Refleksi Pj

3
Pubalan a/l Ramachandran 880424-02-5673 Refleksi Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya saya dapat melaksanakan tugasan bagi pendidikan jasmani bagi semester ini. Tugasan yang dilaksanakan bagi semester ini meliputi dari aspek kaedah dan strategik dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan juga sejarah dan perkembangan dalam bidang pendidikan jasmani juga turut dipelajari. Selain itu, penekanan turut diberikan dalam cara penyediaan rancangan pengajaran harian dan antara kriteria yang harus dipenuhi sewaktu menjalankan sesuatu pengajaran. Bagi mempraktikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini, kami guru pelatih dikehendaki menjalankan sebuah sesi pengajaran mikro pendidikan jasmani. Pengajaran mikro ini bukan sahaja member peluang kepada kami untuk mempraktikan ilmu yang dipelajari tetapi, ia juga memberikan kami satu pengalam sebenar yang bakal dihadapi kami di waktu sekolah nanti. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang telah ditimba menerusi pengajaran mikro ini. Kami dikehendaki untuk menyediakan satu rancangan pengajaran harian bagi menjalankan sesi pengajaran mikro. Kami telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari sewaktu kuliah untuk menyediakan rancangan pengajaran ini. Ilmu yang diberikan oleh para pensyarah dalam penyediaan rancangan pengajaran ini amat membantu kami untuk menyediakan rancangan pengajaran yang utuh. Kami juga telah meminta bantuan pensyarah pembimbing untuk Refleksi Pendidikan Jasmani

description

Refleksi Pj

Transcript of Refleksi Pj

Page 1: Refleksi Pj

Pubalan a/l Ramachandran880424-02-5673

Refleksi

Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya saya dapat

melaksanakan tugasan bagi pendidikan jasmani bagi semester ini. Tugasan yang

dilaksanakan bagi semester ini meliputi dari aspek kaedah dan strategik dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan juga sejarah dan perkembangan

dalam bidang pendidikan jasmani juga turut dipelajari. Selain itu, penekanan turut

diberikan dalam cara penyediaan rancangan pengajaran harian dan antara kriteria

yang harus dipenuhi sewaktu menjalankan sesuatu pengajaran.

Bagi mempraktikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini, kami

guru pelatih dikehendaki menjalankan sebuah sesi pengajaran mikro pendidikan

jasmani. Pengajaran mikro ini bukan sahaja member peluang kepada kami untuk

mempraktikan ilmu yang dipelajari tetapi, ia juga memberikan kami satu pengalam

sebenar yang bakal dihadapi kami di waktu sekolah nanti. Pelbagai pengalaman dan

pengetahuan baru yang telah ditimba menerusi pengajaran mikro ini.

Kami dikehendaki untuk menyediakan satu rancangan pengajaran harian bagi

menjalankan sesi pengajaran mikro. Kami telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari

sewaktu kuliah untuk menyediakan rancangan pengajaran ini. Ilmu yang diberikan oleh

para pensyarah dalam penyediaan rancangan pengajaran ini amat membantu kami

untuk menyediakan rancangan pengajaran yang utuh. Kami juga telah meminta

bantuan pensyarah pembimbing untuk memeriksa rancangan pengajaran yang telah

disediakan sebelum menjalankan sesi pengajaran mikro ini.

Dengan terlibat secara langsung dalam penyediaan rancangan pengajaran

harian ini saya telah dapat memahami antara aspek yang harus diberi perhatian dalam

merancang satu pengajaran bagi para pelajar. Antara perkara yang diberi keutamaan

dalam merancang serta menjalankan sesuatu aktiviti yang dijalankan adalah hasil yang

diperolehi dan manfaatnya kepada para pelajar yang mengikuti pelajaran tersebut.

Selain itu, seseorang guru juga harus mengambil berat mengenai tahap keupayaan

serta perkembangan motor halus dan motor kasar dalam merancang sesebuah

pelajaran untuk pelajar.

Refleksi Pendidikan Jasmani

Page 2: Refleksi Pj

Pubalan a/l Ramachandran880424-02-5673

Sesi pengajaran mikro memberikan pelbagai pengalam dan juga pengetahuan

baru kepada saya. Walaupun kita mempunyai kemahiran dalam merancang satu sesi

pengajaraan yang mantap tetapi perkara yang memutuskan keberkesanannya adalah

cara pengelolaan. Pelbagai cabaran telah dihadapi dari segi pengelolaan pengajaran

mikro ini dan pengalaman ini membantu saya untuk memikirkan serta mengambil

langkah bagi memangatasi masalah tersebut.

Antara masalah yang dihadapi dari segi pengelolaan adalah pengurusan masa.

Pengurusan masa amat penting dalam menjayakan sesebuah aktiviti yang dijalankan.

Seperti yang sedia maklum, saya telah membahagikan masa bagi setiap aktiviti yang

bakal dijalankan. Walaubagaimanapun apabila sewaktu perlaksanaan iaitu sewaktu

pengajaran ia mengambil masa yang lebih banyak daripada masa yang diperuntukkan.

Keadaan ini membawa sesi pengajaran mengambil masa yang lebih lama dan

saya tidak menghabiskan pelajaran pada masa yang diperuntukkan. Keadaan ini

menunjukkan kelemahan dari segi pengurusan masa. Oleh yang demikan, saya sedar

bahawa aktiviti yang dirancangkan hendaklah sesuai dengan masa yang diperuntukkan

dan seseorang guru juga hendaklah bijak mengelakkan perkara-perkara yang tidak

dingini yang dapat membazirkan masa sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Selain itu, saya juga sedar bahawa seseorang guru harus menggunakan

pelbagai teknik dalam mengawal disiplin para pelajar. Saya juga telah belajar

terdapatnya pelbaga teknik yang lain yang dapat digunakan untuk mengawal para

pelajar selain daripada kaedah merotan dan menengking. Antara kaeadh yang paling

efisen untuk mengawal tingkah laku para pelajar ialah merancang aktiviti pengajaran

yang dapat menarik perhatian mereka dan guru juga harus mengekalkan perhatian

mereka sepanjang waktu sesi pengajaran. Oleh yang demikian, saya berharap segala

ilmu yang dipelajari menerusi pemgajaran mikro ini dapat membantu saya untuk

menghadapi suasana sebenar di sekolah nanti dan memperbetulkan segala kelemahan

yang terdapat dalam diri saya.

Refleksi Pendidikan Jasmani