yang sebenar. Hal ini juga memberi pengajaran kepada saya supaya merujuk kepada pelbagai sumber apabila hendak mencari sesuatu maklumat dengan tepat sekali.Melalui tugasan kerja kursus kali ini, saya mendapati juga bahawa mencari maklumat melalui laman web adalah lebih cepat dan mudah. Namun begitu, maklumat yang terdapat daripada laman sesawang ini kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris . Oleh itu, saya menghadapi masalah apabila ingin menterjemah perkataan saintifik dalam Bahasa Inggeris tersebut kepada Bahasa Melayu.Saya berasa amat bersyukur kerana apabila menempuhi masalah tersebut, rakan seunit saya rela menghulurkan bantuan dengan ikhlasnya.Bagi saya,tugasan kerja kursus ini bukan sahaja telah meningkatkan pengetahuan saya dalam mata pelajaran Sains tetapi juga telah mengeratkan hubungan rakan seunit kami.Tidak lupa juga, saya juga amat menghargai masa apabila menjalankan amali sains sepanjang tempoh ini. Sebelum ini, minat saya terhadap mata pelajaran Kimia ini adalah amat sikit sahaja. Sebelum Peperiksaan SPM, saya tidak pernah mendapat Gred A dalam peperiksaan mata pelajaran Kimia ini.Pada pendapat saya,Kimia adalah sangat susah. Namun, selepas melaksanakan tugasan kerja kursus ini,minat saya terhadap mata pelajaran Kimia telah meningkat,saya mula membaca dan cuba menguasai segala maklumat yang sedia ada dengan bersungguh-sungguh. Akhir kata, kerja kursus kali ini telah banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan dan pemikiran saya dalam mata pelajaran Sains. Kerja kursus ini memberi peluang kepada saya untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan Jadual Berkala.Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah yang telah memberi sokongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh ini, tanpa sokongan dan tunjuk ajar para pensyarah, saya yakin, kerja kursus ini tidak akan dijalankan dengan begitu lancar.Akhirnya, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sepanjang tempoh ini. Sekian, terima kasih!