Refleksi Pengajaran Mikro Pemulihan Khas

download Refleksi Pengajaran Mikro Pemulihan Khas

of 5

Transcript of Refleksi Pengajaran Mikro Pemulihan Khas

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO PEMULIHAN KHAS(BAHASA MELAYU) PEMERHATIAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN OLEH: NOR KHAIRUNISSA BINTI MOHAMAD YASIN D 20102045322 Pendahuluan: Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa tumpuan pelajar terutamanya pelajar Pemulihan Khas amat singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti pengajaran guru tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

Pelaksanaan Pengajaran Mikro: Sebagai guru Pemulihan Khas yang baru sahaja memegang kelas Pemulihan Khas ini, saya berasa adalah amat penting untuk saya sebagai guru Pemulihan untuk menguasai kemahiran variasi rangsangan. Ini kerana murid-murid Pemulihan Khas merupakan murid yang memerlukan aktiviti p&p yang mampu menarik perhatian dan minat mereka di samping melibatkan mereka secara aktif di dalam proses p&p. Oleh itu, saya telah menggunakan pendekatan variasi rangsangan bagi mengajar murid-murid saya (tahun 3B) perkataan yang bersuku kata kvkv. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan adalah kad-kad suku kata kv. Dalam aktiviti p&p yang dilaksanakan, saya telah menyenaraikan perkataanperkataan bersuku kata kvkv dan meminta murid-murid saya mendengar dan mencari perkataan yang mempunyai ejaan yang betul. Tujuan saya melaksanakan aktiviti ini adalah kerana saya mendapati murid-murid Pemulihan Khas ini sering menghadapi masalah membezakan bunyi suku kata. Oleh itu, di samping melatih kemahiran mendengar mereka, saya juga berharap dapat melatih kemahiran mengeja mereka.

Kekuatan dan Kelemahan: Komponen-Komponen Variasi Rangsangan Perubahan pergerakan langkah guru Sewaktu pengajaran mikro, saya memastikan bahawa saya tidak hanya berdiri setempat sahaja. Perubahan langkah ini amat penting bagi saya membuat permerhatian ke atas tingkah laku dan tumpuan murid-murid saya. Di samping itu, perubahan langkah amat penting untuk guru menarik perhatian atau tumpuan muridmuridnya. Perubahan pergerakan anggota guru Selain perubahan tingkah laku, pergerakan anggota yang saya lakukan juga bersesuaian dengan arahan yang dikeluarkan. Ini amat penting kerana pergerakan anggota guru merupakan bahasa tubuh yang dapat membantu pelajar memahami arahan terutamanya pelajar saya yang kurang memahami bahasa Melayu. Namun, disebabkan ruang kelas Pemulihan Khas yang agak terhad, maka, pergerakan saya juga menjadi agak terhad. Kekuatan Guru Kelemahan Guru

Perubahan nada suara

Dalam pada, itu nada suara yang yang tidak terlalu mendatar atau lantang

digunakan oleh saya agar bersesuaian dengan keadaan. Ini adalah bagi memastikan pelajar-pelajar saya masih menumpukan perhatian terhadap arahan yang diberi. Perubahan fokus deria pelajar Pada pendapat saya, aktiviti mencari perkataan ini menggalakkan muridmurid saya menggunakan pelbagai deria mereka. Antara deria yang digunakan ialah melihat (melihat kad perkataan), mendengar (mendengar bunyi perkataan (phonetic) yang guru sampaikan dan merasa (mencari dan memegang kad suku kata). Perubahan bentuk lisan pelajar Saya akui di dalam aktiviti ini ketiadaan perubahan bentuk lisan pelajar merupakan antara kelemahan yang harus saya perbaiki. Sepanjang aktiviti dijalankan, sikap murid-murid saya agak senyap menyebabkan suasana bilik darjah sedikit kurang keceriaannya. Perubahan bentuk fizikal pelajar Sepanjang aktiviti dijalankan, saya membenarkan murid-murid Namun begitu, ruang kelas yang agak terhad menghadkan pergerakan

saya berlegar-legar di sekitar meja untuk menggalakkan mereka bergerak dan tidak hanya duduk setempat.

pelajar.

Cadangan Penambahbaikan/Tindakan Susulan Untuk penambahbaikan bagi kelemahan-kelemahan yang ada, beberapa tindakan susulan telah dicadangkan oleh rakan-rakan guru saya dan juga Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah saya. Antaranya ialah:

1) Guru hendaklah merancang satu aktiviti yang dapat menggalakkan murid-murid bertutur. Cadangan yang diberi ialah meminta murid membaca dan mengeja semula perkataan yang telah dicari. Ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi perkataan dan kemahiran ejaan yang murid pelajari.

2) Kelemahan kedua yang perlu diperbaiki adalah guru perlu memanfaatkan ruang untuk memudahkan pergerakan murid. Antara tindakan yang boleh diambil adalah menjalankan aktiviti di luar bilik darjah ataupun di kawasan yang lapang. Ini akan membolehkan pelajar bergerak dengan lebih selesa dan mampu merangsang pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti.

3) Akhir sekali, aktiviti mencari perkataan ini boleh dipelbagaikan lagi dengan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka. Ini dapat menggalakkan setiap murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti dan murid yang lambat tidak ketinggalan.

Rumusan: Setelah menjalani pengajaran mikro ini, saya berazam untuk memperbaiki kemahiran variasi rangsangan saya dengan perancangan yang teliti serta mempelbagaikan aktiviti pengajaran daya. Ini boleh dilakukan berdasarkan kepada maklum balas yang saya terima daripada murid-murid saya. Saya yakin, kemahiran variasi rangsangan ini penting bagi menarik minat murid Pemulihan Khas untuk belajar bahasa Melayu. Di samping itu, penggunaan variasi rangsangan ini mampu membangkitkan naluri ingin tahu dan mendorong mereka untuk berusaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&p.