Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
-
Upload
azni-rashid -
Category
Documents
-
view
242 -
download
0
Transcript of Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 1/6
REFLEKSI
LAWATAN ILMIAH KE MALAYSIAN CRICKET ASSOCIATION, BUKIT KINRARA,
PUCHONG, SELANGOR.
NAMA: AZNI BT ABDUL RASHID
NO K/P :
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana saya bersama-sama rakan
sekelas telah berjaya melaksanakan Lawatan Ilmiah Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) pada 13 hingga 14 Februari 2011. Lawatan
Ilmiah ini telah kami lakukan ke Malaysian Cricket Association yang terletak di Bandar
Kinrara, Selangor untuk melengkapkan tugasan amali dalam Pro-Forma PJM 3112 kali
ini. Kami dikehendaki mempelajari cara-cara pengurusan dan pentadbiran agensi-
agensi atau persatuan sukan di Malaysia.
Sepanjang mengikuti program lawatan ilmiah ini, saya telah mendapat input yang
amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan semasa berada disekolah nanti. Ini
kerana saya sering mendapat tugasan mengendalikan sesebuah perlawanan
permainan seperti Pertandingan Bolajaring, Bola Tampar dan tidak ketinggalan sukan
sekolah yang diadakan setiap tahun. Selain memberikan satu pengalaman baru yangbermakna dalam hidup saya, pelbagai pendedahan yang saya perolehi semasa lawatan
ilmiah ini juga telah membuka mata dan minda saya bahawa pengurusan dan
pentadbiran sukan merupakan satu perkara yang sangat penting sekali. Perancangan
yang teliti akan menghasilkan tugasan yang sempurna. Saya juga dapat mengaplikasi
ilmu yang saya terima ini untuk menguruskan panitia dengan baik dan lancar.
Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan ini benar-benar telah memberi pengalaman yang cukup berharga
buat diri saya sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah saya
perolehi semasa program lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran
pendidikan jasmani dan sukan merupakan asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititik
beratkan.
8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 2/6
Tepat jam 8 pagi kami menaiki bas maktab menuju ke Bandar Kinrara, Puchong
di mana terletaknya Malaysian Cricket Association atau secara ringkasnya MCA. Lebih
kurang jam 9 pagi kami tiba di MCA. Agak terlewat sedikit kerana pemandu bas tidak
begitu kenal dan biasa dengan tempat yang dituju. Perkara seperti ini sering berlaku.
Akan tetapi sekiranya pelan menuju ke tempat tersebut disediakan dan diberi kepada
pemandu bas, pasti kejadian tersebut dapat dielakkan. Kita sering memandang remeh
dan beranggapan bahawa semua pemandu bas tahu selok-belok jalan dan tempat yang
dituju. Pengalaman ini memberikan pengajaran yang amat bermakna kepada saya. Ini
kerana saya juga sering mengadakan lawatan ke luar bersama-sama anak murid. Saya
akan menyediakan pelan perjalanan ke destinasi yang dituju agar kesulitan dapat
dielakkan. Setibanya kami di MCA, kami disambut mesra oleh En Ramani Batumalai
selaku salah seorang pegawai merangkap jurulatih dan pengadil Kriket Kebangsaan.
Saya dan rakan-rakan telah dibawa ke dewan taklimat dan diberikan penerangan oleh
Encik Ramani Batumalai yang mana telah menerangkan pelbagai perkara yang telah
membuka minda saya.
Melalui sesi soal jawab dan penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas sekali
peranan pihak pengurusan dan pentadbiran adalah asas kepada kejayaan MCA untuk
melahirkan atlet bertaraf dunia. Sesuai dengan matlamat MCA untuk melahirkan lebih
ramai atlet bertaraf dunia, saya dapati bahawa kejayaan atlet bukanlah datang darikemahiran dan kekuatan atlet semata-mata, tetapi disokong dan dibantu oleh pihak
pengurusan dan pentadbiran yang menyediakan pelbagai bantuan dari pelbagai
bahagian.
Tidak kira dalam bentuk insentif kemenangan, bantuan psikologi, penjagaan
kesihatan, kajian sains sukan dan sebagainya, semuanya memerlukan satu pihak
pengurusan dan pentadbiran yang benar-benar kukuh dan utuh. Dengan ini barulah
MCA mampu berdiri segagah sekarang yang telah melahirkan ramai atlet berbakat
yang mampu bersaing pada peringkat dunia. Walaubagaimanapun masih banyak yang
perlu ditambahbaik dan kita pelajari dari pengurusan dan pentadbiran negara-negara
luar agar pembangunan sukan kriket negara dapat melahirkan atlet yang mantap.
Pasukan kriket negara juga tidak akan dipandang sepi oleh peminat sukan Malaysia.
Contohnya semasa temasya Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou, China , skuad wanita
8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 3/6
dan lelaki seakan sekadar mengambil bahagian apabila masing-masing hanya mampu
beraksi di dua saingan sebelum kecundang.
Susulan itu, prestasi hambar mereka seakan menepati sasaran yang tidak
mengintai sebarang pingat berikutan sedia maklum cabaran hebat di Sukan Asia.
Skuad wanita tersingkir selepas tewas di tangan China dan Thailand yang dikatakan
berpunca daripada saingan pasukan lawan jauh lebih muda serta bertenaga.
Berita gembira kemudian dibawa dari skuad lelaki, yang berjaya melangkah ke suku
akhir selepas menumpaskan China. Namun, tuah lebih memihak kepada Bangladesh
yang mendominasi saingan seterusnya. Daripada laporan yang di atas, dapat kita
simpulkan bahawa pembangunan sukan negara kita masih berada ditahap yang perlu
di perbaiki terutamanya pada peringkat akar umbi iaitu sekolah rendah. Pengurusan
dan pentadbiran sesebuah persatuan atau agensi sukan memainkan peranan yang
amat penting terhadap kejayaan sukan negara. Dari penerangan yang saya dengar dan
input yang saya terima, pembangunan sukan seharusnya bermula dari asas
terutamanya di sekolah rendah. Kekurangan dari segi kewangan sebenarnya hanyalah
satu alasan yang tidak sepatutnya menjadi batu penghalang untuk kita terus
memajukan sukan serta menguruskan persatuan atau menganjurkan acara-acara
sukan disekolah. Saya juga belajar cara untuk mendapatkan penaja dari pihak-pihak
yang berminat dalam bidang sukan seperti MILO dan Al- Ikhsan yang mana merekaboleh menaja dari segi pemberian wang atau menyediakan minuman atau
menyediakan pakaian yang sesuai untuk para pemain. Saya juga dapat input dimana
khidmat jurulatih boleh didapati dari pihak MCA atau Majlis sukan Negara bagi
permainan kriket atau lain-lain agensi yang boleh menyediakan perkhidmatan
kejurulatihan bagi permainan sukan yang lain. Saya hanya perlu menyediakan kertas
kerja yang lengkap dan sentiasa memastikan senarai kerja dipantau sepanjang masa.
Semasa taklimat oleh En Ramani, banyak input yang saya dapat terutamanya
tentang pengurusan dan pentadbiran . Tidak ketinggalan ilmu tentang kejurulatihan
kriket. En Ramani pada pandangan saya adalah seorang jurulatih yang mempunyai
tahap motivasi yang tinggi , pengalaman yang banyak dan seorang yang berfikiran
terbuka dalam menyampaikan ilmu kepada kami. Beliau tidak lokek malahan sanggup
berkongsi segala pengalaman serta teknik kejurulatihan yang amat berguna kepada
8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 4/6
saya serta rakan-rakan. Cara beliau menarik minat murid-murid amat unik dan tidak
membebankan. Beliau seolah-olah menjadi rakan sebaya kepada murid-murid yang
beliau ajar tentang permainan kriket. Teknik Induktif yang beliau gunakan amat
berkesan dan memberi pemahaman yang jelas tentang cara permainan kriket . Murid-
murid merasakan diri mereka dihargai dan penting kepada jururlatih. En Ramani pada
pandangan saya seorang jurulatih yang bermotivasi tinggi dan mengambil berat akan
murid-murid beliau. Saya yakin beliau seorang yang dihormati dan disayangi para
pemain kriket dibawah seliaan beliau. Segala pengalaman yang beliau lalui akan saya
jadikan panduan semasa disekolah nanti untuk melatih murid-murid saya dalam
permainan bola jaring. Saya seorang jurulatih bolajaring sekolah dan teknik yang
digunakan oleh En Ramani akan saya aplikasikan kepada murid-murid saya.
Menurut En Ramani juga, jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran MCA
dilantik oleh ahli majlis MCA yang terdiri daripada Presiden dan Timbalan Presiden
Persatuan Kriket Negeri-negeri seluruh Malaysia seperti Persatuan Kriket Negeri Perak,
Persatuan kriket Negeri Selangor dan lain-lain negeri. Akan tetapi negeri yang tidak
mempunyai persatuan kriket ialah Trengganu, Kelantan dan Perlis. Persatuan Kriket
Malaysia membantu para atlet kriket dari segi kewangan, kejurulatihan, psikologi sukan,
kebajikan dan kesihatan mereka. MCA juga banyak mengadakan program
pembangunan sukan kriket seperti “Coaching Camp” yang memberikan kursus tentangkejurulatihan kriket kepada mereka yang berminat terutamanya guru-guru.
Tepat jam 10.30 pagi, kami berhenti untuk menikmati makan pagi. Menurut En
Ramani, pihak MCA biasanya akan menyediakan sarapan pagi kepad tetamu yang
mereka terima. Oleh kerana pihak jawatankuasa terlepas pandang akan perkara ini,
permohonan tajaan sarapan pagi tidak disertakan. Pengalaman ini mengingatkan saya
agar membuat jadual kerja secara sempurna sebelum mengadakan lawatan agar tiada
perkara yang tertinggal. Bagaimanapun kami tidak menjadikan perkara tersebut isu
yang besar. Kami telah bersepakat berjalan kaki menuju ke Restoran Nasi Ulam yang
terletak berhadapan dengan MCA untuk menikmati makan pagi beramai-ramai
termasuk En Baharudin Hassan pensyarah PJM 3112 kami.
Selesai sarapan pada jam 11 pagi, kami kembali ke dewan taklimat untuk
menyambung semula sesi soal jawab yang telah tertangguh tadi. Kali ini En Ramani
8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 5/6
menerangkan tentang Undang-undang dan peralatan yang digunakan dalam permainan
kriket. Oleh kerana kami datang tanpa mengkaji terlebih dahulu tentang MCA serta
undang-undang kriket, suasana sesi soal jawab sedikit hambar kerana kebanyakan
daripada kami tidak tahu apa yang hendak di tanya. Saya cuba menutup kelemahan
tersebut dengan bertanya tentang pengurusan perlawanan sesebuah kejohanan
terutamanya perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Singapura yang akan
berlangsung pada 16-18 disember nanti. Saya juga sepatutnya membuat kajian tentang
MCA serta undang-undang dalam permainan kriket sebelum pergi ke lawatan tersebut.
En Ramani telah membawa peralatan seperti “bats” iaitu kayu pemukul untuk
ditunjukkan kepada kami semua. Saya sangat teruja melihat peralatan tersebut kerana
inilah kali pertama saya memegang kayu pemukul kriket dan bola yang digunakan
semasa pemainan. Akan tetapi tujuan saya dan rakan-rakan membuat lawatan ke MCA
adalah untuk mendapat kan input tentang pengurusan dan pentadbiran serta cara
pengendalian sesebuah pertandingan. Maka niat saya untuk belajar permainan kriket
secara praktikal di atas padang tidak kesampaian. Mungkin dilain masa saya
berpeluang bermain kriket bersama rakan-rakan.
Setelah penerangan tentang undang-undang , sedikit tentang kejurulatihan dan
pengurusan selesai, acara penyampaian cenderahati oleh En Baharudin Hassan
kepada En Ramani Batumalai. En Baharudin mengucapkan terima kasih yang tidakterhingga kepada En Ramani kerana kesudian beliau melayan dan menerima kehadiran
kami di Malaysian Cricket Association. Selepas En Ramani berlalu pergi, En Baharudin
memberi penerangan tentang laporan yang harus kami sediakan. Kami dikehendaki
membuat refleksi tentang lawatan ilmiah yang telah diadakan. Saya telah mencatatkan
perkara yang sepatutnya ada dalam laporan lawatan tersebut.
Lebih kurang jam 1.30 tengahari, kami menaiki bas untuk pulang ke maktab.
Sepanjang perjalanan saya tertidur kerana terlalu letih setelah seharian berada di MCA.
Kami tiba di maktab pada jam 2.30 petang. Segala pengalaman yang saya timba dari
lawatan ini akan saya gunakan sebagai panduan apabila pulang kesekolah nanti. Saya
akan cuba mewujudkan pasukan kriket sekolah dengan bantuan rakan-rakan sekerja.
Saya akan mendapatkan khidmat jurulatih dari Majlis Sukan- sukan Negeri Perak .
Saya akan membuat satu kertas kerja untuk menjayakan hasrat saya ini.
8/3/2019 Refleksi Lawatan Ilmiah Mca
http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-lawatan-ilmiah-mca 6/6
Akhir sekali, saya yakin bahawa objektif program lawatan ilmiah yang saya telah
lalui benar-benar telah mencapai objektifnya iaitu memberikan kefahaman yang lebih
mendalam meliputi pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan,
pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antaranbangsa, pengurusan
pendidikan jasmani dan sukan, pembangunan sukan dan lain-lain lagi. Semoga segala
ilmu yang diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai seorang guru nanti dan
seterusnya mengembangkan lagi profesionalisme dalam diri saya. Saya mengucapkan
setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih atas bimbingan dan panduan yang
diberikan oleh pensyarah PJM 3112 iaitu En Baharudin Hassan dan En Kalisvaran
Narayanasamy yang tiada penghujung.