Refleksi umum.docx
Transcript of Refleksi umum.docx
-
7/27/2019 Refleksi umum.docx
1/3
Refleksi umum
Saya selaku guru baharu di Sekolah kebangsaan Keluru Tengah berasa
sangat bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya kerana dengan izin-Nya
saya telah ditempatkan di sekolah ini. Perasaan berdebar di saat mendapat negeri
yang akan ditempatkan hilang apabila kaki menjejak di sekolah ini. Saya akan
sentiasa melaksanakan amanah yang telah diberi sebaik mungkin.
Pandangan saya sebagai guru baharu dalam professional perguruan ini ialah
saya berasa sangat berpuas hati. Hal ini kerana semua ilmu yang diperoleh di
Institut Perguruan Malaysia begitu banyak membantu saya dalam menjalankan
tugas di sekolah. Selain itu, saya juga berasa sangat bersyukur kerana kawasan
penempatan saya di kawasan perkampungan islam. Hal ini memudahkan saya untuk
mengamalkan ajaran islam dan juga membeli makanan samada basah mahupun
kering. Saya juga berasa lega kerana dapat mendengar azan bagi menandakan
masuk waktu solat di sekitar zon 2.
Sewaktu memperoleh negeri penempatan ini, saya sememangnya berasa
sangat sedih kerana terpaksa berpisah jauh dengan keluarga. Saya juga berasa
tidak yakin dapat hidup sendiri di tempat yang terlalu jauh untuk keluarga saya
dating melawat. Namun saya kuatkan diri demi keluarga saya kerana keluarga saya
bukanlah sebuah keluarga yang mewah. Apabila saya bekerja, keluarga saya akan
bergantung harap kepada saya bagi membantu adik-adik saya bersekolah. Debaran
saya semakin memuncak apabila menginap di Hotel Pan Pacific yang bertaraf lima
bintang. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di hotel lima bintang. Saya dan
rakan-rakan yang lain diberi taklimat pada sebelah malam. Kami semua didedahkan
dengan suasana dan keadaan di Sarawak. Kami juga telah diberitahu pengangkutan
-
7/27/2019 Refleksi umum.docx
2/3
di sana yang telah disediakan bagi memastikan kami tiba di Pejabat Pelajaran
Daerah, Subis dengan selamat.
Setibanya di lapangan terbang Miri, perasaan berdebar saya semakin kurang
kerana sudah selamat tiba di Sarawak. Pemandangan yang saya lihat sepanjang
perjalanan ke Pejabat Pelajaran Daerah, Subis telah menyakinkan saya yang
kawasan sekolah saya pasti berada di kawasan perkampungan. Apa yang
menyejukkan hati saya ialah santapan hijau yang dapat dilihat sepanjang perjalanan.
Guru besar dan seorang guru perempuan dari sekolah saya telah menunggu saya di
Pejabat Pelajaran Daerah, Subis. Kami sempat berkenalan sebentar. Hati saya
semakin tenang kerana guru perempuan yang menjemput kami ialah guru
semenanjung dan cukup peramah. Saya dan seorang rakan sekolah saya duduk
menumpang di rumah beliau. Saya cukup berasa bersyukur kerana mempunyai
tempat untuk berteduh sementara mencari rumah untuk di sewa. Hal ini demikian,
rumah guru yang ada adalah untuk guru yang berasal dari Sarawak sahaja bukan
dari semenanjung.
Walaupun begitu, saya sedikit sedih kerana tidak mendapat mata pelajaran
major saya iaitu Matematik. Saya khuatir jika ditinggalkan lama, saya akan terlupa
bagaimana isi pengajarannya, teknik pengajarannya pdan cara mengajar yang betul.
Saya juga terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen saya iaitu Bahasa
Melayu tahun 4 dan Bahasa Melayu tahun 1. Saya terpaksa bertanya kepada rakan-
rakan yang lain untuk mengajar kerana saya begitu lemah Bahasa Melayu. Bagi
tahun 1, saya bersyukur kerana pada cuti yang lalu, saya sempat mempelajari teknik
membaca cepat dengan menggunkan bunyi. Oleh itu, saya mempraktikkan phonetic
dalam pengajaran. Saya juga bersyukur kerana berpeluang mengajar mata
pelajaran minor saya iaitu bahasa Inggeris bagi murid tahun 2.
-
7/27/2019 Refleksi umum.docx
3/3
Harapan saya ialah saya dapat menjalankan amanah saya sebagai seorang
guru walaupun saya berjauhan dengan keluarga saya. Saya akan berusaha
mengikuti kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran. Saya
juga berharap agar murid dapat mempelajari dan menerima teknik membaca secara
bunyi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Saya juga
berharap agar saya dapat mengajar murid tahap 1 kerana saya masih memerlukan
masa bagi menaakul ilmu pengajaran di peringkat rendah terutama untuk Bahasa
Inggeris.