Refleksi Tugasan moral.docx

2
Bina Insan Guru 2015 Refleksi Tugasan Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izinnya dapat saya menyelesaikan tugasan saya pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribun terima kasih kepada mentor peribadi saya iaitu En. Mokhtari Bin Mesran yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta kerjasama beliau dalam menjayakan program BIG ini dengan sempurna. Juga kepada rakan-rakan pengajian yang telah bersama-sama membantu menjalankan aktiviti ini hingga selesai. Setelah mengadakan mesyuarat pembahagian jawatankuasa, saya dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas sebagai setiausaha program. Tanggungjawab yang agak berat dan memerlukan komitmen yang tinggi dimana sebagai setiausaha saya bertanggungjawab dalam pelbagai hal yang melibatkan atucara program sama ada secara langsung dan tidak langsung. Namun alhamdulillah berkat kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh para sahabat, saya dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Sepanjang saya menjalankan tugasan ini banyak pengetahuan dan ilmu berguna dapat saya perolehi terutama tentang kemahiran pengurusan bilik seni dan juga bagaimana untuk menjadi seorang guru yang memegang gelaran sebagai Guru Cemerlang. Pengalaman ini saya ambil untuk membantu saya meningkatkan kemahiran saya dalam menguruskan sesuatu panitia. Terutamanya dalam penyediaan fail panitia juga mengurus bilik seni untuk sentiasa kelihatan kondusif dan selesa sebagai tempat untuk belajar. Saya juga dapat menimba ilmu bagaimana 32

Transcript of Refleksi Tugasan moral.docx

Bina Insan Guru 2015

Bina Insan Guru 2015

Refleksi TugasanAlhamdulillah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izinnya dapat saya menyelesaikan tugasan saya pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribun terima kasih kepada mentor peribadi saya iaitu En. Mokhtari Bin Mesran yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta kerjasama beliau dalam menjayakan program BIG ini dengan sempurna. Juga kepada rakan-rakan pengajian yang telah bersama-sama membantu menjalankan aktiviti ini hingga selesai.Setelah mengadakan mesyuarat pembahagian jawatankuasa, saya dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas sebagai setiausaha program. Tanggungjawab yang agak berat dan memerlukan komitmen yang tinggi dimana sebagai setiausaha saya bertanggungjawab dalam pelbagai hal yang melibatkan atucara program sama ada secara langsung dan tidak langsung. Namun alhamdulillah berkat kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh para sahabat, saya dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Sepanjang saya menjalankan tugasan ini banyak pengetahuan dan ilmu berguna dapat saya perolehi terutama tentang kemahiran pengurusan bilik seni dan juga bagaimana untuk menjadi seorang guru yang memegang gelaran sebagai Guru Cemerlang. Pengalaman ini saya ambil untuk membantu saya meningkatkan kemahiran saya dalam menguruskan sesuatu panitia. Terutamanya dalam penyediaan fail panitia juga mengurus bilik seni untuk sentiasa kelihatan kondusif dan selesa sebagai tempat untuk belajar. Saya juga dapat menimba ilmu bagaimana untuk menjadi guru cemerlang setelah menjalankan sesi temuramah bersama guru cemerlang sekolah tersebut. Melalui program khidmat bantu saya bersama rakan-rakan telah berjaya menghasilkan mural dan juga bahan-bahan bantu mengajar khas untuk SK Batu 3 Kluang. Semangat kerjasama dan setia kawan yang ada pada kami telah berjaya menghasilkan mural yang boleh di anggap menarik dan sesuai untuk bilik PSV sekolah tersebut.Kesimpulannya, program BIG ini telah banyak mendedahkan saya dengan ilmu-ilmu yang baru.Saya pasti ilmu yang saya perolehi ini akan banyak membantu saya pada masa hadapan. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu guru-guru seperti kami untuk menjadi guru yang berinovasi dan bercita-cita tinggi dalam mencapai hasrat negara untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi.

32