REFLEKSI PRAKTIKUM

3
REFLEKSI PRAKTIKUM BULAN JANUARI Sepanjang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik bagi bulan janu terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Sekain daripada perjalanan bagi sesi praktikum bulan januari hanyalah tiga hari sahaja bermula daripada 29 31 januari. Sepanjang 3 hari berada di sekolah, saya bersama rakan praktikum saya Mohd Hani bin Hamdan dan Taui! bi "brahim hanya melakukan pemerhatian ter persekitaran sekolah dengan #uba memahami budaya sekolah ini. Melalui pemerhati saya terhadap sekolah ini, saya dapati baha$a murid murid sekolah ini sering dat a$al ke sekolah. Sekolah ini juga tidak mempunyai masalah murid le$at hadir ke sekolah. Hal ini demikian kerana kebayakan murid sekolah ini menetap di %lat &ena yang terletak bersebelahan sekolah ini. Selain daripada itu juga, saya dapati baha$a sekolah ini biasa menerima kehadiran guru praktikum. 'leh hal yang demikian pihak pengurusan sekolah tidak ralat untuk menerima kehadiran dan menguruskan kehadira kami. Terdapat sebelas orang guru pelatih daripada "nstitut &endidikan (uru "lm termasuk saya, telah ditempatkan di sekolah ini. )ilangan guru pelatih yang ramai di sekolah ini telah membuatkan pengurusan sekolah menyediakan satu bilik khas untuk para guru praktikum. Keada ini membuatkan saya menjadi sedikit kekok kerana untuk dua asa praktikum sebelu ini, saya telah ditempatkan di dalam bilik guru. Hal ini demikian kerana kepada di dalam bilik guru dan tiada tempat tambahan bagi para guru pelatih di dalam bi guru. *kan tetapi, saya menerima situasi ini dengan positi kerana apabila dileta berasingan dengan guru di sekolah ini, se#ara jujurnya saya berasa agak selesa k saya duduk bersama rakan rakan saya di dalam bilik tanpa kehadiran guru. *kan t

description

PRAKTIKUM

Transcript of REFLEKSI PRAKTIKUM

REFLEKSI PRAKTIKUM BULAN JANUARI

Sepanjang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik bagi bulan januari terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Sekain daripada perjalanan bagi sesi praktikum bulan januari hanyalah tiga hari sahaja bermula daripada 29 hingga 31 januari.

Sepanjang 3 hari berada di sekolah, saya bersama rakan praktikum saya Mohd Hanif bin Hamdan dan Taufiq bi Ibrahim hanya melakukan pemerhatian terhadap persekitaran sekolah dengan cuba memahami budaya sekolah ini. Melalui pemerhatian saya terhadap sekolah ini, saya dapati bahawa murid murid sekolah ini sering datang awal ke sekolah. Sekolah ini juga tidak mempunyai masalah murid lewat hadir ke sekolah. Hal ini demikian kerana kebayakan murid sekolah ini menetap di Flat Penara yang terletak bersebelahan sekolah ini. Selain daripada itu juga, saya dapati bahawa sekolah ini biasa menerima kehadiran guru praktikum. Oleh hal yang demikian pihak pengurusan sekolah tidak ralat untuk menerima kehadiran dan menguruskan kehadiran kami. Terdapat sebelas orang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas termasuk saya, telah ditempatkan di sekolah ini.

Bilangan guru pelatih yang ramai di sekolah ini telah membuatkan pihak pengurusan sekolah menyediakan satu bilik khas untuk para guru praktikum. Keadaan ini membuatkan saya menjadi sedikit kekok kerana untuk dua fasa praktikum sebelum ini, saya telah ditempatkan di dalam bilik guru. Hal ini demikian kerana kepadatan guru di dalam bilik guru dan tiada tempat tambahan bagi para guru pelatih di dalam bilik guru. Akan tetapi, saya menerima situasi ini dengan positif kerana apabila diletakkan berasingan dengan guru di sekolah ini, secara jujurnya saya berasa agak selesa kerana saya duduk bersama rakan rakan saya di dalam bilik tanpa kehadiran guru. Akan tetapi situasi ini juga telah memberikan kesukaran kepada saya untuk bercampur dengan guru di sekolah ini.

Akan tetapi, apabila difikirkan kembali, saya berpendapat kesukaran untuk bercampur dengan para guru di sekolah ini dapat diatasi sekiranya saya mengambil insientif tambahan dengan mencari para guru untuk berbual di kantin atau dimana sahaja. Komunikasi dan hubungan dengan para guru juga penting bagi memudahkan kerjasama para guru kepada saya sekiranya saya ingin meminta bantuan dan bimbingan mereka.

Selain daripada itu juga, didapati bahawa budaya guru di sekolah ini sememangnya ramah dengan para guru pelatih. Para guru di sekolah ini akan menegur para guru pelatih sekiranya bertemu. Hal ini demikian kerana para guru di sekolah ini sudah terbiasa dengan kehadiran para guru pelatih.

Sepanjang 3 hari sesi praktikum bagi bulan januari ini juga dipenuhi dengan urusan mengatur jadual bagi para guru pelatih. Pihak pengurusan sekolah mengalami sedikit kesukaran untuk mengatur jadual bagi kami keran bilangan guru pelatih yang terlalu ramai. Urusan untuk mengatur jadual ini mengambil masa lebih daripada 4 hari dengan pihak pengurusan sekolah sering menukar jadual kami apabila berlaku kesalahan.

Pada keseluruhanya, fasa praktikum bagi bulan januari ini dipenuhi dengan pengurusan jadual dan pemerhatian saya terhadap sekolah ini. Saya berasa selesa berada di sekolah ini kerana persekitaran yang tidak janggal kepda kehadiran guru pelatih. Selain daripada itu juga, saya berasakan bahawa saya akan mendapat banyak kerja kerja sampingan sepanjang berada di sekolah ini kerana keadaan sekolah yang telah sudah terbiasa dengan kehadiran guru pelatih.