Refleksi PL

2
Refleksi Pelajar Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, akhirnya Program Amali Pendidikan Luar bagi semester 3 untuk tahun 2013 telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan selama 7 hari 6 malam bertempat di Air Berani, Pulau Pentian. Program ini telah disertai seramai 20 orang pelajar dari PJ HUNTER iaitu semester 3 serta diiringi 4 orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Tn. Hj Yakcob Bin Mamat merangkap Ketua Jabatan, Encik Che Ishak Bin Ismail sebagai penyelaras dan penilaian pelajar, En Khairuddin Bin Mat Hassan sebagai penyelaras aktiviti pelajar, En Zarizi Bin Ab Rahman sebagai pembantu penilaian pelajar serta 2 orang pembantu iaitu En Mohd Faizal Mohammad sebagai pembantu lapangan dan peralatan dan En Mohd Azli Mohammad sebagai pemandu bot kami. Program ini telah bermula pada 21 April sehingga 28 April 2013. Kami telah bertolak pada 21 April 2013, kami telah dibahagiakan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu akan bertolak dengan berkayak ke Pulau Perhentian, manakala kumpulan 2 akan bertolak dengan menaiki bot. Sebelum program dijalankan, kami sekelas telah melakukan persiapan awal di Stor Pendidikan Luar. Kami sekelas telah bekerjasama menyediakan peralatan yang perlu dibawa, membuat pemeriksaan peralatan, membeli keperluan alatan yang diperlukan. Ucapan ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kepada pelajar lelaki kelas saya terutamanya kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh menyediakan keperluan yang diperlukan seperti membuat tandas, mengecat tandas dan menghantar servis generator. Sebelum bertolak, seramai 12 orang dari kelas kami perlu mengikuti Kursus Kejurulatihan Persatuan Bulan Sabit Merah selama 3 hari bermula pada hari Khamis sehingga hari Sabtu bertarikh 18 April hingga 20 April 2013. Ini sedikit sebanyak telah menganggu kami untuk sama-sama membantu mereka yang lain di Stor Pendidikan Luar. Namun, alhamdullilah, ahli kelas yang lain memahami kami dan tidak merunggut. Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kepada mereka. Pada pagi 21 April 2013, sebelum bertolak telah diadakan Majlis Perasmiaan Program Amali Pendidikan Luar ini secara ringkas di lobby pejabat. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Hj. Che Aminulddin Bin Abd. Hamid. Beliau mendoakan kami semua agar selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kumpulan 1 telah bertolak berkayak pada pukul 8.15 pagi. Kumpulan pertama kayak terdiri daripada saya sendiri Nur Syahiirah, Ahmad, Anizavina, Jai Seng, Louis, Veni, Vali, Sheron, Vernon dan Sim. Alhamdullilah pada pagi itu cuaca sangat baik dan keadaan laut kelihatan tenang. Pada mulanya, saya berasa sangat takut namun tidak sabar-sabar mahu berkayak. Saya fikirkan air di laut yang tenang itu akan setenangnya sepanjang perjalanan saya nanti.

description

hihi

Transcript of Refleksi PL

Page 1: Refleksi PL

Refleksi Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, akhirnya Program Amali Pendidikan Luar bagi semester 3 untuk tahun 2013 telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan selama 7 hari 6 malam bertempat di Air Berani, Pulau Pentian. Program ini telah disertai seramai 20 orang pelajar dari PJ HUNTER iaitu semester 3 serta diiringi 4 orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Tn. Hj Yakcob Bin Mamat merangkap Ketua Jabatan, Encik Che Ishak Bin Ismail sebagai penyelaras dan penilaian pelajar, En Khairuddin Bin Mat Hassan sebagai penyelaras aktiviti pelajar, En Zarizi Bin Ab Rahman sebagai pembantu penilaian pelajar serta 2 orang pembantu iaitu En Mohd Faizal Mohammad sebagai pembantu lapangan dan peralatan dan En Mohd Azli Mohammad sebagai pemandu bot kami. Program ini telah bermula pada 21 April sehingga 28 April 2013.

Kami telah bertolak pada 21 April 2013, kami telah dibahagiakan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu akan bertolak dengan berkayak ke Pulau Perhentian, manakala kumpulan 2 akan bertolak dengan menaiki bot. Sebelum program dijalankan, kami sekelas telah melakukan persiapan awal di Stor Pendidikan Luar. Kami sekelas telah bekerjasama menyediakan peralatan yang perlu dibawa, membuat pemeriksaan peralatan, membeli keperluan alatan yang diperlukan. Ucapan ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kepada pelajar lelaki kelas saya terutamanya kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh menyediakan keperluan yang diperlukan seperti membuat tandas, mengecat tandas dan menghantar servis generator. Sebelum bertolak, seramai 12 orang dari kelas kami perlu mengikuti Kursus Kejurulatihan Persatuan Bulan Sabit Merah selama 3 hari bermula pada hari Khamis sehingga hari Sabtu bertarikh 18 April hingga 20 April 2013. Ini sedikit sebanyak telah menganggu kami untuk sama-sama membantu mereka yang lain di Stor Pendidikan Luar. Namun, alhamdullilah, ahli kelas yang lain memahami kami dan tidak merunggut. Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kepada mereka.

Pada pagi 21 April 2013, sebelum bertolak telah diadakan Majlis Perasmiaan Program Amali Pendidikan Luar ini secara ringkas di lobby pejabat. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Hj. Che Aminulddin Bin Abd. Hamid. Beliau mendoakan kami semua agar selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kumpulan 1 telah bertolak berkayak pada pukul 8.15 pagi. Kumpulan pertama kayak terdiri daripada saya sendiri Nur Syahiirah, Ahmad, Anizavina, Jai Seng, Louis, Veni, Vali, Sheron, Vernon dan Sim. Alhamdullilah pada pagi itu cuaca sangat baik dan keadaan laut kelihatan tenang. Pada mulanya, saya berasa sangat takut namun tidak

Page 2: Refleksi PL

sabar-sabar mahu berkayak. Saya fikirkan air di laut yang tenang itu akan setenangnya sepanjang perjalanan saya nanti. Namun sangkaan saya meleset sama sekali, banyak cabaran yang telah saya tempuhi sepanjang berkayak . Pasangan kayak saya iaitu Ahmad banyak membantu saya, mengajar saya cara berkayak yang betul dan yang paling penting kami berasa seronok dengan aktiviti berkayak itu. Walaupun kami sama-sama penat, namun tidak keluar perkataan mengeluh diantara kami. Kami tetap sabar berkayuh kayak. Apabila tiba di tengah laut, saya berasa mabuk seketika kerana keadaan laut yang bergelora. Ombak yang tinggi dan kuat membuatkan saya berasa kurang selesa, namun Ahmad menasihatkan saya agar tenang dan terus memandang ke hadapan laut dan jangan menundukkan kepala ke bawah. Selain itu, Ahmad juga telah menajar sya cara memegang pedal kayak dengan betul, cara kayuhan yang betul dimana pedal kayak perlu dikayuk kedalam dan dibawa dekat dengan kayak serta bagaimana mahu berkayak untuk melawan arus. Wlaupun sudah berlatih kayak sebelum ini, namun saya cepat sahaja melupakan cara berkayak dengan betul, mujur Ahmad banyak menegur dan mengajar saya. Kami telah selamat sampai pada jam 12.15 tengah hari di Pantai Air Berani. Kami telah berkayak selama 4 jam sahaja. Syukur alhamdullilah kerana kami telah selamat sampai.

Sebaik sahaja sampai, kumpulan dua juga turut sama sampai. Walaupun penat berkayak, namun kami telah bekerjasama menurunkan barang dari bot kargo bawa ke darat, bersama-sama membina khemah pusat, mendirikan khemah, membuat tanda serta beberapa perkara semuanya kami selesaikan bersama-sama. Di sini dapat saya lihat kerjasama di antara kami tetap kuat , kami penat bersama-sama tiada istilah kumpulan ini lebih atau kurang bekerja. Dapat saya perhatikan masing-masing memainkan peranan masing-masing semasa bekerja serta tidak memilih kerja untuk dilaksanakan. Pada malam itu telah diadakan sesi pelaporan dimana setiap ajk perlu melaporkan laporan terkini ajk mereka. Pada malam itu, Che Ishak telah menegur kami melaporkan laporan dengan lebih teliti lagi yang melibatkan Pendidikan Jasmani kognitif, afektif dan sebagainya. Laporan harus memberitahu perkara-perkara yang orang lain tidak tahu seperti masalah generator, masalah pam. Setiap masalah yang dihadapi perlu dikongsi bersama-sama dengan rakan yang lain. Kami telah dibenarkan untuk tidur pada pukul 12.00 malam.

Pada 22 April pula, bagi kumpulan 2 mereka telah diberikan arahan untuk berkayak mengelilingi Pulau Perhentian. Kami telah mencipta satu rekod baru dimana kami telah berkayak mengelilingi satu Pulau Perhentian. Jika sebelum ini senior hanya berkayak separuh sahaja dari Pulau Perhentian itu. Bagi kumpulan pertama pula kami telah membuat kraft perkhemahan dimana kami telah membina gajet untuk menyimpan barang di khemah pusat, gajet di tapak perkhemahan kami.