REFLEKSI ppbbss

2
REFLEKSI Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan-Nya dapat menyiapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dengan sempurna walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang melaksanakannya. Apabila pensyarah saya iaitu Encik. Zahari bin Zainal memberikan soalan tugasan ini, saya berasa takut kerana sebelum itu saya telah mendapat banyak soalan tugasan untuk mata pelajaran yang lain dan ini merupakan salah satu tugasan yang harus disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan. Pensyarah saya telah memberikan penerangan semasa memberikan tugasan ini kepada saya. Saya kurang memahami kehendak soalan tugasan yang diberikan itu. Pada masa yang sama, saya sibuk dengan tugasan lain dan ini telah menyebabkan saya tidak dapat berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Mengikut soalan tugasan yang diberikan, saya dikehendaki membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran major saya. Untuk itu saya telah berjumpa dengan seorang guru Sejarah di Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al- Marbawi semasa menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru berkenaan untuk membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Saya telah mengalami kesukaran dalam berjumpa dengan guru berkenaan kerana beliau sangat sibuk terutamanya dengan Majlis Pengiktirafan Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi sebagai sekolah kluster. Walaupun sibuk, Pn. Naimah telah memberikan kerjasama yang baik dan mengizinkan saya untuk membuat pemerhatian. Seterusnya, pada minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah murid- murid telah menduduki peperiksaan kecuali hari Isnin. Ini telah menyebabkan saya tidak dapat membuat pemerhatian terhadap murid- 14

description

m, m,

Transcript of REFLEKSI ppbbss

REFLEKSISaya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan-Nya dapat menyiapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dengan sempurna walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang melaksanakannya. Apabila pensyarah saya iaitu Encik. Zahari bin Zainal memberikan soalan tugasan ini, saya berasa takut kerana sebelum itu saya telah mendapat banyak soalan tugasan untuk mata pelajaran yang lain dan ini merupakan salah satu tugasan yang harus disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan. Pensyarah saya telah memberikan penerangan semasa memberikan tugasan ini kepada saya. Saya kurang memahami kehendak soalan tugasan yang diberikan itu. Pada masa yang sama, saya sibuk dengan tugasan lain dan ini telah menyebabkan saya tidak dapat berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.Mengikut soalan tugasan yang diberikan, saya dikehendaki membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran major saya. Untuk itu saya telah berjumpa dengan seorang guru Sejarah di Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi semasa menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru berkenaan untuk membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Saya telah mengalami kesukaran dalam berjumpa dengan guru berkenaan kerana beliau sangat sibuk terutamanya dengan Majlis Pengiktirafan Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi sebagai sekolah kluster. Walaupun sibuk, Pn. Naimah telah memberikan kerjasama yang baik dan mengizinkan saya untuk membuat pemerhatian.Seterusnya, pada minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah murid-murid telah menduduki peperiksaan kecuali hari Isnin. Ini telah menyebabkan saya tidak dapat membuat pemerhatian terhadap murid-murid tahun lima kerana mereka akan diajar mata pelajaran Sejarah pada hari Selasa. Saya hanya dapat membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tahun empat. Saya berasa bahawa jika dapat peluang untuk memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah bagi tahun lima, boleh mendapat banyak maklumat berkaitan tugasan ini. Melalui tugasan ini saya telah memperoleh banyak maklumat tentang mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah, amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan, pola tingkah laku dan gaya pembelajaran murid serta peranan guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan. Saya berasa tugasan ini cukup memberikan manfaat kepada diri saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya atas memberikan tajuk tugasan yang sangat berkesan.14