Refleksi-Perkhemahan

6
REFLEKSI PERKHEMAHAN Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini. Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Institut Pendidikan Darul Aman pada 30 March hingga 2 April 2015. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang

description

Refleksi-Perkhemahan

Transcript of Refleksi-Perkhemahan

REFLEKSI PERKHEMAHAN Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.

Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Institut Pendidikan Darul Aman pada 30 March hingga 2 April 2015. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih PISMP sem 4. Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi rapat di kem tersebut. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu sama lain.

Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan perkhemahan kami di Kem Institut Pendidikan Darul Aman. Perkhemahan ini telah diketuai oleh Saudara Sugumaran a/l Rengasamy. Kami telah berbincang mengenai perkara-perkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPGKTB, Bukit Mertajam. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh bertanggungjawab. Saya sangat menghormati sikap kawan-kawan pengakap yang menguruskan perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber.

Saya telah dilantik sebagai AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan aktiviti-aktiviti kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut. Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di kem Institut Pendidikan Darul Aman dan juga menguruskan jadual aktiviti untuk pengakap. Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.

Pada 30 March 2015 Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih PISMP sem4 telah diminta untuk berkumpul di hadapan tempat letak bas. Saya telah bersiap dengan beg galas dan berkumpul di hadapan astaka. Kemudian semua ahli yang berkumpul di hadapan tempat letak bas telah bergegas ke Unit Kokurikulam untuk mengambil barang-barang perkhemahan yang telah dipinjam dari unit itu. Oleh itu, kami ke stor Gerko untuk memungah semula semua barang-barang tersebut ke tempat letak bas.

Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan telah diambil kami menyusun semua barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian kami bertolak pada pukul lebih kurang 7 pagi. Perjalanan selama 2 jam telah diambil untuk sampai ke maktab IPDA. Selepas sahaja sampai ke tapak kami telah mendapat arahan untuk memilih khemah yang telah siap dipasang.

Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En. Mohamad Akhir b.Awang untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan, dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi untuk menyiapkan diri untuk aktiviti seterusnya. Saya bersama rakan-rakan yang lain telah bergegas ke kawasan memasak untuk menyediakan makan malam untuk rakan-rakan ahli pengakap yang lain. Selepas menyediakan makan malam kami telah mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka untuk mendengar taklimat malam itu.

Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Dalam taklimat yang diberikan En. Hj. Abd Rahim Bin Abdullah memperkenalkan Komenden Kem secara rasmi kepada semua guru pelatih. Semua guru pelatih diberi nasihat agar mendengar segala arahan Komenden Kem dan mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan kawalan keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform tertakluk kepada undang-undang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih yang engkar mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 12.30 malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk berehat.

Acara pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera diadakan. Pengakap IPDA telah mengetuai upacara menaikan bendera pada pagi itu. Kami telah menyanyikan lagi Negara Ku dan lagu pengakap dengan penuh semangat. Selapas upacara menaikan bendera pada pagi hari kedua tamat, kami telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan dan mempelajari untuk membuat ikatan dan simpulan yang berlainan. Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung. Iaitu aktiviti Orentering untuk menolong mangsa yang cedera. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa lari kesana dan sini kerana trak laluannya adalah panjang. Orentering ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya mencari mangsa dan memberi bantuan.

Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh Ketua Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Darul Aman iaitu En. Hj. Abd Rahim Bin Abdullah terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Sekian, terima kasih.