REFLEKSI Statistik Nizam 2010

13
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TAJUK: PORTFOLIO STATISTIK NO. K/P : 811026-01-6457 NO. MATRIK : MP081268 PROGRAM : MPA NAMA PENSYARAH: PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI

Transcript of REFLEKSI Statistik Nizam 2010

Page 1: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

TAJUK:

PORTFOLIO STATISTIK

NO. K/P : 811026-01-6457

NO. MATRIK : MP081268

PROGRAM : MPA

NAMA PENSYARAH:

PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI

Page 2: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

BIODATA PELAJAR:

NAMA : NIZAMUDIN BIN A. RASHID

NO. KAD PENGENALAN : 811026-01-6457

NO. MATRIK : MP081268

PROGRAM : MASTER PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM

PENDIDIKAN (MPA)

FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH: PROFESOR DR. ISMAIL BIN KAILANI

Page 3: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 1

Pada minggu pertama saya diterangkan mengenai “ Pengenalan Kepada Statistik”.

Dalam tajuk ini dapat memahami makna statistic dan fungsi statistic.

Fungsi statistic adalah :

1. Statistik sebagai fakta dan nilai

2. Statistik Sebagai kaedah yang digunakan oleh ahli penyelidik untuk menyusun

dan membuat interpretasi kepada cerapan.

Selain itu pada minggu ini saya dapat mengetahui jawapan kepada keperluan

untuk belajar statistic. Ini kerana penggunaannya semakin luas dalam kehidupan seharian

dalam bidang penyelidikan serta ia juga sebagai satu alat untuk menganalisis data yang

diperolehi daripada sesuatu penyelidikan untuk menjawab persoalan kajian yang telah

ditetapkan atau dikenalpasti.

Beberapa istilah yang digunakan dalam statistic juga turut diterangkan seperti:

1. Populasi

2. Sampel

3. Parameter

4. Statistik

Page 4: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 2

Pada minggu kedua tajuk statistic adalah “ Scales of Measurement”. Dalam tajuk

ini, data dikumpul melalui pengukuran atau cerapan. Terdapat 2 jenis data iaitu

kuantitatif dan kualitatis. Terdapat juga jenis-jenis skala antaranya ialah Skala Nominal,

Skala Odinal,Skala Interval dan juga Skala Ratio.

Selain itu juga, pembolehubah-pembolehubah telah diterangkan. Antara

pembolehubah tersebut ialah:

1. Pembolehubah diskrit – nilai terasing dan tiada nilai di antaranya contohnya

bilangan pelajar.

2. Pembolehubah selanjar – terdapat infiniti bilangan nilai antara dua nilai

contohnya masa yang di ambil untuk datang ke sekolah.

Page 5: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 3

Pada minggu ketiga ini tajuk statistic yang telah disentuh adalah mengenai

“Taburan Kekerapan ( Frequency Distribution )”. Dalam tajuk ini telah diterangkan

mengenai pemungutan data. Pemungutan data akan menghasilkan benyak pengukuran

( nilai atau nombor ).

Masalah yang timbul dalam tajuk ini adalah dengan bagaimana menyusun data

dalam bentuk yang akan memberi makna supaya dapat difahami dalam laporan atau

membuat rumusan yang berkaiatan.

Kekerapan (Frequency) adalah bermaksud rekod bilangan individu terletak dalam

satu kategori (skor) pada sesuatu skala pengukuran. Taburan kekerapan boleh dibina

dengan bentuk penghasilan jadual.

Page 6: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 4

Pada minggu keempat tajuk statistic adalah “Ukuran Memusat ( Central

Tendency)”. Tujuan memusat adalah untuk mencari nilai yang boleh mengambarkan

(mewakili) sekumpulan data yang telah dikumpul. Ukuran yang biasa digunakan untuk

mengukur ukuran memusat ini adalah seperti mod (mode), median (median) dan min

(mean).

Makna ukuran memusat seperti yang diterangkan diatas ialah:

1. Mod – ialah skor yang paling kerap berlaku

2. Median – ialah persentil ke-50 bagi atau titik tengah bagi sesuatu taburan.

3. Min – ialah jumlah semua cerapan dibahagi dengan n. n ialah bilangan

nombor yang dipilih dalam sesuatu sample atau populasi.

Page 7: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 5

Ukuran kecenderungan memusat seperti min, mod dan median tidak dapat

memberikan gambaran secara lengkap tentang taburan sesuatu set data. Dua set data yang

nilai minnya adalah sama kemungkinan mempunyai bentuk taburan yang sangat berbeza

sekiranya variasi di antara nilai-nilai cerapan dalam satu set data adalah besar mahupun

kecil berbanding set data yang satu lagi.

Oleh itu dengan mengetahui nilai min, mod dan median sahaja selalunya tidak

cukup untuk memberikan gambaran sepenuhnya taburan sesuatu set data. Kita perlukan

satu ukuran yang dapat memberikan maklumat tentang variasi di antara nilai-nilai

cerapan. Ukauran ini dipanggil ukuran serekan ataupun sukatan serekan. Sesuatu set data

yang dapat diterangkan dengan lebih baik lagi sekiranya kedua-dua jenis ukuran ini, iaitu

ukuran kecenderungan memusat dan ukuran serakan diketahui.

Dalam minggu kelima ini, telah dibincangkan beberapa ukuran serakan yang

biasa digunakan untuk menerangkan tentang serakan atau sebaran sesuatu set data.

Antaranya ialah julat, julat anatara kuartil, sisihan kuartil, varians dan sisihan piawai.

Page 8: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 6

Pada minggu ke enam ini tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan dengan “Z-

score: Location of scores and standardized distribution”. Oleh kerana taburan normal

ttiidak terhingga, maka adalah tidak mungkin untuk menyediakan semua jadual bagi

mendapatkan nilai kebarangkalian untuk mencari nilai kebarangkalian bagi

pembolehubah rawak diskret X.

Kita akan lihat satu taburan normal yang dianggap istimewa kerana ia dapat

mengatasi masalah ini. Taburan berkenaan ialah taburan normal piawai. Taburan normal

piawai sebenarnya ialah satu taburan normal yang sama nilai minnya adalah sifar dan

manakala nilai sisihan piawainya pula ialah 1.

Nilai-nilai kebarangkalian bagi setiap taburan normal yang berbeza boleh

diperolehi dengan menggunakan jadual normal piawai ini. Jadi, sekiranya x ialah satu

nilai kepada pembolehubah rawak X, maka nilai x berkenaan akan bertukar kepada satu

nilai z dan nilai z ini dippanggil skor z ataupun skor piawai.

Page 9: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 7

Keputusan-keputusan hasil daripada sesuatu ujikaji selalunya boleh dinyatakan

dalam bentuk angka. Contohnya, dalam satu ujikaji melambung dua biji dadu,

keputusannya bolehlah diringkaskan kepada jumlah kedua-dua permukaan atas dadu

berkenaan. Dalam menguji kecerdasan seseorang pegawai syarikat berkaitan dengan

kebolehan matematik, keputusannya bolehlah diringkaskan dalam bentuk purata markah

ujian dan dalam satu tinjauan pendapat pelanggan, keputusannya bolehlah diringkaskan

dalam bentuk peratus pelanggan yang sukakan sesuatu produk itu.

Jjumlah pada dua permukaan dadu, purata markah dan peratus pelanggan adalah

kuantiti-kuantiti yang berbentuk angka. Walau bagaimanapun, nilai khusus bagi setiap

kuantiti ini adalah bergantung kepada kesudahan-kesudahan ujikaji berkenaan. Ini

bermakna bahawa nilai khusus bagi kuantiti-kuantiti yang boleh berubah-ubah ini tidak

boleh diramalkan secara pasti sebelum ujikaji berkenaan selesai dijalankan. Jadi pada

tajuk minggu ini membincangkan mengenai pengenalan kepada kebarangkalian.

Page 10: REFLEKSI Statistik Nizam 2010

REFLEKSI

MINGGU 11

Ujian Hipotesis untuk dua sample boleh menjanakan pelbagai persoalan yang

menarik. Misalnya, apakah perbezaan sikap antara lelaki dan wanita terhadap sesuatu

isu, perbandingan di antara dua kaedahmengajar, perbandingan dua stail kepimpinan dan

sebagainya. Tetapi dalam banyak kes kita tidak mengetahui cirri poopulasi yang terlibat.

Maka pada minggu ini akan membincangkan tajuk berkaiatan dengan Sampel tak

bersandar ( Independent Sample). Pengukuran tidak bersandar adalah pengukuran dua

sample berasingan yang tidak berkaitan. Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan min

dari populasi.