Refleksi pelajar berdasarkan aktiviti yang telah dibuat berdasarkan
-
Upload
halwaizzati -
Category
Education
-
view
144 -
download
2
Transcript of Refleksi pelajar berdasarkan aktiviti yang telah dibuat berdasarkan
Refleksi pelajar berdasarkan aktiviti yang telah dibuat berdasarkan "learning outcomes" kursus.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang cakna akan perkembangan dunia dalam bidang multimedia sekaligus mampu menyumbang idea mahupun kemahiran hasil daripada lawatan ini. Hal ini kerana, mereka akan diberikan pendedahan secara terperinci dan lebih menyeluruh mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam teknologi terkini seperti proses penghasilan video, audio, animasi dan sebagainya. Malahan ianya juga, dapat memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk terlibat dalam bidang peryiaran, percetakan, pembinaan laman web serta animasi 2D dan 3D dalam bidang multimedia.
Menerusi program ini, kita dapat lihat prasarana di fakulti merupakan faktor yang sangat penting bagi setiap mahasiswa/i kerana ia dapat menarik perhatian mahasiswa/i untuk lebih bersemangat dan sentiasa hadir ke fakulti bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan wujudnya infrastruktur fizikal dan teknologi terkini yang berkesan ia dapat memenuhi keperluan pendidikan penyelidikan, khidmat dan pengurusan sesuatu fakulti. Seperti yang kita ketahui bahawa MMU merupakan sebuah universiti yang terkenal dengan teknologi IT terkini iaitu menyediakan pelbagai kemudahan IT yang canggih. Oleh itu, dengan lawatan tersebut, kita boleh menjadikan MMU sebagai contoh bagi penambahbaikan dari segi prasarana dan kelengkapan IT yang secukupnya sama ada di makmal, dewan kuliah, pejabat dan sebagainya.
Selain itu, program tersebut mampu menerapkan kemahiran
insaniah yang ke-5 iaitu KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,
PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK.
Menerusi program ini, saya ditugaskan untuk membuat
rekabentuk banner dan poster untuk tujuan publisiti kepada
orang ramai. Kemahiran saya dalam bidang rekabentuk amatlah
tidak bersesuaian dengan tugas. Jadi untuk melaksanakan tugas
yang diberi, saya mengambil inisiatif untuk menambah ilmu
pengetahuan berkenaan Adobe Photoshop dengan mempelajari
sendiri menerusi Youtube serta dengan tunjuk ajar daripada
rakan-rakan. Berkat kesabaran dan ketabahan, saya mampu
menyiapkan tugas yang diberi.