Refleksi Kursus

4
BAHAGIAN A Minit Curai Kursus Nama Program : Program Pemantapan Pembelajaran Dan Pengajaran Menggunakan Standard 4 Dan Video e-Guru 2014 Tarikh : 08 November 2014 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi 12.00 Tengahari Tempat : Dewan Nilam Puri, PPD Kuantan Penceramah : Jemaah Nazir dan Jaminan Kuliti (JNJK) Dapatan hasil kursus : 1. Tujuan perlaksanaan program : a. Membimbing peserta ke arah melaksanakan PdP yang berkesan dengan menggunakan satu modul khas berasaskan Standard 4, SKPM 2010 dan video e-Guru. b. Membolehkan peserta program berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini dengan rakan sejawat di sekolah supaya kualiti PdP di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan. c. Memanfaatkan SKPM 2010 (Standard 4) dan videoe-Guru. 2. Dapatan pemeriksaan JNJK (2011, 2012 dan 2013) menunjukkan kualiti PdP guru kurang menyerlah (Taraf Cemerlang: 3.22% ; Taraf Baik: 14.20%) 3. Hasrat PPPM, iaitu Anjakan ke 4 (Meningkatkan kualiti Pembangunan Profesionalisme Berterusan/CPD dengan lebih tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.) dan Anjakan 7 - Meningkatkan Kualiti Guru Berbantukan ICT.

description

kursus jnjk

Transcript of Refleksi Kursus

Page 1: Refleksi Kursus

BAHAGIAN A

Minit Curai Kursus

Nama Program : Program Pemantapan Pembelajaran Dan Pengajaran

Menggunakan Standard 4 Dan Video e-Guru 2014

Tarikh : 08 November 2014 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengahari

Tempat : Dewan Nilam Puri, PPD Kuantan

Penceramah : Jemaah Nazir dan Jaminan Kuliti (JNJK)

Dapatan hasil kursus :

1. Tujuan perlaksanaan program :

a. Membimbing peserta ke arah melaksanakan PdP yang berkesan dengan

menggunakan satu modul khas berasaskan Standard 4, SKPM 2010 dan

video e-Guru.

b. Membolehkan peserta program berkongsi pengetahuan dan kemahiran

yang diperoleh melalui program ini dengan rakan sejawat di sekolah

supaya kualiti PdP di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan.

c. Memanfaatkan SKPM 2010 (Standard 4) dan videoe-Guru.

2. Dapatan pemeriksaan JNJK (2011, 2012 dan 2013) menunjukkan kualiti PdP

guru kurang menyerlah (Taraf Cemerlang: 3.22% ; Taraf Baik: 14.20%)

3. Hasrat PPPM, iaitu Anjakan ke 4 (Meningkatkan kualiti Pembangunan

Profesionalisme Berterusan/CPD dengan lebih tumpuan terhadap keperluan

individu dan latihan berasaskan sekolah.) dan Anjakan 7 - Meningkatkan Kualiti

Guru Berbantukan ICT.

Page 2: Refleksi Kursus

4. 12 Prinsip PdP berkesan :

Guru menguasai isi kandungan mata pelajaran

Penglibatan secara aktif murid ( meningkatkan tahap penguasaan

pembelajaran)

Interaksi aktif murid (meningkatkan motivasi dan penglibatan murid

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran

Pelbagai pendekatan pembelajaran

Jangkaan tinggi terhadap memampuan murid

Pembelajaran kolaboratif / koperatif

Sumber pendidikan yang bermakna

Member maklumbalas yang positif bagi memotivasikan murid

Tuguran / kritikan diikuti cara penyelesaian

Mengoptimumkan masa dan tenaga

Pengalaman menyumbang kke arah peningkatan kualiti pembelajaran

5. Pedagogi abad ke 21 ialah

Teknologi, Maklumat dan Media

Pengajaran Secara Kontekstual

Merentas Kurikulum

Kolaboratif

Pembelajaran Berasaskan Projek

Penyelesaian Masalah

Pentaksiran Secara Telus

Kemahiran Berfikir

6. KPM/JNJK telah menyediakan instrumen (SKPM 2010) yang dapat mengukur /

menilai PdP berkesan.

7. SKPM 2010 boleh dijadikan panduan untuk guru melaksanakan PdP yang

berkesan.

8. Standard 4 menyatakan guru perlu merancang dan melaksanakan proses

Pembelajaran dan Pengajaran yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh

Page 3: Refleksi Kursus

untuk memperkembang potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum

secara berterusan.

9. Semua guru mesti melawat laman sesawang e-guru menggunakan URL Portal

Video e-Guru: pnp.edu.my/eguru

10.Penerangan tentang item dalam setiap Standard 4

Disediakan oleh Disahkan Oleh

………………………………….. ………………………………………….

Refleksi Kursus

Page 4: Refleksi Kursus

Kursus ini dijalankan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan di bilik darjah. Selain itu kursus ini merupakan satu pendedahan awal

kepada semua guru tentang perubahan corak kepimpinan di dalam bilik darjah bagi

mengikuti pembelajaran pada sesi 2015 yang di nyatakan sebagai kelas pembelajaran

abad ke 21. Standard 4, SKPM 2010 diperkenalkan sebagai satu instrumen penilaian

yang diguna pakai oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) apabila

pemantauan dijalankan. Selain itu kami juga diperkenalkan dengan kewujudan portal e-

Guru.

Kursus telah memberi banyak ilmu kepada saya berkenaan perbezaan markah

penilaian yang dibuat oleh pihak JNJK. Sebelum ini kita semua sering menyalahkan

pihak JNJK dengan tomahan bahawa pihak JNJK datang untuk mengkritik guru dan

memberikan komen yang menyakitkan hati. Kita juga sering mempertikaikan mengapa

markah penilaian pihak JNJK jauh lebih rendah daripada markah penilaian yang

dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah. Setelah diberi penjelasan baru kami faham

bahawa perbezaan markah penialian antara pihak JNJK dengan pentadbiran sekolah

berbeza kerana kedua-dua pihak menggunakan instrumen penilaian yang berbeza.

Selain itu, pendedahan berkenaan portal e-Guru adalah satu ilmu baru buat

saya. Saya boleh merujuk kepada portal e-Guru sebagai panduan saya untuk

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya di bilik darjah dengan merujuk

kepada beberapa contoh kualiti pengajaran guru yang terbaik yang di muat naik dalam

portal e-Guru tersebut.

Kami juga telah di ingatkan berkenaan hasrat dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu Anjakan ke 4 (Meningkatkan kualiti Pembangunan

Profesionalisme Berterusan/CPD dengan lebih tumpuan terhadap keperluan individu

dan latihan berasaskan sekolah.) dan Anjakan 7 - Meningkatkan Kualiti Guru

Berbantukan ICT. Sesungguhnya semua guru harus peka dengan segala perubahan

yang berlaku dalam sistem pendidikan hari ini.

Kami juga telah di dedahkan dengan prinsip pengajaran dan pembelajaran

berkesan di dalam bilik darjah sebagai persediaan bagi menghadapi kelas

pembelajaran abad ke 21. Ternyata banyak perubahan yang dihasratkan dalam PPPM

bagi melahirkan satu generasi baru yang lebih berdaya saing.

Page 5: Refleksi Kursus

Walaupun setiap perubahan yang dibawa akan memberi sedikit tekanan kepada

para pendidik tapi saya sedar sebagai guru kita perlu melaksanakan juga

tanggungjawab yang telah diamanahkan itu kerana tanggungjawab sebagai guru itu

adalah memenuhi hasrat kedua ibu bapa murid, hasrat negara demi melahirkan

generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.