REFLEKSI TUGASAN

3
REFLEKSI TUGASAN : ABDUL HAFIZ BIN ABDUL RAHIM Seperti semester-semester yang sebelumnya, setiap guru pelatih tidak boleh tidak dalam menyiapkan tugasan yang yang diberikan daripada pensyarah kepada guru pelatih. Tugasan BMM 3116 pada kali ini berkenaan dengan menghuraikan pengajaran sastera dalam Bahasa Melayu. Daripada tugasan ini, pelbagai ilmu baru yang saya dapat. Antaranya ialah kaedah pengajaran sastera dimana terdapat tiga kaedah utama yang diketengahkan dalam tugasan kali ini antaranya kaedah analisis struktural,kaedah mengalami menghayati dan kaedah berfokus serta elektik. Melalui kaedah analisis struktural Pengajaran sastera ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan. Kedua ialah kaedah Mengalami dan Menghayati.Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh

description

asemen

Transcript of REFLEKSI TUGASAN

REFLEKSI TUGASAN : ABDUL HAFIZ BIN ABDUL RAHIMSeperti semester-semester yang sebelumnya, setiap guru pelatih tidak boleh tidak dalam menyiapkan tugasan yang yang diberikan daripada pensyarah kepada guru pelatih. Tugasan BMM 3116 pada kali ini berkenaan dengan menghuraikan pengajaran sastera dalam Bahasa Melayu.Daripada tugasan ini, pelbagai ilmu baru yang saya dapat. Antaranya ialah kaedah pengajaran sastera dimana terdapat tiga kaedah utama yang diketengahkan dalam tugasan kali ini antaranya kaedah analisis struktural,kaedah mengalami menghayati dan kaedah berfokus serta elektik.Melalui kaedah analisis struktural Pengajaran sastera ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.Kedua ialah kaedah Mengalami dan Menghayati.Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaianKaedah Berfokus pula cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.Kaedah perbandingan pula digunakan untuk membuat perbandingan antara unsur fizikal dan isi karya sastera A dan karya sastera B. Karya-karya sastera yang dibandingkan mungkin karya sastera tempatan atau perbandingan dilaksanakan antara karya sastera tempatan dan karya sastera luar negara. Unsur-unsur yang dibandingkan antaranya watak dan perwatakan, pemilihan latar, atau hal-hal yang lebih berat seperti falsafah, persoalan dan tema. Kaedah ini boleh digunakan untuk melatih pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir yang tinggi.Selain daripada itu, tugasan ini juga mengajar saya bagaimana mengawal emosi dan menghormati orang lain. Selain daripada itu juga tugasan ini memberikan saya ilmu yang paling berguna iaitu kawalan terhadap masa. Dalam tempoh menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa berhadapan dengan tugas-tugas lain yang perlu saya siapkan. Saya berharap ilmu yang saya perolehi mampu menjadikan saya sebagai seorang insan yang bergelar guru bahasa Melayu yang berilmu dan cemerlang.