Refleksi p&p

2
Dalam Pengalaman Berasakan Sekolah 3 (PBS 3) ini, saya telah memasuki kelas untuk memerhatikan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Seksualiti yang dilaksanakan oleh guru. Saya telah berjumpa dengan guru yang mengajar Pendidikan Kesihatan Seksualiti dan meminta kebenaran untuk memasuki kelasnya. Saya juga telah mengambil rancangan pengajaran harian (RPH) daripada guru sebagai rujukan. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran Topik yang diajar oleh guru tersebut ialah Konflik dan Stres . Beliau telah menggabungjalinkan mata pelajaran sains dan muzik. Murid diberitahu tanda-tanda seseorang yang mengalami konflik dan stres. Seterusnya, kesannya kepada seseorang yang mengalami konflik dan stres pada tempoh yang lama. Unsur-unsur sains ini telah digabungjalinkan semasa pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Guru telah menggabungjalinkan mata pelajaran muzik dengan memberitahu murid muzik dapat mengurangkan stres seseorang. Semasa murid sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, guru juga memberi murid mendengar muzik Little Apple . Dengan ini, murid dapat mengalami satu suasana yang tenang. Seterusnya, mengurangkan stres dalam kalangan murid. Objektif pengajaran dan pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh menyatakan cara untuk mengatasi konflik dan stres. Murid boleh memberi cadangan kepada orang lain untuk mengahdapi konflik dan stres dalam kehidupan seharian. Objektif pengajaran dan pembelajaran telah sukar dicapai pada akhir pembelajaran. Guru telah menekankan murid untuk mempelajari cara mengatasi konflik dan stres dan memberi cadangan kepada orang lain dalam kehidupan. Guru tidak dapat menilai pada akhir pembelajaran kerana ia perlu pengaplikasian dalam kehidupan seharian. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru menanya murid perkara yang gembira dan perkara yang tidak gembira murid sebagai set induksi. Ini dapat membawa murid ke topik yang diajar pada hari tersebut. Seterusnya, murid dikehendaki membaca dua perenggan petikan dan menyatakan kesan yang dibawa oleh stres. Dengan ini, murid dapat lebih memahami topik tersebut. Murid juga dikehendaki untuk menurut situasi yang diberikan oleh guru dan mencari cara untuk mengatasi konflik dan stres. Aktiviti ini amat sesuai kerana mampu memberi satu pengalaman kepada murid dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Guru seterusnya merumuskan empat langkah dalam menguruskan stres. Dengan ini, murid boleh mendapatkan satu gambaran yang jelas tentang apa yang telah

description

cdefvjmm

Transcript of Refleksi p&p

Page 1: Refleksi p&p

Dalam Pengalaman Berasakan Sekolah 3 (PBS 3) ini, saya telah memasuki kelas

untuk memerhatikan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Seksualiti

yang dilaksanakan oleh guru. Saya telah berjumpa dengan guru yang mengajar Pendidikan

Kesihatan Seksualiti dan meminta kebenaran untuk memasuki kelasnya. Saya juga telah

mengambil rancangan pengajaran harian (RPH) daripada guru sebagai rujukan.

Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran

Topik yang diajar oleh guru tersebut ialah “Konflik dan Stres”. Beliau telah

menggabungjalinkan mata pelajaran sains dan muzik. Murid diberitahu tanda-tanda

seseorang yang mengalami konflik dan stres. Seterusnya, kesannya kepada seseorang

yang mengalami konflik dan stres pada tempoh yang lama. Unsur-unsur sains ini telah

digabungjalinkan semasa pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Guru telah

menggabungjalinkan mata pelajaran muzik dengan memberitahu murid muzik dapat

mengurangkan stres seseorang. Semasa murid sedang menyiapkan tugasan yang diberikan

oleh guru, guru juga memberi murid mendengar muzik “Little Apple”. Dengan ini, murid

dapat mengalami satu suasana yang tenang. Seterusnya, mengurangkan stres dalam

kalangan murid.

Objektif pengajaran dan pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh menyatakan cara untuk

mengatasi konflik dan stres. Murid boleh memberi cadangan kepada orang lain untuk

mengahdapi konflik dan stres dalam kehidupan seharian. Objektif pengajaran dan

pembelajaran telah sukar dicapai pada akhir pembelajaran. Guru telah menekankan murid

untuk mempelajari cara mengatasi konflik dan stres dan memberi cadangan kepada orang

lain dalam kehidupan. Guru tidak dapat menilai pada akhir pembelajaran kerana ia perlu

pengaplikasian dalam kehidupan seharian.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Guru menanya murid perkara yang gembira dan perkara yang tidak gembira murid

sebagai set induksi. Ini dapat membawa murid ke topik yang diajar pada hari tersebut.

Seterusnya, murid dikehendaki membaca dua perenggan petikan dan menyatakan kesan

yang dibawa oleh stres. Dengan ini, murid dapat lebih memahami topik tersebut. Murid juga

dikehendaki untuk menurut situasi yang diberikan oleh guru dan mencari cara untuk

mengatasi konflik dan stres. Aktiviti ini amat sesuai kerana mampu memberi satu

pengalaman kepada murid dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Guru

seterusnya merumuskan empat langkah dalam menguruskan stres. Dengan ini, murid boleh

Page 2: Refleksi p&p

mendapatkan satu gambaran yang jelas tentang apa yang telah diajar oleh guru. Murid juga

dikehendaki memberi cadangan untuk menolong orang lain untuk menguruskan konflik dan

stres dalam kehidupan seharian. Aktiviti kurang sesuai kerana murid mungkin akan memberi

jawapan salah kepada kawannya. Akhir sekali, murid diberi tugasan dan muzik “Little Apple”

disiarkan. Aktiviti ini telah memberi keseronakkan kepada murid dalam menyiapakan

tugasan.

Bahan bantu belajar

Guru telah menyediakan empat bahan bantu belajar iaitu, PowerPoint, kad-kad ayat,

muzik dan lembaran kerja. PowerPoint yang disediakan amat menarik. Semua murid telah

menumpu perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Kad –kad ayat

yang disediakan telah memenuhi ciri-ciri bahan bantu belajar yang baik, iaitu tahan lama dan

mudah dibawa. Oleh itu, guru juga boleh menggunakan kad-kad ayat tersebut pada kelas

yang lain. Muzik digunakan juga amat sesuai. Hal ini demikian muzik “Little Apple” amat

popular dalam kalangan murid pada masa kini. Lembaran kerja yang disediakan juga sesuai

untuk tahap murid. Terdpat juga satu dua soalan yang amat mencabar untuk murid.

Penilaian

Lembaran kerja telah disedikan untuk menilai pelajar. Lembaran kerja sesuai

digunakan untuk penilaian. Hal ini demikian kerana banyak soalan boleh ditanya dalam

lembaran kerja dan menilai penguasaan pelajar tersebut.

Rumusan keseluruhan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru telah membantu murid membuat

rumusan keseluruhan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan empat langkah

untuk mengurus stres iaitu mengenal pasti tanda-tanda stres, mengenal pasti faktor-faktor

berlakunya stres, mencari cara-cara menangani stres dan akhirnya mengambil tindakan

untuk mengurangkan kesan daripada stres.